tepat pukul 4 petang vie sudah berada di hadapan rumah banglo 3 tingkat. hujan masih kekal mau membasahi bumi.
vie mengeluh. sudah lebih 30 minit dia berdiri di hadapan rumah itu. baju yang sudah basah kuyup di pandang. rambut panjang paras pinggang juga dibiar lepas.
"dia belum balik kot"
akhirnya dia melangkah masuk. terhendap hendap lagak macam pencuri nak masuk rumah tunang sendiri.
kalau dia ada memang mati kau vie.
line clear.
vie terus berlari masuk ke dalam rumah bila dia yakin tiada kelibat lelaki itu di situ.
"veronica vie ilara"
langkah vie mati. air liur di telan.
"2 kali kau langgar perjanjian kita" mendatar suara mika di belakang vie.
dari tadi dia memerhati tingkah vie. nafas di tarik dalam.
degil dia tu tak boleh bawak bincang.
"erkk mi..mika..err hah tadi saya nak balik tapi tiba tiba hujan turun. tak sempat nak berteduh." okey dia tahu yang semua tu tipu. tapi..itu lebih baik daripada mika marah.
mika diam. perlahan dia mengatur langkah mendekati vie. semakin mengurangkan jarak antara mereka.
vie kaku. nak lari tapi kaki tetap nak berdiri kat sana.
wajah serius mika dipandang.
mika smirk. bila vie tersandar di dinding belakangnya. automatik tangan mika naik mengepung vie.
"babygirl.." perlahan suara serak basahnya berbisik tepat di telinga sebelah kanan vie.
vie telan air liur. mati! dia memang dah tak boleh lari.
bau maskulin dari mika membuatnya leka seketika. namun itu tidak lama bila mika semakin hampir dengannya.
"mi..mika"
"2 kali babygirl. kau ulang benda yang sama. but sokey aku ada punishment untuk kau" senjaga dia berbisik rapat di telinga vie.
tangan vie naik menolak dada mika. tapi sia sia. mika lebih kuat dari dirinya.
"mika"
"hmmm" gumam mika
vie pejam mata bila terasa mika semakin rapat.
"mika..saya tak selesa"
mika smirk.
"babygirl..kau lupa ke dah seminggu berlalu. aku boleh buat apa je yang aku nak"
berkerut dahi vie.
"dah genap 5 tahun sayang" ujar mika dengan suara serak basahnya.
vie tergamam. maknanya..
" dua minggu dari sekarang majlis kahwin kita lah..omg!!!" ujar vie. dia tak sedar semua tu.
"goodgirl. so be ready babygirl. punishment menunggu" mika mengelus rambut basah vie sebelum bertindak menjauhi vie yang masih lagi kaku di depannya.
"awak..saya..us..kahwin..dua minggu dari sekarang"kata vie cuba untuk menghadap apa yang sedang dia fikirkan sekarang.
"naik. mandi. nanti demam. aku juga yang susah" arah mika. kalau vie demam memang susah dirinya. lagi lagi tak ada abang shah.
terpaksa dia juga yang akan ganti abang shah kalau vie demam. sebab tu selama 5 tahun nie dia betul betul menjaga kesihatan tunangnya.
dia tak mahu vie sakit.
"auchuhh!!" vie bersin. merah hidungnya.
mika pandang vie. seketika dia mengeluh. dah tak boleh elak dah.
"pergi mandi" arahnya.
vie hanya menurut. hidung digosok menghilangkan rasa gatal dan mahu bersin. namun untuk kali kedua.
bergema rumah banglo milik mika dengan suara bersin daripada vie.
**********
vie menyarung baju oversaiz di tubuhnya. seluar tracksuit paras kepala lutut menjadi pilihan.
kepala yang kuat berdenyut di sentuh.
"pening" semakin lama semakin sakit.pening. dan berat.
tidak tahan dengan keadaan itu vie berdiri perlahan lahan menyeimbangkan tubuh sebelum melangkah keluar mencari kelibat mika.
"mika.." panggil vie.
"mika.." sunyi..
"mika hiks hiks..mika hiks.. mika kat mana hiks" akhirnya dia duduk mencangkung. dia sudah tidak larat hendak bangun mencari mika.
"babygirl"
"mika" rengek vie.
mika tarik nafas dalam. wajah kemerahan tunangnya dipandang. dahi vie disentuh. panas.
pantas jarinya menjentik dahi licin milik vie.
"degil sangat kan hah nie lah jadinya" geram dia dengan vie. orang dah larang jangan main hujan tak nak dengar.
vie mengosok dahinya.
"sakit"
"bangun..baring kat katil" arah mika.
vie menggelang
"tak larat" rengeknya manja.
hah kan dah cakap. dalam situasi macam nie memerlukn abang shah.
sangat. tapi.. sekarang abang shah ada kat sabah.
tanpa kata mika mencempung tubuh kecil vie. langkah diatur menuju bilik vie .
"dah makan tadi kan. tidur"
"taknak.. nak peluk" tangan diangkat berharap agar mika menyambut huluranya tangannya.
"abang shah tak ada vie"
"nak peluk je pun" entah kenapa dia ingin menangis. mika tak nak peluk dia.
"babygirl.."
"come" akhirnya mika mengalah.dia baring di sebelah vie.
vie mengesat air matanya sebelum memeluk mika. kepala di lentokkan di dada lelaki itu. sama seperti dia lakukan dengan abang shah semasa dia sakit.
biar lah mika tunang kita. bukan orang lain pun.
tidak lama dengkuran halus terdengar dari vie. mika menutup lampu bilik digantikan dengan lampu tidur yang malap.
wajah lena vie dipandang.
"kenapa degil sangat nie hmm..nak sakit sangat"tangannya naik mengelus rambut vie. 5 tahun yang lepas. rambut itu masih pendek di paras bahu.
sekarang sudah panjang di paras pinggang.
cantik. dia suka dengan rambut itu. sangat. tapi dia tidak suka orang lain melihat rambut panjang milik vie.
sedangkan rambut pendek paras bahu vie dahulu pun dia tutup dengan hoodie.
"mika..sakit" rengek vie dalam tidur.
"tahu..aku ada" balas mika sebelum dia menarik vie dalam dakapan.
tangan setia membelai rambut panjang vie. lembut dan wangi.
seketika dia juga terlelap bersama vie.
bersambung🐾
sorry typo
vote tau jangan lupa vote.
babygirl? euwww haha masa kelas menengah dulu my friend selalu panggil sis babygirl. bila tanya kenapa panggil macam tu i ada nama kot. my friend kata "kau tu tak padan dengan umur dah nak spm tapi perangai still budak baru masuk tadika" wthell.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mika Rafareal
Roman d'amourDalam usia yang muda dia sudah menjadi pemilik sebuah Resort terkenal. MR gelaran diberi. para gadis sering terjatuh dengan pandangan tajamnya. Terkenal dengan sikap serius dan tegas. tiada sebab untuk dia mengukir senyuman. Dingin adalah sifatnya...