" ARA .. "
Arabella menoleh mencari empunya suara yang memanggil namanya itu .
" Mama , kenapa ma ?" Soal Arabella .
" Ara nak ikut mama dan papa pergi bandar tak ? Kitaorang nak beli buah tangan bawa balik sana . " Ujar Puan Anna .
" Tak nak lah ma . Malas "
" Betul ni ? Ada apa - apa nak kirim tak ni ? " Soal Puan Anna .
" Betul ma . Ermm nak kirim keropok lekor yang orang jual kat tepi jalan tu rm5 lepastu nak cucur pisang . Teringin pula " ujar Arabella .
" Kamu mengandung ke ?" Celah Aunty Acik .
" Tak lah aunty , Ara dah lama tak makan keropok lekor . Sebab kat KL jarang keluar . Keluar pun pergi sekolah je " terang Arabella .
" Owhh , ingatkan mengandung tadi "
" Mama , satu lagi ! Ara nak pesan coklat dan gula - gula kat kedai eco mart tu . Boleh ? Beli banyak - banyak tau ? Sebab nak kasi Dania . " Ujar Arabella . Puan Anna mengangguk .
" Ya , dah mama nak gerak ni " pamit Puan Anna .
" Suami kamu , Airel dan uncle kamu je yang tak ikut . Yang lain - lain tu ikut . Jaga diri tu " pesan Puan Anna .
Arabella mengangguk sebagai jawapan .
" WOII "
Arabella tersentak lalu menoleh ke belakang dengan wajah cemberut .
Tanjat titerr !!
" Kau asal doe ? Terkejut aku " ujar Arabella lalu memukul bahu Airel .
" Kau termenung apa ni ? Dah lah pergi mandi sana . Aku nak pergi jalan - jalan round satu kampung ni " ujar Airel .
" Alaa .. aku dengan Harith jela tinggal nanti " rungut Arabella .
" Ha'ah lahh . Bolehlah korang nanti berbulan madu kat sini kan ?" Seloroh Airel .
" Ha cakap pasal Harith , dia mana ?" Soal Airel apabila terperasan bahawa kelibat Harith mula menghilang .
" Entah , aku pun tak tau " balas Arabella bersahaja . Tapi dia lah yang paling risau . Kalau Harith takda , bermakna dia dan Encik Irvan jelah yang tinggal kat rumah tu kan ?
" Takpa lah , kau tutup je pintu ni . Tak payah kunci . Nanti kalau dia balik tak boleh buka pintu ni pula . Uncle tadi keluar pergi beli batang satay . Katanya habis stock " terang Airel .
Arabella menghembus nafas lega . Dadanya diusap lega .
" Asal ? " Soal Airel .
Arabella menggeleng lalu tersenyum nipis .
" Aku gerak dulu " pamit Airel . Arabella mengangguk .
Dua minit yang berlalu , tiba - tiba pintu utama diketuk dari luar dengan kuat .
" Jap " laung Arabella . Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Encik Irvan sedang berdiri di depan pintu itu .
Dia hendak menutup semula daun pintu itu namun Encik Irvan pantas menghalangnya . Pintu dikuak kasar oleh Encik Irvan dari luar . Arabella terjatuh tersungkur .
" Auww .. sakitlah bodoh ! " Hambur Arabella .
" Hati aku ni lagi sakit bila dapat tau kau nak kahwin . Kenapa kau tak tunggu aku ha ?! Kau memang sengaja kan nak lari daripada aku ? " Pipi Arabella dicengkam kuat .
" Apa ni ?! Eee .. lepaslah !! " Tengking Arabella . Kakinya menyepak kuat perut Encik Irvan .
Kalau dia tak reti sakit bila disepak kat perut tu , memang . Memang sah iblis sedang menguasai dia .
YOU ARE READING
Cikguku, Suamiku Yang SAH! (EDITING)
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Arabella Dylanna. Nama yang cantik seperti orang empunya nama. Akan tetapi nama dan wajah yang manis itu tidak menggambarkan sikap empunya badan. Arabella Dylanna seorang gadis yang baru sahaja meningk...