Bab 50

988 31 0
                                    

SETIBANYA di Singapore, Arabella terus menuju ke hotel miliknya tanpa sempat untuk merehatkan badan dan mindanya yang penat itu.

Kakinya diatur laju melangkah menuju ke pintu utama hotel bertaraf 5 bintang yang besar serta gah miliknya itu. Melangkah sahaja dia ke lobi hotel itu, semua pekerja di situ menunduk hormat kepadanya sebagai  tanda menghormati dia.

Arabella membalas dengan senyuman manis di bibir sambil kakinya melangkah menuju ke lif berdekatan dengan kaunter pertanyaan yang berada di lobi hotel itu.

Dia melangkah masuk ke dalam lif setelah lif itu terbuka luas. Butang nombor 3 ditekan seraya itu, jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangannya itu dipandang sekilas.

" 8:45 malam. Tak sempat rehat lagi, makan pun belum lagi hm. " Omel Arabella.

Terbuka sahaja lif itu, terserlah lah wajah Jaydie yang kelihatan agak sedikit serabut.

" Jay! "

" Ara! "

Sergah mereka berdua serentak.

" Nasib baik you sampai on time tau. Kalau tak, tak tau lah I nak jawab apa dengan client kita esok pagi. " Ujar Jaydie. Nafas lega dihela perlahan.

" Ya, I tahulah I ni dah lama sangat cuti kan? Sorry lah. I cuti pun bukannya enjoy, ada problem sikit. " Jelas Arabella sambil melangkah seiring dengan Jaydie menuju ke bilik office miliknya.

" Problem you tu biar tepi dulu okay? Yang penting sekarang ni masalah kita dengan client kat JB sana. Kita dah takda masa lagi tau? Kita tak boleh ambik mudah je pasal ni, Ara. You tau tak kita hampir hilang projek RM500 ribu tu? " Jaydie membukakan pintu pejabat untuk Arabella.

" I tahu. Sebab I tahulah I turun padang sekali tau? " Arabella menghenyak punggungnya di kerusi pejabatnya yang empuk itu.

Manakala Jaydie pula duduk menghadap Arabella.

" Ni kenapa boleh sampai cuai ni? Siapa yang uruskan projek dengan client kita kat JB tu? Bukan ke you yang uruskan semua tu? Kenapa cuai sangat? " Soal Arabella tegas.

" Tak. Bukan I. I dah suruh Mikha yang uruskan haritu sebab I cakap kat dia I nak uruskan projek dengan client kita kat Italy tu. I masa tu ada urusan dengan Mr Jacob. " Jelas Jaydie.

" Mana Mikha? Dia ada tak sekarang ni? " Soal Arabella dingin.

" Ada, semua staff hari ni semuanya kerja over time. Diaorang semua buat balik kerja yang diaorang dah buat tu. "

" Mana fail account senarai duit keluar masuk syarikat kita ni? " Soal Arabella.

" Nina simpan dekat bilik fail hari tu. "

" Kenapa simpan situ? I kan dah bagi arahan haritu suruh simpan semua fail-fail penting tu kat rak bilik I ni! Apa guna I beli rak letak kat bilik office I ni kalau takda letak apa-apa?! Eyy! " Arabella menjadi panas.

Interkom ditekan " Nina, masuk. Panggil Mikha sekali dan jangan lupa bawa fail account syarikat ni sekali. Cepat! " Arah Arabella tegas.

Jaydie sudah menarik nafas panjang. Kerana dia tahu bahawa sebentar lagi bom nuklear daripada Arabella akan meletup.

Selang beberapa minit kemudian, pintu pejabat Arabella diketuk dari luar.

" Come in! " Laung Arabella sambil menyelak beberapa dokumen-dokumen penting.

Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)Where stories live. Discover now