SIAP segalanya, Dayana lantas mencapai salah satu tali leher yang sesuai dengan pakaian kerja yang dipakai suaminya hari itu. Dibawa tali leher yang dipilihnya tadi mendekati Milhan yang baru selesai membutangkan baju kerjanya. Kolar bajunya sudah dinaik, untuk memudahkan kerja Dayana.
Mulanya Dayana kekok disebabkan ketinggian Milhan yang tidak sama dengannya. Milhan yang perasan akan ke'kekok'kan itu, lalu merendahkan sedikit kepalanya. Dia tunduk memandang isterinya itu. Bibirnya mengukir senyuman mesra.
Dayana teragak-agak namun lekas tangannya melilit tali leher itu pada suaminya itu. Dipasang penuh teliti sehingga akhirnya dia begitu senang dengan kerjanya itu. Dipandang buat terakhir kali dan bibirnya terlukis senyuman puas. Dia mendongak memandang sedikit pada Milhan.
"Terima kasih..." ucap Milhan, senyum.
Ubun Dayana disentuh lembut. Dayana balas senyum suaminya itu. Dia menjauhkan jarak mereka lalu dia mencapai briefcase Milhan sebelum dihulurkan pada Milhan. Beg tangannya juga diambil lalu jalan bersama keluar dari bilik itu menuju ke bawah.
"Selamat pagi, mama...daddy!" Sapa Hakeem di meja makan. Dia siap duduk di tempatnya sambil tangan kecilnya itu memegang sudu dan garpu.
Dayana terhibur dengan keletah anak itu lalu dia menghadiahkan ciuman di pipi Hakeem. Dia mahu Hakeem rasa disayangi. Reaksi Hakeem bukan main lagi begitu gembira bila pipi gebunya dicium. Lagi-lagi Dayana yang sememangnya ibu yang dia sayangi. Dia tidak tahu hakikat sebenarnya Dayana bukan ibu kandungnya.
"Untuk abang tak ada ke?" Soal Milhan, muka selamba ditayang.
Dayana kaku di tempatnya. Dia pandang ke arah Milhan yang sepertinya menantikannya.
"Awak nak apa?" Soal Dayana semula. Dia sebenarnya keliru apa yang dimaksudkan suaminya itu tadi.
"Apalah mama ni! Daddy nak mama kiss daddy juga macam mama kiss Hakeem tadi," mujur Hakeem bersuara mewakili ayahnya itu. Riuh meja makan pada pagi itu dengan suara Hakeem yang tidak pernah senyap mulutnya.
Milhan jongket kening sambil melihat ke arah Dayana. Jari telunjuknya dihala pada pipinya, memberi isyarat agar isterinya itu menciumnya di situ. Kalau nak dekat bibir pun boleh! Milhan ketawa di dalam hati.
Dayana bermain dengan jarinya. Gelisah bila dua anak beranak itu sepertinya sedang menantikannya. Dia bangun perlahan lalu mendekati duduk Milhan. Bila dirasakan Mak Jah tak ada di situ, cepat sahaja bibirnya mendarat pada pipi kiri Milhan. Pipinya terasa membahang panas saat bibirnya bersentuh dengan kulit suaminya itu. Selama dia hidup, dia tidak pernah lagi cium dekat lelaki seperti itu. Tapi inilah perkara yang dia rasa malu sangat dengan Milhan. Dahlah Hakeem tengok mereka berdua.
Dayana mengambil tempat duduknya semula. Kepalanya tunduk memandang pada spaghetti di dalam pinggannya, cuba menutup rasa malunya.
"Terima kasih..." ucap Milhan perlahan. Wajahnya tampak begitu gembira memandang Dayana.
"Daddy...boleh tak Hakeem ikut daddy? Hakeem bosanlah kalau dekat dalam rumah je,"
"Hakeem duduk main dengan Mak Jah dekat rumah ni. Daddy tak boleh bawa Hakeem sebab nanti Hakeem ganggu daddy buat kerja. So...daddy say no!"
Hakeem monyok. Dayana senyum. Alahai comel pula wajah Hakeem kalau buat begitu!
"Mama tak boleh ke tak payah pergi kerja?"
"Mama kena masuk kerja hari ni tapi nanti mama balik awal. Mama tau mesti Hakeem rindu dekat mama," meleret senyuman Dayana memujuk anaknya itu.
Hakeem apalagi tersenyum suka. Gembiralah tu bila mamanya itu memahaminya. Tapi tetap dia bosan nanti. Dengan Mak Jah bukan dia boleh buat apa-apa pun melainkan baca buku cerita. Mak Jah bukan tahan nak lari kejar dia. Lagipun dia tahu orang tua itu sakit lutut.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...