Cafe'VM menjadi pilihan vie. pagi pagi lagi dia sudah bersiap sedia untuk pergi ke kelas. Tak sampai lagi di universiti dia di maklumkan bahawa kelas sir dean di batalkan.
What the... memang hot lah hati nie. Orang dah siap bersemangat nak pergi kelas boleh pula cancel. Dah lah dengan sabarnya hadap jalan sesak kat tengah bandar nie.
Dah alang alang kelas cancel vie terus memandu keretanya menuju cafe'VM. cafe nie adalah antara cafe fav dia sebab. Ada ais lemon tea special. Sedap weihhh kalai dah dapat minum tu mesti nak oder lagi. Tapi tu lah. Kalau seorang vie tak sakit lepas minum air tu bukan vie lah namanya.
laptop di keluarkan. earphone disumbat kat telinga. Santai di awal pagi.
"ilara..lama tak nampak kau" tegur marsa pekerja kat cafe'VM nie.
Vie mendongak memandang marsa.
"busy arr tu yang tak dapat nak singgah sini. nie datang pun sebab class cancel" vie meneguk sedikit air lemon tea yang di bawa oleh marsa sebentar tadi.
Marsa tersenyum. Kalau bukan air lemon tea bukan vie. Sebab kalau vie datang kat cafe nie antara dua je yang dia nok minum. mocha dan lemon tea.
Macam dia tak tahu sebenarnya vie tu tak boleh nak minum air lemon tea yang berais. Confirm demam. kalau tak sempat demam pengsan. Yang susah bukan mereka tapi vie sendiri.
Haih vie vie..
"you dah kenapa!!"
Vie dan marsa tersentak dengan suara yang kasar menjerit.
tidak jauh dari mereka seorang perempuan yang sudah basah sedang air oren berdiri menatap tajam kearah seorang pekerja.
Vie memandang marsa. Bala.
Iman hanya menunduk memandang lantai. Dia tak sengaja terlanggar perempuan tu. Lagi pun itu bukan salah dia. Kalau perempuan tu tak bangun tiba tiba tak adanya dia terlanggar minah tu.
"maaf cik saya tak sengaja" iman memohon maaf. Dia tidak berani memandang wajah perempuan di hadapannya.
"Sekarang baju aku dah kotor aku dah lah kerja lepas nie. Kau nak bayar ke!" jerkah wanita itu. Di tunjal dahi iman kasar. dia memandang iman dengan pandangan jijik.
Merah wajahnya bila iman tidak membalas kata katanya. dengan kasar dia menolak iman sehingga iman terjatuh ke belakang.
"aku tak kira aku nak kau bayar baju aku sekarang!" jerit wanita itu.
Vie yang memerhati tersenyum sinis. Macam lah baju dia tu mahal sangat. Kenapa dalam hidup dia tak perna berhenti dari melihat drama? sejak zaman highschool lagi.
marsa mengeluh simpati ke arah rakan sekerjanya iman shira.
"vie aku uruskan jap ehh kau jangan nak lari pula" sempat marsa berpesan kepada vie. cehh macam lah dia nak lari sangat.
vie memerhati langkah marsa.
"cik saya minta maaf atas kecuaian rakan saya. Untuk baju cik saya akan bayar ganti ruji" ujar marsa menenangkan suasana tegang.
Wanita itu melihat marsa atas bawah sebelum tergelak sinis. marsa mengetap bibir geram.
Nak kasut agaknya minah nie.
"kau nak bayar ganti rugi..Hello" Dia menuding atas bawah pakaian marsa .
"kau tu pekerja cafe je. Gaji pun makan sehari dah habis. ada hati nak bayar ganti rugi baju aku" ejeknya sinis. Jijik dia memandang marsa.
"kau mimpi ke" sambung wanita itu lagi. Dia bertindak mengelilingi marsa. Pandangan jijiknya tak lepas dari memerhati marsa dan iman.
Vie tergelak dengan gelagat wanita itu. Kalau dah sombong tu tetap sombong. Cakap orang sendiri tak tengok.
YOU ARE READING
Mika Rafareal
RomansaDalam usia yang muda dia sudah menjadi pemilik sebuah Resort terkenal. MR gelaran diberi. para gadis sering terjatuh dengan pandangan tajamnya. Terkenal dengan sikap serius dan tegas. tiada sebab untuk dia mengukir senyuman. Dingin adalah sifatnya...