MR ( Tumpang lalu)

1.1K 43 29
                                        

Hai🌹 author minta maaf sebab ini bukan update Mika Rafareal.

maaf juga kepada anda yang tertunggu next chapter Mika Rafareal.

Tapi hari nie author nak belanja korang satu short story yang author tulis time author pt3(2018) masa tu kat dewan sekolah di sebabkan tak boleh tidur kalau dah siap jawab so author dengan rajinnya tulis la satu story. Idea story nie datang spontan😂

Okay daripada author throwback kisah pt3 author baik author mulakan.

               🌹Mempersembahkan🌹

Hai nama aku Hara Ferdilina. Sebut je nama aku korang mesti akan dengar ferdi gedik,ferdi sombong,ferdi jahat,ferdi kejam,ferdi tak ada hati perut,ferdi,ferdi,ferdi,ferdi dan yup semua yang berkaitan dengan perkara negetif.

perasaan aku? tak perlu risau kot. aku dah terbiasa. Aku nie tak lah tinggi sangat,setakat 169 je. ehh jap. dah kenapa aku perlu bagitahu semua tu?

okay proceed kat seorang hotstuff kat sekolah elit nie.Nama dia Qaiyum maksud aku nama full dia Qaiyum Nick Izkandar

Dah nama pun Hotstuff confirm lah dia seorang yang cool,macho,dan handsome. Menjadi igauan para gadis dan ladies kat sekolah nie.

dia juga watak utama dalam cerita aku. kalau dia hero mesti korang nak tahu siapa heroin kan? yang pasti bukan aku.

aku tak layak jadi heroin. aku just layak jadi watak sampingan atau lebih tepat antagonis. kot.. memperkenalkan heroin kita Syamimi Ayfa. Girlfriend kepada nick atau Qaiyum nick izkandar, juga merangkap adik tiri aku. Okay aku benci kenyataan tu.

Dari jauh aku dah nampak mimi tersenyum melangkah ke arah nick yang duduk bersama rakan-rakannya.

aku smirk lalu berjalan laju dan melanggar bahu mimi. Dia jatuh dan aku sikit pun tak tolong dia malahan mata aku meliar memandang ke tempat lain.

"kak kenapa langgar ayfa" aduh ayfa yang terduduk di hadapan aku. aku mencebik

sikit je pun nak mengadu. kau belum pernah jadi aku! " kau tak nampak ke aku nak jalan! mata tu letak mana?"marah aku. saja je nak bagi drama air mata sikit. Tiba-tiba nick menegur.

"mimi kenapa nie" Soal nick cemas. ya! Dia akan bersikap lembut ketika bersama syamimi. tapi depan syamimi je tau. depan aku dan yang lain dia akan tunjuk wajah beku ,ais,dingin nak mampus dia tu.

"Biy dia langgar i biy..dia dah buta agaknya" lantas aku memaut lengan nick.

mata mimi dah mula merah air mata mula bertakung. mimi berdiri dan terus berlalu pergi.

sekali lagi aku tersenyum puas. aku puas sangat. simpati? kau rasa?

nick merentap kasar lengannya. aku terundur dua tapak ke belakang "biy kenapa nie nak marah bagai" aku merengek manja. terserlah kegedikan aku kat situ.

"eh betina!" nick mengetap bibir. geram kot. tak! dia bengang dengan aku. haha

"kau nie kan" tuding nick tepat depan muka aku.

aku terdiam. selama nie..ini lah kali pertama aku dengar nick gelar aku betina.

aku hanya memandang langkah nick yang semakin menjauh. mungkin nak pujuk buah hati dia tu kot. Huh! menyampah aku.

aku helah nafas kemudian mengangkat bahu. Tak apa aku akan buat korang terpisah.

**********

" ayah dengar hara tolak ayfa kat sekolah" soal ayah serius. aku juling mata ke atas.

cepat betul berita tersebar kan. Almaklumlah ayfa kan anak kandung ayah. aku nie anak tiri je.

ibu aku kahwin dengan ayah masa umur aku 13 tahun. sekarang aku dah 17 tahun dan ayfa 16 tahun. bermakna dah empat tahun kitorang bertiri.

aku dulu tak lah benci sangat kat ayfa. kitorang okay je macam adik beradik lain yang mesra. Tapi masuk umur aku 16 tahun dan dia 15 tahun aku dah start benci dia. Okay let's say yang aku tak benci dia cuma aku tak suka je. kenapa? sebab kemunculan Qaiyum Nick Izkandar. aku tak boleh biarkan dia rapat dengan nick. keputusan aku muktamad.

"Hara ingat tujuan utama kita hara" ayah dah naikkan volume suara.

aku diam. asyik-asyik perkara tu. aku dah muak. kenapa mesti aku? kenapa? aku terpaksa taruhkan masa depan aku just benda bodoh nie je!

"banyak yang memandang ayah, banyak yang yang mendengar" aku mengeluh. inilah tanggungjawab aku yang tak pernah orang tahu.

"ayfa tak boleh dekat dengan nick. you know that resiko ayah" aku renung wajah ayah dalam. aku dah mula serius

"but itu bukan caranya hara. you hurt her" kata ayah perlahan. aku tunduk

"itu jalan yang paling berkesan ayah untuk jauhkan ayfa dari nick"

ini bukan tentang cinta atau romance. ini melibatkan nyawa yang perlu aku selamatkan, kalau ayfa dekat dengan nick ayfa akan jadi target. sama macam nick. jadi aku kena protect dua-dua adik dan juga seorang pewaris.

aku nak selamatkan nyawa dua orang! aku jaga diorang dari sudut lain. tapi aku taruhkan nyawa aku sendiri, aku korban kan masa depan aku sendiri. aku noda kan perkara negetif dalam cerita hidup aku pada nama aku.

kenapa tiada siapa nak tanya apa pengorbanan aku? kenapa tiada siapa nak tanya siapa aku? kenapa? kenapa tiada yang nak tanya apa perasaan aku? apa yang aku impikan? apa yang aku cita-citakan? apa yang aku azam kan setiap tahun baru?

kenapa tiada seorang pun nak tanya. walaupun aku tak akan jawab but atleats tanya...

ayah menggelang perlahan sebelum berlalu meninggalkan aku sendiri.

aku tersenyum kosong memandang susuk tubuh ayah yang sudah hilang di sebalik lift rumah agam 4 tingkat itu.

aku berdiri tegak masih memandang pintu lift yang sudah tertutup rapat.

setitik demi setitik air mata aku jatuh. aku nak hidup aku yang dulu..

hidup aku yang sentiasa penuh dengan gurau senda,ketawa dan bernyanyi.

aku nak ada kawan yang nak bermain dengan aku.

tapi apa yang boleh aku buat? aku kena pikul tanggungjawab nie. kena laksanakan tugas nie.

aku tengah pegang masa depan dan nyawa dua orang. sedangkan aku kena taruhkan dan korbankan nyawa dan masa depan aku sendiri. seolah-olah aku hidup dan bernafas kat dunia nie bukan untuk diri aku. tapi untuk orang lain.

Aku kesat air mata aku. Tak! aku tak boleh nangis! macam mana aku nak protect diorang kalau aku lemah macam nie!




tamat..

so macam mana? ada pertanyaan? atau komen hehe🤭

sorry kalau typo😎

haihh tak kuat sis kalau jadi hara😢

Mika RafarealTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang