Bab 34❤

7.3K 268 3
                                    

SELESAI solat, tangan suaminya disalam sebelum diciumnya. Dahinya disentuh bibir suaminya itu. Hakeem hanya menjadi pemerhati.

"Hakeem masuk bilik sekarang, mungkin Mak Mah dah tunggu," arah Milhan seperti selalu menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang ayah.

Hakeem akur. Nak bantah, dia tidak mahu ayahnya marah. Selepas salam tangan Milhan dan Dayana, dia bangun keluar dari bilik itu. Dayana membuka telekungnya lalu dilipat. Milhan membantu melipat sejadah yang mereka gunakan tadi.

"Sayang...jom ikut abang sekejap,"

Dayana tercenggang. Namun bila tangannya ditarik oleh Milhan, dia hanya mengekori tanpa relanya. Bilik kerja Milhan dituju lalu mereka masuk. Semakin pelik pandangan Dayana bila Milhan menutup pintu bilik kerjanya.

"Abang nak buat apa sebenarnya?" Soal Dayana penuh curiga.

"Abang ada surprise untuk sayang..." beritahu Milhan dengan senyuman lebar di bibirnya.

"Abang menang kes tu ke?" Teka Dayana dengan muka gembira.

"Nope!" Milhan geleng.

"Habis tu apa?" Soal Dayana.

"Abang nak bagitau abang cintakan sayang sebelum kita tidur..."

"Tapi kenapa dekat sini?" Semakin pelik Dayana dengan kerenah suaminya itu.

"Sebab...malam ni abang nak spend time dengan sayang dekat sini supaya Hakeem tak ganggu kita berdua," Dengan sahaja alasan Milhan, Dayana ketawa lepas. Habis dada Milhan dipukulnya untuk lepas rasa lucu tentang suaminya itu.

Bayangkan dengan gelak macam itu sahaja, sudah buat Milhan rasa tenang. Sekurangnya Dayana menunjukkan betapa bahagianya bila bersama dia. Dia tidak mahu ada air mata yang mencacatkan kebahagiaan terpamer pada wajah isterinya itu.

Terkejut Dayana bila Milhan merangkul pinggangnya lalu menarik rapat. Terus mati tawanya tadi dan matanya bertembung dengan mata Milhan. Ya Allah...indahnya perasaan ini bila mata suaminya itu hanya memandangnya, bukan orang lain selain dia. Bukan Misya, bukan juga Ayuni.

"Abang minta maaf kalau abang tak sempurna depan mata sayang...abang tau abang tak mampu beri kebahagiaan yang sayang maukan. Dengan munculnya Misya lagi, ganggu hidup abang, abang tau sayang takut Misya rampas abang dari sayang. Sayang jangan risau...no matter what happen, abang akan selalu ada untuk sayang. InshaaAllah...abang akan cuba bahagiakan sayang..."

Diusap lembut pipi isterinya itu. Dengan matanya terus menatap wajah Dayana. Baginya Dayana adalah isteri yang dikirim Allah untuknya untuk melengkapkan hidupnya dan Hakeem. Syukur Alhamdulillah...

Dayana tersenyum namun selepas itu senyumannya mati. Perutnya tiba-tiba terasa mual. Tangannya laju naik menekup mulutnya. Gayanya seperti orang mahu muntah. Terkejut Milhan namun dia tidak dapat menghalang bila Dayana pantas berlari menuju ke bilik air dalam bilik mereka. Cepat sahaja dia ekori dari belakang. Dia usap belakang tubuh isterinya bila Dayana memuntahkan segala isi makanan yang dimakannya tadi ke dalam sinki.

"Sayang okey ke ni?" Risau hatinya bila Dayana terus menerus muntah segalanya.

Dayana bangun dari menunduk. Dia pamdang wajah Milhan yang berkerut penuh kerisauan. Berpinar-pinar matanya sebelum semuanya jadi kelam.

"Ya Allah, sayang!"

"BAGAIMANA keadaan isteri saya, Nad?" Soalnya terus bila doktor itu selesai memeriksa keadaan isterinya.

Doktor yang dipanggil Nad itu tersenyum senang. Wajahnya usah nak dibahas. Lucu bila tengok sang suami yang begitu risau dengan keadaan si isteri.

"Dia cuma penat..." beritahu Nad.

"Tu je ke? I don't think dia cuma penat," Milhan seperti tidak puas hati dengan penerangan dari Nad.

Nad senyum lagi. Nak juga dia kenakan kawannya yang sorang ni. Rupanya sayang bini! Dulu dia pernah datang pernikahan mereka yang ringkas itu pun sebab Milhan sendiri yang beritahu suruh datang. Tak sangkakan Milhan betul-betul sayangkan isterinya ini.

"Saya cakap yang betullah, Milhan...isteri awak ni penat sangat sebab tu kut dia pengsan. And one more thing, isteri awak berbadan dua untuk masa sekarang ni..."

"Berbadan dua?! Apa tu?"

Nad tepuk dahi. Ingatkan Milhan ni tahu tentang perempuan berbadan dua. Diakan pernah kahwin sebelum ni mestilah dia tahu semua tu.

"Okey...tolong jangan berteka-teki dengan saya. Straight to the point, isteri saya sakit apa?" Gesa Milhan tidak sabar. Mana boleh dia sabar dengan situasi isterinya pengsan di depan matanya.

"She's pregnant!"

Terkejut Milhan. Seolah tidak percaya. Namun pandangan Nad yang serius itu buat dia akhirnya mengucap syukur ke hadrat Illahi. Subhanallah...

"Terima kasih, Nad sebab sudi datang rumah saya malam ni walaupun sekarang ni dah lewat. Sorry lah kalau saya kacau lena awak," ucap Milhan dengan senang hati.

"Not a big deal! Awak jaga isteri awak baik-baik. Perempuan mengandung ni banyak sensitif sangat. Dan satu lagi jangan suruh dia buat kerja berat sangat. Bagi dia rehat, dan jangan lupa check up untuk kandungannya," pesan Nad sebelum dia meminta diri untuk pulang. Kerjanya sudah selesai. Tidak sangka khabar yang diberitahunya itu mampu membahagiakan orang lain.

Milhan masuk semula ke dalam bilik. Isterinya yang lena di atas katil didekati lalu ditatap wajah Dayana yang pucat sedikit itu.

"Terima kasih, sayang...beri abang zuriat. I love you so much...thanks so much, sayang..." ucapnya sebelum dia mencium dahi isterinya itu.

DAYANA membuka matanya perlahan. Digosok matanya agar kelihatan jelas. Dia pandang jam lonceng di meja sisi katil. Masih awal lagi. Dia toleh pada Milhan yang masih lena diulit mimpi. Pergerakkan tersekat tubuhnya dipeluk suaminya itu. Dirinya tak ubah macam bantal peluk pada suaminya itu.

"Jangan gerak..."

Dayana laju mendongak ke atas pada muka Milhan. Matanya masih terpejam rapat. Tahulah Dayana suaminya sudah terjaga namun matanya dibiarkan tertutup. Dayana senyum sebelum merapatkan tubuh mereka. Terasa tangan Milhan menarik tubuhnya merapat.

Hatinya begitu senang. Tambah lagi dia suka mencium bauan tubuh Milhan. Sebelum ni dia tidak kisah pun. Tapi kali ini dia terlebih suka mencium bauan tubuh suaminya itu. Harum...

"What's mine is yours," kata Milhan lembut.

Dayana senyum lebar. Entah mengapa dia rasa berbunga-bunga dengan setiap ucapan yang meniti di bibir suaminya itu. Dia rasa bahagia yang tersangat.

Namun dia tercenggang bila tangan besar Milhan mengusap lembut pada perutnya yang kempis itu. Dia turut pandang ke bawah pada perutnya. Jangan cakap...dia...

"Yes, you're pregnant anak kita,"

Terpana Dayana dengan kejutan itu. Betul ke dia mengandung? Namun selepas itu dia cuba bangun untuk dengar penjelasan dari suaminya. Tapi Milhan terlebih awal membantutkan pergerakkannya itu. Tubuhnya dipeluk kemas dan pergerakkannya dikunci. Dengan Milhan dibelakangnya. Dia dapat rasakan deruan nafas hidung suaminya mencecah kulit lehernya.

"Sayang jangan pergi kerja hari ni...abang nak jaga sayang dekat rumah seharian ni. Sayang kena banyak rehat untuk baby kita dalam perut sayang ni," bisik Milhan tepat pada cuping telinga isterinya sebelum dikucupnya penuh kasih.

Dayana kegelian. Namun bibirnya tersenyum.

"Berapa usia baby kita?" Soal Dayana lalu sama-sama tangannya ikut mengusap perutnya yang masih rata itu.

"Three weeks...thanks, sayang..." dikucup lagi kepala kepala isterinya.

Dayana senyum bahagia. Akhirnya doanya termakbul juga. Syukur...Allah berikan dia zuriat untuk suaminya itu. Sekurangnya selepas ini Hakeem ada peneman.

"I love you...I love you...I love you...I love you..." bisik Milhan lembut seolah memberi kedamaian dalam diri Dayana.

Dayana tidak sedar matanya kembali terkatup rapat dan lena dengan ungkapan suaminya itu.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now