Bab 63❤

12K 306 28
                                    

TANGISNYA pecah juga bercampur dengan rasa amarah di dalam. Sakit hatinya mengapa dia harus terlantar di atas katil pesakit itu. Bukan itu mahunya tapi sudah itu yang berlaku kepadanya. Semuanya disebabkan kecuaiannya sehingga dia kemalangan tiga hari yang lalu. Waktu dia mula-mula sedar, dia memberontak tidak percaya dengan keadaan dirinya seperti itu. Kepalanya berbalut dengan bandage. Kakinya tidak dapat bergerak langsung. Bila doktor memaklumkan padanya bahawa kakinya tidak dapat berjalan, semakin hatinya membentak tidak puas hati. Habis jururawat yang merawatnya dia hambur kata kesat.

Dirinya serupa orang cacat yang memerlukan orang lain untuk hidup. Tapi...dia dah tak ada siapa-siapa. Bila ingat kata terakhir dia bersama Milhan beberapa hari yang lalu, sesak dadanya dengan rasa kesal yang tak ada kesudahan. Bila dah kena dengan batang hidung sendiri, barulah dia merasai keperitannya. Tapi Milhan ada orang lain yang sayang dia. Sedangkan dia...tak ada!

"Cik Misya kena bekerjasama dengan saya. Kalau tak nak lama tinggal dalam wad ini, cik Misya kena makan ubat," jururawat itu bersuara setelah tidak puas hati bila ubat pagi tadi dia belum sentuh lagi. Bukan sekali Misya begitu, tapi dah banyak kali. Jururawat yang lain pun sudah angkat kaki nak pujuk Misya.

"Bagus aku mati!" rungut Misya.

Jururawat itu hanya mampu geleng kepala. Lepas urus itu ini, dia beredar keluar dari situ. Tinggal Misya dengan  seribu rasa yang membakar dirinya. Digenggam buku penumbuknya begitu kuat seolah dia berada amarahnya di aras tinggi. Tidak dapat dibendung lagi.

"Sampai bila awak macam ni?" tegur suara itu membuatkan anak mata Misya teralih ke arah empunya suara itu.

Berdiri Rayyan di muka pintu wad Misya dengan muka tidak ada perasaan. Bila Misya nampak dirinya baru dia mengatur kakinya perlahan-lahan mendekati katil. Direnung lama Misya yang terbaring lemah di atas katil itu. Dengan kedua kakinya berbalut tebal dengan bandage, sudah diduganya Misya tidak akan boleh berjalan seperti biasa seperti sebelum ini.

"Jangan pandang I with those eyes! I don't need your sympathy," Misya jeling geram.

Rayyan terus hambur tawa sinis seakan mengejek Misya. Seperti dijangkakan, Misya sentiasa tidak mahu kalah di mata orang. Fikirnya dengan apa yang menimpa perempuan itu, Misya akan berubah. Tapi tidak, Misya masih sama meskipun dia lemah.

"Saya terkejut dengar doktor explain yang awak akan lumpuh untuk selamanya. Apa sebenarnya terjadi dekat awak sampai awak accident teruk? Awak pergi mana sebenarnya sebelum accident tu berlaku?" Rayyan perlahan henyakkan punggungnya di atas kerusi di tepi katil.

"Kenapa? Kalau I cerita segalanya you boleh ke sembuh kaki I ni?" Misya menyoal sebal.

"Off course not tapi saya boleh kurangkan beban awak. Awak jangan lupa kita masih business partner,"

Misya senyum sinis. Kali ini baru matanya mencerlung tajam ke arah Rayyan. Disangkakan baik ternyata talam dua muka. Berpura-pura baik untuk kaburi matanya. Disebaliknya ada niat jahat untuk memusnahkannya.

"Business Partner konon! You jangan ingat I tak tahu you rancangkan semua ni dari awal! You make me stupid depan mereka semua! You sama macam mereka. Nak hancurkan apa yang I ada sekarang ni! Well...salute to you, Rayyan! PLASTIC! STUPID JERK!" hambur Misya dengan rasa amarah yang sukar dikawal. Kalau dia mampu, sudah lama dia belasah lelaki itu dengan kedua tangannya.

Rayyan tersenyum perlahan. Kalau boleh dia nak tepuk tangan sebab rancangannya sudah diketahui Misya. Namun sudah terlambat bagi Misya kerana syarikat milik Misya kini berada di tangan Akram, adik arwah Dato Ikram. Pelan mereka berjaya cuma Rayyan terkejut dengan apa yang menimpa nasib perempuan itu.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now