Bab 70 ❤

4.2K 128 5
                                    

AKHIRNYA keluarga mereka bersatu setelah sekian lama menelan segala kepahitan realiti. Dayana adalah orang yang paling bersukur kerana Ainun menerimanya dengan apa adanya. Ainun dah banyak kali minta maaf darinya atas kesalahannya itu.  yang tidak terucap bersama tangisan yang memilukan. Ainun seumur hidup rasa bersalah pada Aishah. Satu sahaja doanya agar semua silapnya pada kawannya itu diampunkan.

Dayana mengukir senyum bila kereta yang dipandunya itu sudah sampai di halaman rumah Hamid dan Fatimah. Bukan main lagi Hakeem bersorak riuh tidak sabar mahu keluar dari kereta. Milhan dah banyak kali tegur tapi langsung tidak diendahkan.

"Abang nak ambil angin luar,"

Dayana lantas membantu Milhan yang berpaut pada tongkatnya itu. Risau dia bila suaminya itu berdegil nak buat sendiri. Tidak mahu dibantu. Dayana hanya memandang sahaja. Sedikit puas dengan usaha gigih Milhan yang mahu berdiri. Dayana langsung fokus pada Haris di tangan Mak Jah. Comel anaknya itu yang sudah buka mata.

Mak Jah menyerahkan Haris pada Dayana. Segala beg pakaian mereka diangkut oleh Mak Jah. Turut dibantu oleh Hakeem. Fatimah turut sama membantu apa yang mampu. Segan Dayana dibuatnya namun tidak lupa dia ucapkan terima kasih.

"Abang, Yana masuk dulu nak susukan Haris," Dayana bersuara memandangkan tangan Haris memula menarik baju yang dipakainya itu.

Milhan angguk sahaja. Hilang sahaja kelibat Dayana di dalam rumah, dia berjalan menuju ke pangkin yang dibina di bawah pohon mangga. Hamid yang buat untuk mereka sekeluarga melepak di luar rumah. Sedang dia leka menikmati angin petang itu, Milhan disapa salam seseorang. Bila kepalanya menoleh, pandangan matanya tertancap pada tubuh seseorang yang dia tidak mahu bersua muka lagi.

Kenapa waktu macam ni lah perempuan ni ganggu ketenangan aku? Milhan merungut di dalam hati.

"Sorrylah kacau awak...tapi saya datang n---"

"Mana kau tahu aku balik hari ni?" cantas Milhan dengan pertanyaan yang dia sememangnya harus tahu. Dia pelik bagaimana Misya tahu kedatangan di kampung itu.

Misya diam. Sekarang ini dia hanya duduk diam di kerusi rodanya. Dulu kalau dia nak merayu, dia masih boleh lagi mendekat lelaki itu. Matanya melirik pada tongkat di sisi Milhan. Milhan dah berjalan tanpa menggunakan kerusi roda lagi.

"Mana kau tahu aku balik hari ni?" suaranya ditekan lagi, mengejutkan Misya dari lamunannya sebentar.

"Ibu dengan ayah yang maklumkan dekat saya..."

Berdesing telinga Milhan bila nama ayah dan ibunya yang disebut. Patutlah mereka beriya-iya suruh dia pulang. Rupanya nak suruh dia berjumpa dengan Misya.

"They're not your in law anymore!" pedas sekali ayat kenyataan itu di telinga Misya. Tahulah dia tersasul tadi. Tapi tidak apa asalkan Milhan mahu bersua muka dengannya di situ.

"Saya nak min---"

"Minta maaf?!" celah Milhan seakan mengetahui dialog Misya.

Misya diam. Jelas muka Milhan tidak menyenangi kehadirannya di situ. Please forgive me, Milhan...

"Is it real or you're just faking it?" sinis sekali Milhan menyoal. Langsung tidak mahu memberi peluang pada Misya untuk berkata.

Misya mendongak cuba menahan air matanya mengalir jatuh. Betapa Milhan membencinya. Misya baru menyedari dirinya dulu sangat jahat. Dia pernah menipu Milhan dengan maaf yang penuh kepuraan. Sekarang bila kata maaf yang dia betul-betul ucapkan, Milhan langsung tidak mempercayainya. Perit sangat untuk dia terima, dan dia tahu dia layak dapat layanan seperti itu dari Milhan.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now