"pelangi tak semestinya hadir selepas hujan"
"Kau tak faham bahasa ke bodoh!" Mika menepis makanan yang di letakkan di meja katil hospital.
Jururawat itu hanya mampu menunduk kepala.
Sudah sebulan lebih pesakit bernama mika rafareal ditempatkan di situ.Dia tidak mudah diatur.
"Puan..kami dah sedaya upaya merawat encik mika tapi sampai ke hari ini keadaannya tetap sama"
Vie memandang ke arah mika yang duduk memeluk lutut di atas katil.
"Puan jangan risau kami akan terus berusaha memantau keadaan encik mika"
Vie tidak membalas hanya pandangnya yang menatap lekat ke arah mika.
Perlahan dia menoleh ke arah Dr.fiqal.
"Terima kasih dokter" ujar vie perlahan. Matanya menghantar langkah Dr.fiqal yang semakin jauh darinya.
Perlahan dia tersenyum perit.Tak sangkah dan siapa sangkah. Mika rafareal mengalami gangguan mental.
Dia tidak mudah dikawal. Selalu memberontak. Bercakap sendiri. Ketawa sendiri. Menangis tanpa sebab. Semua tu disaksikan oleh vie sejak 2 bulan yang lalu.
Mika bukan dirinya lagi.
Tanpa sedar air matanya turun membahasi pipi.
"Vie..." Pantas vie menoleh mencari gerangan yang memanggilnya.
Tanz..
Yup dia dah tahu tanz masih hidup.Gila tak terkejut. Dia hampir tak percaya. Tapi bila tanz membawanya berjumpa dengan doktor peribadinya baru vie percaya.
Tak! Masa tu vie dah rasa pengsan seratus kali. Apa tidak doktor peribadi tanz adalah orang yang tersangat lah dia kenal.
Nak tahu tak siapa? Okay korang takyah tahu. Tak penting pun.
Tapi vie masa tu memang dah jadi bisu sementara sebab apa sebab terkejut yang amat.
Doktor peribadi tanz ialah irra gaiss! Irra!
Irra? Huhu tolong lah irra kawan sepermainan dia.
Okay balik kepada tanz. Kenapa dan bagaimana. Tanz beruntung masa kejadian tu. Sebab doktor pakar bedah yang bertugas waktu tu adalah irra.
Kalau bukan sebab irra yang berdiri setengah dua puluh empat jam mungkin tanz dah tak ada sekarang.
Thanks irra dah selamatkan nyawa banyak orang.
Sejak tu tanz mengambil irra sebagai doktor peribadinya.
"Vie! Kau okay tak nie" tanz menyentuh bahu vie yang seolah berada di dunianya sendiri.
Vie memandang tanz sebelum tersenyum hambar.
"Aku okay tanz" vie kembali memandang ke arah mika.
"Aku faham apa yang kau rasa vie" matanya juga tidak lepas memandang ke arah sahabatnya.
Keadaan sahabatnya sangat jauh berbeza dengan yang dulu.
Tak ada siapa sangkah keadaan mika akan jadi macam nie.
Siapa je yang tak sedih kan sahabat susah senang jadi macam nie.
Jadi wajar dia faham perasaan keluarga dan isteri mika.
Lagi lagi semua nie ada kena mengena dengan masa lalu mika
' aku harap kau kuat mika' monolog tanz dalam hati.
Vie hanya mampu tersenyum hambar. Panas bawah matanya terasa.
Perasaannya bercelaru.
"Masa lalu mika terlalu bermakna" ujar vie perlahan.
Tanz memandang vie
"Bermakna dan lebih penting dari diri dia sendiri"
"Sampai sini aku faham.." vie tunduk
"Maksud kau?" Berkerut tanz memandang vie
"Aku nie hanya seseorang yang cuba masuk dalam kehidupan seorang mika tapi kenyataannya hanya jadi beban"
Makin berkerut dahi tanz
"Kau tak payah faham tanz"
***********************
1 tahun kemudian
Vie berjalan cepat. Jam di tangan dilihat sekilas. Dia ada 20 minit lagi.
Akhirnya dia sampai ketempat tujuannya.
"Selamat pagi doktor,maaf lambat" vie menghulur tangan bersalaman dengan pakar perubatan mental.
Doktor kamilea hanya tersenyum
"Takpe saya faham"doktor kamilea memandang wajah vie tenang.
Sudah beberapa bulan dia mengenal veronica vie ilara.
" Macam mana keadaan dia" soal vie tanpa berselindung.
" Awak tak perlu terlalu risau vie. Keadaan mika dalam keadaan terkawal" tenang doktor kamilea menerangkan kepada vie.
Vie menghela nafas lega.
Apa tidaknya mika sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini terlalu mencemaskan
Dia hampir membunuh salah satu perawat di sana.
Bukan itu sahaja mika juga pernah mengancam keselamatan semua perawat yang perna masuk ke dalam ward mika.
"Cuma kebelakangan ini, apa yang saya perhatikan mika lebih banyak berdiam diri"
Vie memandang doktor kamilea risau. Namun doktor kamilea tetap tenang dengan senyumannya
"Don't worry vie...."
**********************
Selepas berbincang dengan doktor kamilea vie menuju ke ward mika
Dia tidak di benarkan masuk. Cuma mampu melihat dari luar pintu bilik sahaja.
Itupun sudah cukup.
Vie memandang mika yang duduk bersandar. Betul kata doktor kamilea mika hanya dia termenung.
Mika hanya dengan dunia nya sendiri.
"Mika.." panggil vie perlahan. Cukup hanya dia sahaja yang mendengar.
Tapi tanpa di sangkah mika memandang ke arah pintu ward.
Secara tidak sengaja mata mereka bertembung.
Sesaat
Dua saat
Tiga saat
Vie berundur ke belakang. Mika menatapnya dengan pandangan kosong. Tanpa senyuman. Tanpa reaksi dingin. Hanya tatapan kosong.
Akhirnya vie tertunduk. Air matanya jatuh setitik demi setitik.
Dia tidak sanggup melihat keadaan mika. Sedih?siapa yang tak sedih.
Perlahan vie mengesat air matanya sebelum memandang ke arah mika kembali.
Mika yang tadi bersandar dinding kini terbaring di katilnya.
Vie manarik nafas dalam.
Bersambung🌹
Vote&shareMaaf hambar🤭
YOU ARE READING
Mika Rafareal
DragosteDalam usia yang muda dia sudah menjadi pemilik sebuah Resort terkenal. MR gelaran diberi. para gadis sering terjatuh dengan pandangan tajamnya. Terkenal dengan sikap serius dan tegas. tiada sebab untuk dia mengukir senyuman. Dingin adalah sifatnya...