MR 40

1.1K 77 17
                                    

Vie terdiam bila melihat bilik yang didiami mika kosong. selalunya waktu macam nie mika tak keluar. Huh nak keluar pun jarang. Tapi persoalannya kat sini mika kat mana?

Automatik vie mengaru kepala. Bingung. Boleh ke mika keluar tanpa kebenaran. Ke ada orang yang lawat dia sekarang?

Laju saja vie mengatur langkah mencari kelibat mika.

Sudah 2 minggu dia tidak melawat mika. Bukan apa tapi sibuk. Terlalu sibuk dengan kerja.

Akhirnya dia jumpa juga keberadaan mika. Tak jauh pun dari tempat dia berdiri. Cuma tempat tu tersorok sedikit dari yang lain.

Dari jauh vie hanya memerhati mika yang berdiri membelakanginya. Berdiri memandang pemandangan hijau di bawah sana. Kedua tangannya elok sahaja di masuk kan ke dalam poket seluar.

Vie mengorak langkah mendekati mika perlahan.

Lama dia berada di belakang mika. Sebelum..

"Ada yang hilang.." jeda..

".. kenangan" ujar mika perlahan. Tanpa berpaling menghadap vie mika tersenyum kosong.

Dia tahu kehadiran vie di belakangnya. Dia tahu dan dia kenal dengan bau minyak wangi vie.

"Mika.." perlahan nada vie.

" Boleh tak.." jeda..mika perlahan berpaling memandang vie

"..kau tolong cari diri aku yang dulu" ujar mika datar.

Vie diam. Tiada kata yang mampu dia ucap kan.

"Mika...awak.."

"Aku nak diri aku yang dulu vie.. aku nak kenangan aku yang dulu..hidup aku yang dulu"

Mika melangkah mendekati vie. Entah kenapa dia berundur kebelakang. Mika melihat vie dengan pandangan yang sukar dimengertikan.

Seketika mika tersenyum sinis..

"Tapi mustahil.." vie mendongak memandang mika.

Mata bertentang mata. Ada satu rasa yang hadir di matanya.

"Mustahil vie.." mika tunduk..

"Aku hilang.." dia memandang wajah vie lama..

" Aku hilang seseorang yang pernah cipta kebahagian dalam hidup aku.." anak mata vie di tentangnya..

" Dia pergi jauh dari hidup aku vie.. terlalu jauh. Dia tinggalkan semua kenangan kat sini" mika menepuk perlahan dada kirinya..

" Aku tak pernah sekali pun percaya yang dia dah tak ada..tak pernah.." ujar mika sayu

Vie sudah tidak mampu berkata. Melihat keadaan mika buat dia sedih.

Dia faham perasaan mika. Sebab dia pun pernah ada di situasi mika.

Tubir matanya sudah panas. Air mata mula bertakung melihat mika yang berpaling melihat ke hadapan.

Ada senyuman sinis yang terukir di sudut bibirnya. Senyum yang penuh dengan pahitnya.

" Aku tak pernah percaya isteri yang aku sayang,yang aku cinta,yang aku kasih pergi tinggal kan aku sendiri" ujar mika perlahan

Sedangkan vie di belakangnya sudah tersenyum kosong.

Tanpa sedar tangannya naik mengusap dada sendiri. Sakit! Cemburu? Semestinya iya! Tapi siapa dia untuk hadir dalam hidup mika dan menggantikan tempat istimewa isteri pertama mika?

Walaupun dia juga seorang isteri kepada mika rafareal.

Perlahan vie undur ke belakang.

Detik ini. Saat ini. Ada rasa yang sudah vie yakini..

Veronica vie ilara mungkin seorang isteri untuk mika rafareal. Tapi bukan pendamping hidup mika rafareal.

Sudah tiba masanya untuk dia mengundur diri. Dan..

Keluar dari kehidupan mika.

"Aku hidup dengan setiap bayang kenangan assa..setiap satu janji assa kat aku..sampai aku lupa yang sebenarnya assa dah tak ada kat dunia nie.."

Vie angkat muka memandang mika.

"Aku terlalu berharap semua tu just lakonan..aku rasa kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam diri aku vie..

Sampai aku abaikan keadaan sekeliling aku.. aku salah diri aku sendiri..

Dan akhirnya aku hilang satu satunya diri aku. Aku hilang segalanya yang bermakna dalam hidup aku. Aku hilang semua kegembiraan aku yang dulu. Aku hilang semua yang pernah ada dalam hidup aku.."

Mika tergelak sendiri..

"Semua tu sebab aku terlalu bodoh berharap tinggi pada something yang mustahil akan kembali."

"Kau nak tahu something tak?" Mika memandang vie

"Apa"

"Aku rindu masa aku boleh gelak ngam member member aku.." mika mendongak memandang langit.

"Aku rindu nak kenakan diorang.."

"Aku rindu nak cipta kenangan paling gila dalam hidup aku"

"Aku rindu nak bergembira sampai lupa dengan semua masalah yang aku ada"

Vie memandang mika yang masih memandang langit

"Kau tak rindu aku ke?" Soalnya datar. Kata ganti nama sudah bertukar.

Mika tergelak perlahan

"Aku rindu nak bermanja ngan kau..

Sebagai seorang kawan"

.....

Sunyi..

Beberapa ketika vie tersenyum.. akhirnya dia sudah mendengar kata putus dari mika.

Dia sudah mendengar jawapan dari mika

Jawapan tersirat yang lahir dari kata kata mika.

" Thank sebab rindu aku juga.. walau apa pun keadaan kau..aku tetap ada kat sini. Aku harap kau sembuh dan dapatkan diri kau yang dulu. Kebahagiaan kau yang dulu..

Perjalanan hidup kau masih panjang..so please mika jangan sia sia kan waktu yang ada nie dengan keadaan kau sekarang.

Be strong. Jangan salah kan diri kau sendiri.

Kau ada family dan sahabat kau.

Aku faham kalau kau just anggap aku tak lebih dari adik kau.

Aku just nak cakap aku undur diri...

Tapi tak bermakna aku tak ada untuk sokong kau dari belakang"

"Aku pergi dulu. Jaga diri. Ada masa aku lawat kau. And...

Aku minta maaf kalau keputusan aku nie agak mengarut.. " vie tergelak kecil.

"Kita disatukan dengan cara baik. Dan aku nak kita berpisah juga dengan cara baik.."

Setelah itu vie melangkah jauh meninggalkan mika yang diam memandang langit.

********************

Mika pov

"Kita disatukan dengan cara baik. Dan aku nak kita berpisah juga dengan cara baik.."

Aku diam mendengar kata kata vie. Tipu lah dia tidak merasa apa apa.

Aku memandang ke belakang. Mencari keberadaan vie. Namun hampa.

Dia sudah pergi.

"Aku lepaskan kau veronica vie ilara dengan cara baik. Aku harap kau jumpa lelaki yang lebih layak untuk bahagiakan kau.."














Bersambung🥺

Mika RafarealWhere stories live. Discover now