MR 17

1.1K 76 9
                                    

jam sudah menunjukkan angka 2 pagi. tangan di bawah menyilang ke dada bidangnya. suasana dingin langsung tidak memberi impak kepadanya.

kesibukan kota di bawah sana diperhati tanpa riaksi. seketika dia mengeluh sendiri.

untuk apa dia berdiri di sini lagi?mengenangkan sesuatu yang belum pasti. dan...sangat mustahil.

......

aku janji untuk tak datang tempat nie lagi..

tapi... sekarang.. degupan jantung aku sentiasa tak tenang bila teringatkan dia. kenangan bersama dia.. segalanya tentang dia..

"real.." aku diam dah tahu siapa yang sedang menegur. satu satunya sahabat yang tahu semuanya tentang diri aku.

" selepas 6 tahun..kau pergi tempat nie balik" ujar tanz tenang. tangannya di bahu aku biarkan.

entah. aku pun tak tahu kenapa selepas 6 tahun aku tergerak hati untuk pergi tempat nie lagi.

mungkin sebab..

aku rindu.

tanz berdiri di sisi aku. sama sama memandang kesibukan kota di bawah sana. bandar yang tak perna tidur.

aku senyum. senyum yang terasa kelat.

"aku..rindu tempat nie" lama aku berdiam diri sebelum menjawab pertanyaan tanz tadi.

"kau masih ingat dia"

tanz pandang aku. huh.. apa yang perlu aku jawab kalau aku sendiri pun tak perna nak cari jawapan tentang tu.

"nama dia dah jadi parut dalam hati aku..

takkan perna hilang" sikit..sikit lagi air mata aku jatuh.

yupss nama dia takan pernah hilang dalam hati aku. takkan perna.

tanz diam. aku raup wajah.

" Aryiassa berjaya ubah hati kau real. aku salute dengan assa" tanz tersenyum.

betul lah kata kata tanz. assa atau aryiassa mikayla adik angkat aku.

dan juga... isteri aku. isteri kepada mika rafareal. tapi gelaran tu hanya sekejap. cuma seketika. kebahagiaan yang cuma sementara.

air mata aku akhirnya jatuh. aku tak kisah kalau sekarang nie orang nak cakap aku lelaki yang tak kuat.

aryiassa gadis yang betul betul bermakna dalam hidup aku.

"aku rindu dia tanz. rindu sangat" aku tunduk. siapa lagi yang akan faham tentang satu kerinduan terhadap seseorang yang tak perna akan muncul kembali.

kerinduan terhadap seseorang yang dah pergi untuk selama lamanya.

"baru aku tahu betapa sakitnya satu penyesalan tanz."

"dulu aku selalu buli dia..aku benci nampak muka dia kat rumah. aku selalu sakitkan hati dia..aku buat macam macam sampai dia menangis. aku marah dia sampai dia takut nak pandang aku.." aku tergelak bila ingat semua kenangan 7 tahun lepas.

aku suka tengok assa menangis. aku suka tengok wajah merah dia, hidung dia yang merah. muka tak puas hati dia.

"and last last kau jatuh cinta kat adik angkat kau sendiri" sambung tanz. aku senyum.

yup..bila umur aku masuk 15 tahun aku sedar yang aku dah jatuh cinta dengan assa. assa yang humble. assa yang selambah tapi penakut, assa yang suka membebel. assa yang pantang di cabar. assa yang tak sukakan rambut panjang. kalau dah panjang wajib dia pergi salon potong rambut. tak pun potong sendiri.

Mika RafarealTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang