vie duduk bersandar. letih. apa tidaknya dari pagi tak habis dengan kelas.lepas kelas nak siapkan assigment lagi. baru sekarang dapat rehat. terlalu penat. kyla tak ada sekarang. dia lepas je kelas pagi tadi terus pecut ke MR resort.
haihh..
ting! notification
datan resort jap-mika
berkerut dari vie membaca mesej dari mika. dah kenapa pula tiba tiba suruh pergi resort.
pantas jarinya menaip
-kenapa- send just now
beberapa minit menunggu akhirnya vie off data phone lalu di masukkan kedalam bagnya.
tak apa dia dah biasa kena double tick dan ofcourse bluetick. perkara biasa. sikit pun dia tak heran.
jam di pergelangan tangan dia lirik. sikit lagi tepat di angka 4 petang.
cepat sahaja dia melangkah mendapatkan keretanya. enjin di hidupkan break di tarik sebelum gear bertukar.
destinasi..mr resort. tujuan. entah. dia sendiri pun tak tahu. dan malas nak ambil tahu.
*********
"encik mr ada" sengaja vie menyoal PA mika. walhal dia dah tahu yang mika ada dalam tu. tapi sebab tak nak kurang ajar sangat. dia tegur juga haha. jahat juga vie nie kan.
takpe lah dah adab kita orang melayu untuk beramah mesra dan saling menghormati tanpa mengira kaum bangsa dan agama kan.
bukan main terja masuk je.
vie tersenyum bila mendapat respond positif dari PA mika. tanpa membuang masa vie mengetuk pintu pejabat ceo.
arahan masuk dari dalam membawa langkah vie terus menolak pintu dan masuk dalam keadaan selambah. macam tak ada apa apa. jap memang tak ada apa apakan.
yang kau nak pening pehal. alahai kau nie vie.
"kenapa awak suruh saya datang sini" soalnya terus. balang kaca yang berisi lolipop dicapai sebelum sebatang lolipop di ambil.
pandangan tajam mika langsung tidak di hiraukan. huh peduli apa aku.. entah lah sejak akhir akhir nie dia asyik fikir tentang dirinya.
kenapa? kenapa setiap kali berada dengan mika dia perlu mengalah? sedangkan mika hanyalah seorang lelaki yang baru bergelar tunang kepadanya.
" majlis perkahwinan kita dah nak dekat vie.." mendatar suara mika. dia masih lagi memandang vie yang selambah di hadapannya.
terangkat kening vie "so.." jadi apa masalahnya.
dia memandang mika.
"untuk kali nie..aku bagi kau peluang untuk fikir balik keputusan kau" mika bersandar tenang matanya tetap tidak lari dari memandang vie.
dalam dia dia mengharapkan jawapan bertentangan dari vie. bukan niat dirinya untuk mempermainkan perasaan vie tapi..cukup..cukup dia menerima cinta dan kehilangan
dia tak nak vie merasakan perkara yang sama seperti dirinya.
vie mendongak memandang mika.
" apa yang cuba awak sampai kan mika" dia tak faham. serius.
"kau masih ada peluang nak batalkan perkahwinan nie vie. peluang untuk fikir masa depan kau.. peluang untuk dapatkan cinta yang lebih layak" kali ini nada mika sedikit perlahan.
terkedu? tergamam? tersentak? semuanya dia rasa ketika ini. apa yang baru dia dengar sebentar tadi cukup untuk mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri vie.
YOU ARE READING
Mika Rafareal
RomansaDalam usia yang muda dia sudah menjadi pemilik sebuah Resort terkenal. MR gelaran diberi. para gadis sering terjatuh dengan pandangan tajamnya. Terkenal dengan sikap serius dan tegas. tiada sebab untuk dia mengukir senyuman. Dingin adalah sifatnya...