dari jauh dia berdiri merenung kubur yang masih merah. melihat kesedihan orang di sekeliling kubur tersebut.
bergegar bahu bahu adrian ketika menyentuh batu nisan tersebut. dia tahu dan dia rasa kesedihan yang di rasakan oleh adrian.
'maaf kami dah berusaha untuk menyelamatkan encik tanz tapi..tuhan lebih sayangkan dia'
'mohon ahli keluarga bertabah, saya pergi dulu'
vie terundur kebelakang. tiada kata yang terkeluar dari bibirnya. semuanya terasa kosong.
dunia seolah berhenti berputar.
'aku sakit vie' terngiang suara lemah tanz.
'sakitnya sebuah pengharapan'
'aku lemah vie'
'aku takut'
'kenapa kau bagi aku harapan vie'
bagai keset peristiwa beberapa jam tadi kembali berputar.
pandangan matanya naik memandang pintu pembedahan.
tak mungkin. air mata yang hampir jatuh dari tubir mata dia lap cepat.
nafasnya menjadi tidak teratur.
klak. pintu bilik pembedahan terbuka.
allah. vie jatuh terduduk melihat tubuh kaku tanz.
seakan nafasnya terhenti. langsung tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
untuk kali kedua... peristiwa itu berlaku.
pandangannya kelam sebelum gelap menemani.
"vie.."
mey menegur vie yang berdiri kaku di sebalik pokok.
pandangannya tidak lepas dari memandang ke arah kubur tanz.
vie memandang kosong ke arah mey.
"beb" mey menarik vie ke dalam pelukan. cuba untuk menenangkan vie yang mulai teresak.
vie betul betul terkesan dalam situasi ini. untuk kali kedua dia nampak vie jatuh terduduk lemah.
kali pertama semasa perginya arwah Aael dan kali kedua perginya arwah tanz.
lelaki kuat, lelaki tabah yang selalu di ceritakan vie kepadanya.
tiada kata kata yang mampu vie ucapkan sekarang. lidahnya kelu.
"beb...shhh kita doa baik baik okey" pujuk mey perlahan.
*********
mika Pov.
"tanz..kau jahat dohh..kau tinggalkan kitorang.."
mika diam memerhati adrian.
tipulah kalau dia tak terkesan.
matanya memerhati lama tanah merah yang masih basah.
'aku sayang kau rafa. aku sayang kau sahabat'
'atleast kau dengar'
'nanti bila aku tak ada kat sini..kau dengan kau mesti jaga diri'
'ehh macamlah kitorang budak lagi'-adrian
'memanglah tapi kau tu bukan boleh percaya..perempuan keliling pinggang'
'tiber'-adrian
'always happy tau kalau aku tak ada kat sini'
'kitorang sentiasa happy lagi lagi kalau kau tak ada' aku smirk
adrian tergelak dengan kata kata aku.
YOU ARE READING
Mika Rafareal
RomanceDalam usia yang muda dia sudah menjadi pemilik sebuah Resort terkenal. MR gelaran diberi. para gadis sering terjatuh dengan pandangan tajamnya. Terkenal dengan sikap serius dan tegas. tiada sebab untuk dia mengukir senyuman. Dingin adalah sifatnya...