KAKINYA melangkah seiring dengan Iphonenya dilekapkan pada telinganya. Mulutnya menutur bicara menjawab panggilan yang diterimanya itu. Matanya pula liar memandang sekeliling. Khuatir sekiranya dia terlanggar orang.
"Okey, mama. Nanti Haf belikan,"
Akhirnya dia mematikan talian itu. Iphonenya itu disimpan di dalam kocek seluarnya. Dia melangkah menghampiri keretanya tapi langkahnya mati serta-merta. Matanya lekas tertancap pada seseorang yang amat dikenalinya. Kerinduannya terasa terubat dengan kemunculan orang itu di depan matanya. Pantas kakinya menapak menghampiri orang itu yang baru memasuki bangunan DST yang gah terbina itu."Yana!" Panggilnya lagi dengan kuat sedikit. Kakinya berlari anak mendekati orang itu.
"Abang Haf?!"
Dayana terkejut juga bila Hafreez menegurnya di situ. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan abangnya di situ. Cepat matanya meliar sekiranya kedua orang tua mereka ada di situ. Tapi kelibat mereka tak ada.
"Yana buat apa dekat sini? Dengan siapa?" Soal Hafreez dengan mesra. Langsung tak ada rasa marah dalam ekspresi mukanya dan intonasi suaranya.
"Nak jumpa kawan Yana. Yana seorang je! Abang Haf buat apa dekat sini?"
"Yana masih marahkan abang ke? Abang minta maaf...sebab lepas Yana nikah tu abang tak contact Yana. Bukan maksud abang dah buang Yana dalam hidup abang tapi abang tau Yana perlukan masa untuk berfikir," Hafreez menjelaskan awal sebelum adiknya itu salah faham dengannya.
Dayana angguk kecil. Bibirnya hanya tersenyum nipis. Malas nak ingat peristiwa yang dah lepas. Kalau boleh dia nak lupakan dan buang dari kotak memorinya itu.
"Ayah dengan mama macammana? Sihat?" Soal Dayana dengan kerisauan terpamer di wajahnya. Masih ada rasa serba-salahnya pada kedua orang tuanya. Hafreez senyum lebar menatap wajah adiknya itu.
"Mama dengan ayah sihat je. Yana jangan risaulah sebab abang akan jaga mereka. Dan satu lagi jangan ambil hati sangat dengan mereka sebab lambat-laun mereka akan rindukan Yana jugak. Yana kan anak mereka jugak," pujuk Hafreez bersama sinar kegembiraan di wajahnya tika itu. Dayana senyum kecil.
"Ni dah jumpa abang nak ajak Yana keluar makan. Tu pun kalau Yana sudi," Hafreez mula nampak kegelisahan pada wajah Dayana. Jadi dia tunggu jawapan dari mulut adiknya itu.
"Sorrylah...Yana ada hal nak jumpa kawan Yana lepas ni. Dah janji dengan dia semalam. Tu lah Yana minta maaf sangat-sangat," ujar Dayana begitu jujur sekali.
Hafreez senyum kecil. Padahal dia hampa bila Dayana menolak pelawaannya itu.
"Abang Haf, Yana pergi dulu. Tu kawan Yana dah tunggu dari tadi. Kirim salam ye dekat mama dengan ayah,"
Dayana cepat beredar dari situ. Hafreez tidak sempat menghalang. Hatinya rasa sakit sekali dengan tingkah laku Dayana yang begitu berubah bila berhadapannya. Dulu, Dayana begitu manja dengannya. Tapi sejak kejadian di mana Dayana terpaksa menikah dengan lelaki yang tak dikenalinya, masa itu Hafreez tahu betapa Dayana sakit menerima kenyataan itu. Kenapa bukan dia yang berada di sisi adiknya itu?
Okey, dia gila! Dia memang gila sebab mencintai adiknya sendiri. Tapi dia tak tahu kenapa hatinya untuk Dayana dan bukan perempuan lain? Kepala diletakkan pada stereng kereta cuba melepaskan perasaannya itu. Perasaan itu wujud sejak Dayana masuk dalam hidupnya.
Mengapa dirinya jadi begini? Sungguh dia tidak dapat menerima kenyataan yang Dayana sudah nikah dengan lelaki lain. Kenapa bukan dia? Sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan itu pada Dayana. Ya Allah, apa yang Engkau cuba ujikan kepada diriku ini?
Hafreez sampai di rumah ketika malam sudah lama menjelang. Barang yang disuruh ibunya beli tadi diletakkan di atas meja. Mama dengan ayah mungkin dah tidur nyenyak dekat atas.
Hafreez melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kepalanya disandarkan pada kepala sofa itu. Dia memejamkan matanya cuba mengingati detik-detik kenangan dia bersama Dayana. Betapa dia rindukan Dayana yang begitu ceria, gembira dan segalanya tentang gadis itu. Semuanya indah sebab waktu itu dia begitu menyanyangi Dayana dan lama kelamaan dia bagai tidak boleh berjauhan dengan Dayana. Tapi disebabkan dia menerima tawaran kursus sebagai doktor, dia akhirnya pergi ke tanah Inggeris dan tinggalkan Dayana. Setiap masa dia hanya teringatkan gadis itu sehinggalah dia pulang semula. Tapi khabar sedih dan kecewa yang dia terima.
"Abang, kalau abang pergi sana siapa nak temani Yana dekat sini? Nanti kalau ada orang kacau Yana lagi siapa nak selamatkan Yana?" Dayana menangis di bahunya. Waktu itu umur Dayana sudah menginjak 19, dan dia pula masuk 25 tahun.
Bagai masih terbayang-bayang wajah Dayana menangis di depannya. Dayana menangis sebab dah tahu dia kena pergi ke Amerika untuk kursus itu. Dayana betul-betul menangis tidak mahu melepaskan kepergiannya. Dan itu merupakan salah satu kenangan yang abadi dalam ingatannya.
Yana, abang sangat cintakan Yana. Dalam hati abang ni hanya ada nama Yana je. Abang tak pandang orang lain sebab abang nak bersama dengan Yana je. Abang nak hidup bersama Yana je...
LEKA matanya tertumpu pada skrin Iphonenya itu. Entah mengapa hatinya sakit melihat gambar pernikahan Dayana yang ditangkap beberapa minggu yang lepas. Sejak itulah dia tidak dapat bertemu dengan Dayana. Dia tidak tahu di mana Dayana tinggal. Bahkan dia sendiri tidak mahu menanya Dayana sebab kemungkinan Dayana masih berkecil hati dengannya juga kedua orang tua mereka.
Hafreez menyisir rambut depannya yang menyentuh dahinya itu. Rimas bila kulitnya sedikit kegatalan. Mukanya pula diraup.
Dia tidak menyangka semuanya akan jadi begini. Ingat nak ambil cuti ini, dia nak luangkan masanya bersama Dayana. Bukan setakat itu sahaja, dia ada hajat besar untuk memberitahu pada kedua orang tuanya. Tapi rasanya hajatnya itu tidak akan terkeluar sampai bila-bila. Dia dah melepas. Tak ada apa lagi yang dia harus lakukan...
Dia mengeluh kecil. Tubuhnya disandar pada kepala katil sambil berlapikkan dengan bantal empuk. Agar tulang belakangnya itu tidak kesakitan. Dia belek lagi galeri yang ada di dalam Iphonenya itu sehinggalah dia terhenti pada satu gambar sewaktu dia masih kecil lagi. Waktu itu usianya mahu mencecah enam tahun. Saat itulah Dayana muncul dalam hidupnya lalu diterima dalam keluarganya.
Ibu adalah orang yang paling gembira saat itu. Walaupun Dayana anak buangan tapi dia berkeras mahu menjaga Dayana. Apalagi dirinya yang suka dengan keletah comel Dayana waktu dia masih bayi. Cuma ayahnya sahaja yang pada mulanya membantah tapi lama-kelamaan dia menerima kehadiran Dayana di rumah itu. Sedikit sebanyak kehadiran Dayana yang masih bayi itu memeriahkan rumah mereka.
Andai masa boleh diputarkan, dia akan cuba untuk perbetulkan segalanya. Dia akan melangkah lebih awal untuk memiliki Dayana tapi siapa dia yang hanya insan lemah. Hafreez menyimpan Iphonenya di atas meja lampu di sisi katilnya. Dia akan cuba untuk lupakan segalanya...termasuk perasaannya terhadap Dayana.
Hafreez menutup lampu malam lalu dia tidur mengiring. Sekejap sahaja kedengaran dengkuran halusnya memenuhi ruang biliknya itu.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...