TERNYATA percutian mereka di Langkawi mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai suami isteri. Mereka berkongsi kisah sedih bahkan kisah gembira mereka. Tidak lupa juga mereka meluangkan masa mereka bersama-sama pergi ke tempat menarik dan menangkap gambar momen mereka sepanjang mereka berada di Langkawi.
Yang paling best mereka menaiki kereta kabel yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah. Disamping itu, kereta kabel ini juga merupakan yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.
Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.
Gunung Mat Cincang pula merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Kereta Kabel ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter.Mereka menaiki kereta kabel yang seterusnya yang membawa mereka ke puncak. Sepanjang itu juga mereka menikmati pemandangan geologi terbentuknya Pulau Langkawi di bawah sana. Ianya hanya mengambil masa 20 minit sahaja membawa mereka ke puncak.
Akhirnya mereka berjaya juga merasai momen naik menggunakan kereta kabel itu menuju ke Jambatan udara atau Langkawi Sky Bridge yang melengkung dibina di atas puncak Gunung Mat Cincang .
Jambatan ini dihubungkan dari stesen puncak dan tergantung 100 meter dari puncak gunung.Mereka naik lagi kereta kabel tadi untuk menuju ke stesen seterusnya untuk pulang. Penat seharian berjalan, mereka singgah sebentar untuk mengalas perut di Restoran terkenal yang selalu dikunjung pelanggan berdekatan Bon Ton Resort. Nam Restauran.
Sengaja mereka pilih meja di luar restoran itu untuk merasai bayu pantai saat senja mahu melabuhkan tirainya. Selepas memesan makanan dan minuman mereka, mereka saling bertatapan cuba menikmati momen saat mata mereka bersatu menyatukan cinta di hati mereka. Bahagia tidak terkata.
Lantas tangan Dayana digenggam kemas. Bibirnya mengukir segaris senyuman yang hanya mereka berdua sahaja tahu.
"Terima kasih sayang sebab sudi temani abang cuti dekat Langkawi ni. I thought this is just only a dream. Tak salah lagi abang ambil sayang sebagai isteri abang," ujar Milhan sebelum dia tersenyum kecil. Dia tidak mahu hancurkan mood bahagia mereka saat itu.
"Kalau ni cuma mimpi, boleh tak abang terus ingat mimpi ni sampai bila-bila?" Dayana bersuara akhirnya.
"Of course I will, sayang...kalau boleh abang tak nak lupa sedikitpun dari memori kita dekat sini. Abang nak sayang je dalam otak abang ni but you know kita tidak boleh tamak. We're still have god. I love you...so much!"
Dayana tersenyum malu. Romantik pula Milhan di meja makan itu. Bukan di situ sahaja bahkan sepanjang percutian mereka. Kalau pegang tangan itu boleh dikatakan biasa-biasa sahaja. Tapi dengan Milhan dia rasa luar biasa. Masih lagi dia ingat bagaimana Milhan menyelamatkannya dari kesesakan orang. Dia ingat saat itu Milhan merangkul bahunya. Dia rasa betul-betul selesa di sebelah suaminya itu.
"Abang...boleh tak Yana tanya sesuatu? Yana tau tempat ni tak sesuai untuk Yana soal pasal peribadi abang tapi Yana nak tahu apa abang anggap Ayuni dalam hidup abang?"
Selepas dengar pertanyaan isterinya, bibirnya menguntum senyum lebar. Dia ada hidu bau bebaur cemburu dekat situ. Tak mungkin Dayana cemburu dengan Ayuni yang janda beranak tiga itu? Kalau nak dibandingkan mereka berdua, sudah tentulah Ayuni kalah dalam carta hatinya. Sudah tentulah dia pilih isterinya itu di tangga teratas.
"Isteri abang jealous ke ni?" Usik Milhan sambil menghirup jus tembikai yang dipesannya tadi. Dia perasan isterinya seringkali pesan air yang berbeza dengan seleranya. Kalau bab makanan pun selera mereka jauh berbeza. Kata orang kontra itulah yang menyatukan mereka berdua.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...