MR 25

1.2K 80 10
                                        

Bunyi jam memaksa vie bangun dari tidur. Dah pukul 6 pagi. sepatutnya dia set jam pukul 5.30 pagi tapi..hmm kalau dah di namakan tangguh 5 minit macam nie lah jadi dia.

selesai membersihkan diri vie turun ke dapur menyediakan sarapan. Dia nak jadi isteri baik antarabangsa so kena la rajin tak gituw.

hal semalam? Lupakan. Semalam mood tak berapa baik .sebab tu jadi mengarut. haih. betul lah kata mey. takan dia nak mengalah macam tu je?

haha No! ini veronica vie ilara lah. Bak kata peribahasa usaha tangga kejayaan gituwww.

okey stop merepek.

vie menangkap kelibat mika yang baru turun. Handsome..

dengan kemeja hitam pergggh. hasben kite tu.. tapi malangnya kau tak lebih dari seorang adik vie. haha sila berikan tepukan yang gemuruh para readers.

"awak..jom breakfast"

mika memandang vie. berkerut dahi mika memandang wajah selambah isterinya.

macam...pelik.

mika mengatur langkah ke dapur. mee goreng sudah terhidang di depan.

"awak kerja ke hari nie" tu dia soalan tahap dewa vie bagi. apa ke bangang kau nie vie. sah-sah lah dia kerja. bukan macam kau. tahu hari nie tak ada kelas mereputlah kau kat rumah Mr mika rafareal nie.

"hmm" gumam mika.

vie tersenyum nipis. hmm je dia jawab. padan dengan muka kau vie. dah tahu soal lagi.

mika pandang vie yang berdiri santai di hadapannya.

"kau dah kenapa" Dari tadi dia perasan vie asyik termenung.

vie angkat bahu. malas nak jawab soalan mika. ye ke malas? entah entah kau malu kan sebab mika perasan kau termenung.

"takde pape..okey kalau awak nak balik makan tengah hari call saya." ujar vie sebelum berlalu meninggalkan mika sendiri.

seketika vie tergelak kecil. Kalau dulu dia dengan penuh semangatnya akan tunggu mika habis breakfast. walaupun mika jarang nak breakfast kat rumah. tapi tetap dia akan tunggu.

sekarang... rasa macam biasa je. tak rasa pun perlu tunggu dia. korang tak rasa kelakar ke??

aipp jangan salah faham. Nie nak bagitahu. Selagi ada peluang. selagi tu veronica vie ilara akan pastikan Mika rafareal jatuh cinta dengannya.

nampak tak psycho tu. huhu saja je. tapi hmm. dah alang alang kita buka permainan mestilah selesaikan.

takpe hati seorang vie ilara sakit pun tak ada yang kisah so..

kita teruskan permainan. dengan berbekalkan ego dan keyakinan diri jom kita tawan hati encik suami.

**************

Vie tolak pintu perlahan. Dia perna masuk bilik nie sekali. dua hari lepas. sebelum dia pergi ke pantai bersama mey.

matanya memandang setiap sudut bilik tersebut.

just one word. Cantik

dengan tema warna indigo seluruh bilik.

masuk masuk je terus tenang. macam dia sekarang. matanya terarah ke satu sudut.

dinding yang di hias cantik dengan gambar palaroid. kiri dan kanan mempunyai lampu bercahaya putih.

kakinya melangkah dekat. gambar nie..

kau nak nangis ke vie? tak guna babe. apa fungsi kau nangis pun. gambar tu tetap kat sini.

gambar perkahwinan mika dengan..Assa.
Senyuman mika dalam gambar nie tak perna dia nampak. sekali pun tak perna.

Mika RafarealCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang