Bab 55❤

5.6K 196 8
                                    

SELESAI mendaftar namanya dalam guaman yang mahu mengambilnya sebagai pekerja, kini dia sah menjadi peguam sebenar pada Dato Jefri juga syarikat Dato Jefri. Mujur ada guaman dengan sukacitanya menerimanya sebagai peguam di guaman mereka. Dia disanjung bahkan menjadi contoh pada peguam-peguam yang baru berlatih.

Milhan tidak habis mengucap syukur. Dengan ini, kerjanya hanya fokus pada syarikat Dato Jefri. Cuma segelintir sahaja dia bekerja untuk guaman barunya itu.

Milhan baru sahaja mahu pergi, tapi tak sangka pula terserempak dengan Hafreez di situ. Mahu tak mahu, dia tegur selagi Hafreez itu abang iparnya. Kalau bukan sebab ikatan itu, sudah lama mereka bermusuh. Dia tahulah seberapa bencinya Hafreez padanya dulu selepas dia mengambil Dayana sebagai isterinya.

"Bila balik sini?" sapa Milhan sekadar basa-basi. Mukanya sedaya-upaya dimaniskan.

"Aku tak perlu beritahu kau bila aku nak balik sini and for sure kau bukan siapa-siapa dalam hidup aku. Kau bukan adik ipar aku. Aku tak ada ad---"

"Dulu buang dia macam sampah, sekarang buang dia macam bangkai hidup! Siapa kau orang semua nak hukum Yana?! Dia cuma seorang anak yang tak bersalah..."

"Tapi TETAP dia anak dari rahim ibu perampas!" Tegang sekali Hafreez mengutarakan ayat itu. Kalau dia kejam menutur bicara seperti itu, baginya kejam lagi arwah Aishah yang merampas kawannya punya suami.

Milhan ketap rahang. Pantang sekali dia kalau orang merendahkan martabat isterinya itu. Kalau beginilah layanan mereka pada Dayana, dia tidak akan sesekali benarkan isterinya itu bertemu mereka meskipun kata maaf terungkap.

"Terpulang kau semua nak benci dia nak buang ke tapi aku tak bagi izin untuk kau semua sakiti hati dia. Life may be not fair tapi hukum Allah itu adil untuk hambaNya. Aku nak cakap je lepas ni aku tak akan suruh Yana jenguk kau semua sebab itu yang kau semua mahukan. Tapi jangan silap yang memutuskan silaturrahim bukan Yana tapi kau semua. Dia juga manusia, ada hati dan perasaan. Dia tak tahu silapnya di mana tapi kau semua dah hukum dia. Selagi kau semua manusia, tiada yang sempurna dalam dunia ni kecuali DIA!" ditekan suara seiring dengan luahan hatinya yang teramat geram terhadap Hafreez.

Milhan mahu berganjak namun terhalang dengan bicara Hafreez yang belum tamat. Langkahnya serta-merta mati namun tubuhnya tidak dipusing.

"Kau layak untuk dia...kau selalu ada waktu dia susah. Tak macam aku, takut untuk hadap semua masalah yang mendatang. Aku sayang Yana tapi aku lebih sayang mama aku. Aku bukan siapa-siapa dah pada dia..."

Senyuman herot dia ukir. Milhan tidak akan terpujuk dengan luahan hati Hafreez. Baginya sekali mereka dah buat Dayana pedih hati, dan selama itu juga dia tidak akan mempercayai setiap butir bicara keluar dari mulut mereka.

"Layak...ke tak layak, bukan urusan kita tapi ALLAH. Kau buang Yana macam dia bukan adik kandung kau. Kau pisahkan dia dengan ayah dia, jangan harap apa yang kau dah lakukan ni akan buat hidup kau senang. Aku minta diri dulu. Assalamualaikum..."

Milhan lantas angkat kaki pergi dari di situ. Tidak betah mahu berdepan dengan abang ipar yang sudah buang isterinya. Kalau Dayana sudah menangis meratap untuk dambakan kasih sayang dari keluarganya, apalagi dia...turut sama tersayat luka pedih. Kebahagiaan isterinya, bahagianya juga. Kesedihan isterinya, sedihnya juga. Itulah yang dia rasa bila hidup bersama Dayana. Serba sedikit dia mula memahami tanggungjawabnya sebagai suami sepenuh masa untuk Dayana.

DALAM dia ralit memerhati dua pasangan sejoli itu, hatinya turut sama tumpang gembira dengan kebahagiaan terpamer di wajah mereka berdua. Andailah...dia ditempat mereka berdua, dia janji dia adalah orang yang paling bahagia. Tapi siapalah yang mahukan dia...bibirnya perlahan mencebik, dengan mimik muka sedih.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now