MR 15

1.2K 66 7
                                    

vie berjalan pantas melintasi jejantas. tak ada kelas adalah hari paling bosan bagi vie. yelah nak buat apa je kat rumah tu selain tengok tv, dengar lagu, teman ibu masak, and so on.

ouhh lupa pula. dah 3 hari keluarga vie balik dari sabah. dengan gembira dan senang hati vie keluar dari rumah mika. jahat tak?

tapi sekarang tetap juga kena hadap wajah beku milik mika. tapi apa boleh buat kalau dia tal setuju dengan ajakan mika untuk makan petang kat cafe alamatnya mereput lah kat rumah tu. ibu pun layan cerita koria tak layan dirinya.

so cara untuk menghilangkan bosan adalah. keluar rumah. yeahh tepok sikit.

vie pandang jam tangannya. adakah dia terlalu awal? tak pe kot awal 10 minit. hehe

cerita pasal 10 minit teringat pula masa zaman sekolahnya. ayah perna kata. kalau nak disiplinkan diri benda pertama kita kena amalkan ialah tepati masa. rakyat malaysia abad nie bukan kata tak tepati masa tapi.. lebih banyak otw haha.teringat pula lagu pubg tu. i'm on my way. ehh apa kaitan.

kata ayah. biar kita tunggu orang jangan orang yang tunggu kita. hah gitu. sampai sekarang dia ingat.

dah sebati dalam diri vie

tapi kekadang tak lepas jugak kalau orang yang tunggu kita. yelah mana ada manusia yang sempurna serba serbi kan. mesti ada silapnya juga.

ada juga sekali dua orang tunggu dia hehe.

pintu cafe vie tolak. serentak dengan bunyi bel.

ting!

matanya meliar mencari seseorang. seketika kepala yang tidak gatal di garu. dia dah datang awal 10 minit. confirm lah mika belum datang lagi.

sengal.

vie mengambil tempat duduk di sebuah meja kosong.

dia sempat memesan air kosong. kenapa air kosong? sebab dia tak dahaga air manis. win tak alasan.

beberapa minit kemudian.. ada seseorang yang menarik kerusi di hadapannya.

vie mendongak. mika yang santai memakai baju T putih dipadankan dengan seluar jean hitam memandangnya sekilas. topi hitam yang menutu sebahagian wajahnya di betulkan menampakkan sedikit jelas wajah yang sentiasa beku.

"kenapa datang awal." soal mika. dia memandang vie yang sibuk merenung dirinya.

"entah. terawal kot" jawapan yang tak masuk akal. vie tersengih.

mika diam. tidak mengangguk atau menggelang.

beberapa minit kemudian

"weii real. sorry aku lambat ke?"

vie mendongak memandang gerangan yang sudah duduk di sebelah mika.

"ehh.." bukan ke dia si cancer yang dia terlanggar kat tangga hospital hari tu.

bukan sahaja vie yang terkejut tapi si dia juga mempamerkan raut wajah yang sama

"err real kau tak cakap pun kau bawak girlfriend" ujar tanz berusaha mengawal riak wajah.

"perlu ke" jawab mika mendatar. vie sudah melopong. kalau dia Tendang mika aci tak?

"perlu lah." balas tanz. senyum di ukir sebelum dia memandang vie yang berkerut memandangnya.

"hye aku tanz sahabat sehidup semati real monyet nie"  tanz tergelak dengan kata katanya sendiri.

mika hanya menggelang.

"aku vie" ujar vie. ouhh nama dia tanz. tak tahu pula mika ada kawan selain adrian tu.

"ehh korang tak oder untuk aku ke. sampai hati"

Mika RafarealWhere stories live. Discover now