"morning mr"
Mr hanya mengangguk dengan sapaan selamat pagi dari pekerjanya.
lift peribadi menjadi pilihannya. Banyak yang perlu dia selesaikan hari ini. jam di tangan di kerling sekilas. Tepat pukul 9 pagi. Kalau tidak disebab kan kesesakan lalu lintas dia mungkin sudah sampai ke resort lebih awal.
"santi report" sempat dia berpesan kepada santi selaku PAnya.
Santi yang sedang menonton movie menerusi telefon pintarnya cepat cepat mengangguk faham dengan arahan Mr.
Mr Mana yang tak asing lagi bagi mereka. Dia terkenal dengan gelaran ceo resort yang seringkali menjadi tumpuan pelancong. Dengan usianya yang masih muda dia mampu mengalas tanggungjawab yang di amanahkan oleh abahnya. Tuan mike mikael.
"mr untuk hari nie mr ada mesyuarat dengan Dato syed jam 2 petang" lapor santi.
Mr angkat kening memandang santi di hadapannya
"itu saja mr" kata santi. Dia memandang wajah mr yang beku tanpa perasaan.
mr smirk memandang santi. dia tidak suka dengan pekerja yang datang berkerja tapi kerja macam bermain.
"aku rasa kau lupa something santi.." pandangannya tajam menikam wajah santi.
Santi sudah meneguk liur sendiri. Ahh sudah apa lagi yang tak kena nie.
Takut takut dia memandang wajah dingin mr. Siapa yang tak kenal mr beku dingin ais kutub nie.
"errr sa..saya rasa itu sahaja untuk hari ini mr.." peluh sudah mula membasahi dahinya.
" setahu aku..Kelmarin aku ada pesan kat kau untuk update majlis reunion semekap kan..Kau dah lupa" tab yang berada di hadapannya dicapai sebelum dihulurkan kepada PAnya.
Santi teragak agak menyambut huluran mr. Pesan yang dihantar oleh mr kepadanya kelmarin dibaca .
Macam mana dia boleh tak perasan dengan pesanan nie.
Mr bersandar tenang kat kerusi empuknya. Tangan di silang ke dada memerhati reaksi PAnya yang gelabah di hadapannya.
" jelaskan" kata mr dingin. Tiada langsung senyuman di bibirnya. Hanya wajah ketat dan serius menjadi penemannys tika ini.
santi telan liur.
"err untuk reunion nie...Hhmmm..MR..." teragak agak santi ingin menerangkan tentang reunion itu.
mr angkat kening menanti penjelasan dari santi
"mr saya.." akhirnya santi tunduk memandang lantai. Untuk menatap wajah mr mungkin tidak. Dia sudah tidak sanggup memandang wajah beku di hadapannya.
"kau kerja kat resort bukan melancong..Kalau niat kau datang resort nie untuk santai..Layan movie aku sarankan kau hantar surat letak jawatan depan aku" sinis mr menyindir santi. Dia mengambil santi berkerja kat resort ini pun di sebabkan santi itu adalah saudara jauhnya yang berasal dari perlis.
Santi tidak berani angkat muka memandang mr. Dia takut. Lagi lagi bila mr dah kata tentang surat perletakan jawatan.
Air mata mula membasahi pipinya. Dia tahu dia salah. Lalai tak focus dengan kerjanya.
"maaf mr..sa..Saya janji tak buat lagi.." air mata dilap menggunakan hujung lengan bajunya.
"santi kau jangan ingat kau saudara aku kau boleh buat kerja sambil lewa..Kerja tetap kerja.Faham. Dah keluar" halau mr. Dia malas nak berdrama dengan pekerjanya.
Ini bukan drama tv3.
daripada layan drama bagus dia menyiapkan kerja yang semakin bertimbun di mejanya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Mika Rafareal
RomansaDalam usia yang muda dia sudah menjadi pemilik sebuah Resort terkenal. MR gelaran diberi. para gadis sering terjatuh dengan pandangan tajamnya. Terkenal dengan sikap serius dan tegas. tiada sebab untuk dia mengukir senyuman. Dingin adalah sifatnya...
