Bab 27❤

9.4K 281 4
                                    

PESAWAT Royal Brunei Airlines yang mereka naiki itu akhirnya selamat mendarat di atas landasan KLIA. Selepas melepasi pintu balai ketibaan, Milhan membawanya keluar dari kesesakan itu. Ditarik tangan Dayana menuju ke arah tempat ruang lobi yang sudah dipenuhi beberapa orang yang seperti menunggu jadual penerbangan mereka. Dia menilik jam dipergelangan tangannya. Ada dua jam lagi masa untuk mereka berehat, isikan perut mereka sebelum mereka berlepas menggunakan Air Asia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

"Sayang tunggu dekat sini. Abang nak beli minuman dengan makanan sekali untuk alas perut kita," Milhan memberitahu terlebih awal ke mana dia pergi.

Dayana angguk tanda faham. Dia hantar pemergian Milhan dengan pandangan matanya sebelum dia mengimbas ruang lobi di situ. Dia tersenyum gembira bila kakinya berpijak di bumi Malaysia itu. Seumur hidupnya, dia tidak pernah jejak kaki dekat negara itu walaupun dia suka tengok drama melayu disiarkan di TV Malaysia. Tapi dia masih pelik mengapa Milhan tidak membawa mereka keluar dari bangunan airport ini. Dahlah tubuhnya penat semacam. Dah terbayang katil yang empuk dengan comforter yang nyaman di dalam otaknya. Waktu macam ini sesuai untuk dia rebahkan tubuhnya, bermanja dengan tilam empuk.

"Sayang, nah!" Milhan menyuakan secawan kopi Latte masih panas itu kepada isterinya.

Dayana menyambut lalu disuakan ke bibirnya. Disisip perlahan khuatir lidahnya terbakar dengan kehangatan kopi itu. Milhan mengambil tempat duduk di sebelahnya lalu sama-sama menikmati minuman kopi mereka.

"Abang beli hamburger ni untuk makanan ringkas. Ni untuk sayang," sekali lagi Milhan menghulurkan hamburger itu pada isterinya.

Dayana menyambut dengan senang hati. Perutnya dah berbunyi dari tadi. Padahal  mereka dah makan dalam RBA tadi. Tapi mungkin makanan yang dikonsumi tadi sedikit sahaja itulah perutnya lapar semula. Digigit hamburger itu lalu dia dikunyah penuh selera.

"Kita tak makan dekat hotel ke?" Soal Dayana yang tidak menahu. Tiketnya apa semuanya suaminya itu yang pegang. Itulah dia tidak tahu kenapa mereka masih ada di dalam KLIA itu lagi. Nak tunggu berapa jam lagi dekat situ?

"Later sayang...we're not yet arrive. Sayang sabar ye..." pujuk Milhan untuk menyuruh isterinya itu menunggu lagi beberapa minit lagi.

Selesai makan dan menyudahkan minuman mereka, mereka duduk kenyamanan di kerusi yang disediakan. Tangan mereka masih bertaut erat. Sempat lagi Milhan mencium tangan isterinya itu. Dayana perlahan melentokkan kepalanya di bahu Milhan. Masing-masing mendiamkan diri, pandangan tunak ke hadapan sana.

Selepas mendengar pengumuman di corong speaker dilakukan, terus Milhan membawa Dayana untuk menuju ke balai ketibaan. Dayana tersenyum. Nak bagi surprise konon, akhirnya dia dah tahu ke mana suaminya itu bawa dia pergi bercuti.

Langkawi, here I come!

Pesawat mereka naiki itu tidaklah terlalu padat dengan orang. Mungkin sebab belum masuknya musim percutian. Kebanyakkannya orang datang ke Langkawi atas kerana bisnes.

Dari KLIA menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, hanya mengambil masa satu jam sahaja. Dari kapal terbang itu, mereka boleh nampak pemandangan indah Pulau Langkawi terbina. Rasa teruja pula nak jelajah Pulau Langkawi bila mendarat nanti.

Bagasi mereka ambil lalu mereka menuju ke ruang lobi. Dayana hanya mengekori ke mana sahaja langkah suaminya itu pergi sehingga mereka keluar dari bangunan airport itu. Lantas kaki diatur mendekati sebuah kereta grab sebelum drivernya membantu memasukkan bagasi mereka ke dalam but kereta.

Sepanjang perjalanan mereka menuju ke Bon Ton Resort, mereka disajikan dengan pemandangan indah di luar. Pemandu grab itu juga menerangkan sedikit perinci tentang tempat-tempat yang menarik untuk mereka pergi. Cepat sangat mereka mesra dengan pemandu itu. Loghat Kedahnya tidak ketinggalan bila berkongsi cerita.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now