Bab 69 ❤

3K 108 1
                                    

"AINUN!"

Ainun langsung tidak menoleh mahupun untuk membalas jeritan yang memanggilnya tanpa rasa mengalah. Hatinya yang sakit seakan membeku segala perasaannya. Tidak peka dengan keadaan sekelilingnya. Dia tidak peduli semua itu. Dia hanya peduli pada hati dan perasaannya saat itu.

"Ainun, janganlah macam ni! Aku boleh jelaskan perkara sebenar,"

Ainun lekas menyeka air mata berjuraian di pipinya. Kasar. Sebelum dia bertindak memandang empunya suara yang memanggilnya tanpa jemu.

"Puaskan hati kau?! Kau memang dari dulu suka nak rampas orang yang aku sayang! Kau gembirakan tengok aku menangis sakit hati macam ni?! Kau memang nak tengok aku merana kan?!"

Ainun menembak dengan kenyataan yang memeritkan. Dia tidak peduli hujan yang renyai membasahi mereka berdua di situ. Yang penting hatinya begitu sakit untuk menerima kenyataan yang ditayang di depan matanya tadi. Dia baru berniat untuk meluahkan perasaannya pada Kamal, namun bila mendengar ungkapan romantis pasangan kekasih itu, hatinya remuk. Renyuk bak segumpal kertas yang lemah.

"Aku tidak dapat menidakkan perasaan suka aku pada Kamal, Ainun. Aku dan dia saling mencintai. Dan kami berhak untuk menyatukan rasa itu,"

"Habis perasaan aku ini apa?! Kau taukan aku dah lama suka pada Kamal tapi kenapa kau rampas dia dari aku?! Kenapa kau ambil Kamal? Kenapa?!" Jerkah Ainun, hayunan tangan kecilnya kasar menolak bahu Aishah yang tidak melawan itu.

"Tapi...Kamal tidak mencintai kau. Kau harus terima kenyataan yang Kamal mencintai aku, bukan kau," bergetar bibir Aishah mengujarkan kenyataan itu agar kawannya itu sedar. Bukan dia perampas, tapi perasaannya sama dengan Kamal.

Kamal tidak pernah mengungkap kata cinta apalagi suka pada Ainun. Ainun sahaja terlebih perasaan, menyimpan harapan dalam diam. Berharap cintanya akan terbalas. Tapi siapa sangka hati Kamal terjatuh suka pada Aishah meskipun dia tahu akan melukakan hati Ainun.

"Kau tak layak untuk sedarkan aku! Aku tau Kamal tak cinta aku tapi aku boleh buat dia jatuh cinta dengan aku. Kalau kau tak muncul tergedik-gedik depan dia, dia mungkin dah jadi milik aku! Tapi kau perampas kebahagiaan aku! Kau rampas dia dari aku! Kau perampas!" pekik Ainun memarahi Aishah yang diam menerima segala ejekannya itu. Semakin hatinya membara marah.

"Aku minta maaf kalau aku dah ambil Kamal dari kau...tapi aku berhak untuk tegakkan perasaan aku. Aku berhak untuk rasa bahagia," Aishah menahan sebak. Jujur dia rasa bersalah pada Ainun kerana dia mengkhianati persahabatan mereka kerana seorang lelaki.

Sinis senyuman Ainun. Bahagia konon...sampai perasaan dia pun tidak dipeduli. Mencerlung matanya memandang Aishah yang sepertinya menahan kesejukan itu.

"Aku tak akan biarkan kau bahagia dengan dia...perampas macam kau ni tak layak untuk rasa bahagia. Kau tengoklah nanti apa aku akan buat,"

Habis katanya itu, Ainun terus membawa langkah seribu pergi meninggalkan Aishah yang mula dihurung rasa hiba. Seakan memahami rasanya saat itu, sekelilingnya seakan turut bersedih bersamanya.





SEJAK hari itu, Ainun langsung tidak menyapa Aishah seperti selalunya. Keakraban mereka kian renggang. Meskipun ramai orang bertanya mengapa, Ainun lebih suka diam. Moodnya selalu lekas berubah bila nama Aishah disebut. Baginya sebaris nama itu begitu anti dipendengaran halwa telinganya. Lihat susuk tubuh orangnya dari jauh pun dia tidak suka apalagi bersemuka depan-depan.

Namun rasa cemburunya membuak-buak bila melihat betapa mesranya Kamal dengan Aishah. Hubungan mereka yang berstatuskan kekasih itu kini menular di satu kampus itu. Ada yang mengucapkan tahniah, ada yang turut gembira untuk sepasang kekasih itu. Hanya segelincir sahaja tidak mengendahkan hal itu.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now