MR 8

1.3K 71 1
                                    

vie berdiri menunggu lift. kyla tak ada nak teman dia sekarang memandangkan gadis itu ada kelas pagi. jadi hanya dirinya yang kerja pagi ini. manakala tepat jam 1 petang dia perlu bergegas untuk pergi kelas.

penat? tipu lah kalau tak penat. baru je kerja setengah hari dia dah penat. tambah lagi nak masuk kelas petang nanti. siapkan assigment lagi. hmm.

beberapa minit menunggu pintu lift akhirnya terbuka. vie melangkah masuk dan menekan nombor 3.

dia perlu bersihkan bilik aras tiga. cepat siap cepat lah dia dapat rehat.

"babygirl"

vie kaku. suara tu. vie menelan air liur. tak berani menoleh ke belakang.

"kenapa ada kat sini"

vie pejam mata. suara itu cukup membuatkan dia terdiam tak mampu nak bersuara. deruan nafas seakan dekat dengan dirinya.

dia kenal dengan suara tu. cukup kenal.

"aku tak suka ulang soalan" kata dia mendatar tiada nada.

vie tiada pilihan lain selain memandang gerangan di sebelahnya.

"ermm saya.." gagap. erhhh segak bila pula kau nak gagap nie vie. dia je kot. tak kan tak biasa.

vie memberanikan diri memandang lelaki itu. sengih dipamer.

"kerja" kata vie sepatah.

diam. tiada sahutan dari lelaki itu.

" jumpa aku lepas nie" arahnya tiada nada. buka sahaja pintu lift dia terus keluar meninggalkan vie yang masih bingung.

vie tepuk dahi. mati lah.

**********

vie tunduk. tak mampu nak lawan pandangan tajam mika. atau lebih di kenali sebagai MR.

"sorry lah..saya..perlu kerja untuk tanggung kos belajar" jari dibawa bermain. ini semua sebab pandangan tajam dari ceo Resort nie.

Mika menghela nafas.

"kenapa tak kerja dengan ayah?" soal mika mendatar. dia bukan tak terima vie bekerja di bawahnya tapi..

vie mencebik.

"orang nak berdikari. takan selamanya nak harapkan family" kalau tadi dia takut sekarang dia dah tukar mood nak rasa geram. geram dengan mamat depan dia nie.

"aku tak benarkan" kata mika serius. dia taknak vie berkerja. dia nak gadis itu focus dengan belajar.

mata vie terkebil kebil.

" awak..kali nie je..please"

mika mengelang.

"no"

"mika..kali ni.." terdiam vie bila mika pandang dia tajam.

"kau lupa ke janji kau" sinis soalan mika. siap dengan mata helang lagi.

nak tak nak vie terpaksa akur dengan keputusan mika. dia dah janji dengan mika. janji yang dia kena focus belajar.

tapi. kalau kerja dia tetap akan focus dengan pelajarannya. so apa masalahnya.

"aku bankin gaji kau nanti. dah keluar" halau mika. tak langsung dia peduli dengan riak wajah vie yang sudah berubah.

vie ketap bibir. nak je dia humban mamat nie kat luar.

baru je dia nak bukak mulut. pintu pejabat mika di buka kasar dari luar.

"real! kau..erkkk ada tetamu" adrian garu kepala. tapi tak pula dia keluar dari situ. dengan selambah dia duduk di sebelah vie.

Mika RafarealTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang