MR 19

1.1K 59 3
                                    

vie berpeluk tubuh. dingin mencengkam hingga ke tulang. dah 2 jam dia berada di bukit itu. memandang kesibukan kota yang tak perna kenal erti rehat. haha perna ke diorang nak rehat dari mengumpul harta?

vie memejam mata. menikmati tamparan angin ke tubuhnya. sejuk tapi nyaman.

" apa pendapat kau tentang kehidupan" soal tanz perlahan. kalau tadi berdiri sekarang mereka duduk menghadap kota. jangan risau masih ada jarak 1 m.

vie berpaling memandang tanz yang tunduk mencabut rumput.

"kehidupan? kenapa kau tanya macam tu" apa yang menarik tentang kehidupan sampai tanz minta pendapat dari dirinya.

tanz tergelak kecil. lalu mengangkat bahu. mungkin dia pun tak pasti kenapa dia soal macam tu.

lama vie memandang tanz sebelum mengalih pandangan ke bawah sana.

" 22 tahun aku hidup nie first time orang tanya pendapat aku tentang kehidupan" dia tersenyum hambar. tangan menyetuh rumput yang tumbuh di sekitar pokok tempat mereka duduk.

" hidup nie bagi aku macam kopi cap kapal"

tanz mendongak memandang vie.

"kenapa" berkerut dahi tanz

"sebab macam mana pun kau letak banyak gula kat kopi tetap akan terasa pahitnya".

"maksud kau"

" ada bahagia ada derita.. ada happy ending ada sad ending..ada good ending ada bad ending." merangkumi keseluruhan kehidupan.

" aku nak sangat jadi macam korang..sempurna" kata tanz sayu. ada getaran di hujung nadanya.

aku tahu apa yang tanz rasa.. keinginan yang dia nak. walaupun dia sembunyikan di sebalik senyuman. di sebalik gelak tawa.

tapi..

" tak ada yang sempurna dalam dunia nie tanz..termasuk aku" tanz tersenyum.

"aku tunggu masa je vie..peluang untuk aku hidup tak sampai 50%. badan aku makin lemah.." rumput yang di cabut di buang jauh ke depan.

vie diam. memang ketara kondisi tanz sekarang nie. wajah dia pucat.

"esok aku dah mula tinggal kat wad" beritahu tanz. vie mendongak.

" kat mana" entah kenapa jantungnya berdebar hebat bila tanz cakap macam tu.

"Queen elizabeth" jawab tanz ringkas. terkedu vie mendengar. hospital Queen?

" kat sini tak boleh ke tanz..kenapa jauh sangat" soal vie. tapi tanz hanya tersenyum kecil.

" aku taknak susah kan real dan ad. aku dah banyak susah kan diorang. aku taknak diorang risau tentang aku"

vie pejam mata. kenapa dia rasa sedih.

"tanz hospital Queen tu jauh..kat sabah"

"aku tahu" tanz memandang vie. gadis di hadapannya adalah gadis yang baru sahaja dia kenal. tapi siapa sangkah segala rahsianya ada kat veronica vie ilara.

dia bersyukur dapat berkenalan dengan vie. sangat. setiap pertemuan antara dia dan gadis itu mesti ada perkara baru yang dia belajar.

termasuk kehidupan. tentang penyakitnya. vie adalah satu satunya yang tahu tentang itu. vie yang sentiasa bagi kata kata semangat pada dirinya sedangkan diri gadis itu sedang terluka.

dia bangga dengan vie. bangga dengan sikap tenang vie. bangga dengan ketabahan vie untuk rawat lukanya sendiri.

"tanz..gembira sangat dapat berkenalan dengan kau. sangat. tapi please..tuhan tu maha penyayang. Dia tak akan uji umatnya lebih dari kemampuan. kalau kau yakin kalau percaya.. semua tu tak mustahil tanz"

Mika RafarealWhere stories live. Discover now