KEJUT dan rasa tidak percaya masih bergumpal dalam dirinya. Mana tidaknya bila melihat kemesraan Hakeem pada Misya. Kalau dia terkejut apalagi Dayana. Kejutan yang maha hebat. Hakeem tidak semudah itu menerima orang baru dalam hidupnya kecuali Dayana.
Persoalannya...dari mana dan sejak bila Hakeen saling mengenali Misya? Kenapa mereka tidak tahu akan hal itu?
"Don't be surprise! I sendiri yang cari anak I lagipun you dah beri izin untuk I mengenali anak I," Misya hulur senyum dengan Hakeem duduk di ribanya. Bukan main manja lagi Hakeem dengan Misya.
Dayana mula kalut. Namun cuba dikawal. Dia tahu saat ini akan terjadi jua. Tapi dia tidak rela Hakeem diambil oleh ibu sebenarnya. Dia sayang Hakeem seperti anaknya sendiri. Dayana lempar pandangan ke arah Milhan.
"Sejak bila?" tanya Milhan, serius.
"Jangan tanya soalan tu. You taukan I ibu Hakeem dan I ada hak untuk ambil Hakeem bila I mahu!" Misya menjeling geram.
Belum sempat Milhan bersuara, Dayana awal mencantas.
"Abang, bawa bincang elok-elok...lagipun Hakeem dengar," pujuk Dayana agar suaminya itu boleh bersabar melayan karenah Misya.
Misya tersenyum sinis. Namun rasa gembiranya sampai di situ sahaja bila Hakeem bangun lalu mendekati Dayana. Mungkin Hakeem takut bila dia tinggi suara tadi.
"Sayang bawa Hakeem main dalam bilik. Jangan keluar selagi abang belum suruh keluar," Milhan sudah memberi arahan.
Kalau mata helangnya dah keluar, jangan harap Dayana nak membantah. Isterinya itu akur. Dibawa Hakeem pergi dari situ naik ke tingkat atas. Hilang bayangan mereka dari pandangan matanya, laju sahaja matanya menikam pada Misya.
"Kalau kau nak ambil Hakeem...bukan dengan cara ni!"
Misya hulur senyuman sinis.
"Hakeem anak I juga! Yang lahirkan dia I juga. So kenapa pula I tak boleh nak ambil dia? I ni masih ibu kandung dia dan I ada hak ke atas Hakeem," Senang sahaja Misya menghamburkan kata-kata.
"Baru sekarang kau sedar Hakeem tu anak kau! Baru sekarang kau guna hak kau sebagai ibu tapi mana kau menghilang waktu Hakeem perlukan kau? Kau ingat dengan title ibu boleh buat Hakeem kembali pada kau? Kau silap! Aku boleh beri kau luangkan masa dengan dia tapi untuk ambil Hakeem, no way! Kau banyak kali sakiti hati anak aku and for sure aku tak jamin kau boleh jaga Hakeem sama seperti isteri aku jaga dia!" Milhan ketap rahang. Sakit matanya melihat senyuman sinis terukir di bibir perempuan itu.
Misya beri reaksi selamba sahaja. Langsung tidak bersalah dengan apa yang dia telah lakukan sebelum ini. Dia tahu dia kejam tapi dia tidak akan biarkan Dayana terus menerus mengambil Hakeem darinya. Peluangnya untuk kembali dengan Milhan adalah dengan perebutan Hakeem.
"I sedar silap I dulu tinggalkan you dengan Hakeem. Tapi biarlah I tebus segala kesilapan I dengan jaga Hakeem as my real son. Hakeem deserve untuk dapat kasih sayang ibu kandungnya, bukan ibu tirinya. Kalau you nak Hakeem bahagia, biarlah dia tahu ibu sebenarnya bukan untuk rahsiakan identiti I selamanya. Lambat-laun dia akan tahu dan waktu tu sebuah penyesalan tak akan berguna,"
Pandai sekali Misya bermain dengan katanya. Entah tidak mulutnya itu berkata benar atau sekadar untuk menipu dirinya. Milhan sangat tabik dengan lakonan mantap Misya itu. Dia tidak tahu sampai bila Misya harus berpura-pura dalam hidupnya. Hingga suatu hari nanti bila orang tidak percayakannya, dia harap waktu dan saat itu Misya sedar akan kesilapannya.
"Aku boleh bagi kau dekat dengan anak aku tapi bukan ambil dia sesuka hati kau. Dan satu lagi kau kena jaga hati Dayana. Dia mungkin bukan ibu Hakeem tapi dia jaga anak aku bukan macam ibu kandungnya yang dah buang dia dari kecil!"
Laser! Misya tahan geram. Sentap juga bila Milhan bandingkan dia dengan Dayana yang tidak apa-apa itu. Agaknya Milhan buta kut untuk menilai dirinya dengan Dayana. Dibandingkan Dayana yang tidak memberi apa-apa itu, masa depan pun tak cerah. Kalau dia, dia boleh bagi Milhan kemewahan dan kesenangan. Sekurangnya masa depan mereka terjamin bahkan boleh menampung anak-anak mereka di masa akan datang.
Belum Misya sempat nak bersuara, Milhan sudah angkat punggung pergi dari situ. Sempat lagi dia beri arahan pada Mak Jah untuk tunjukkan pintu keluar pada Misya. Bukan main geram lagi Misya dibuatnya.
BENGANG dengan apa yang Milhan dah lakukan padanya. Lelaki itu tidak pernah mengalah dengannya. Hampir setiap rancangan gagal oleh lelaki itu. Lagi-lagi dia cemburu bila Milhan asyik membela Dayana dari dirinya.
Laju sahaja dia mencapai telefon pintarnya lalu mencari nombor Rayyan. Dalam keadaannya sebegini, nampaknya dia perlukan seseorang mendengar luahan hatinya. Orang terdekat dia ada pun cuma Rayyan. Dia tahu Rayyan sudi dengar segala masalahnya.
Lepas mesejnya berbalas, laju sahaja dia memandu keretanya pergi dari kawasan rumah Milhan. Rasa geramnya belum habis lagi dengan bekas suaminya itu. Berani dia memalukan dirinya di depan orang gaji.
"Kenapa dengan muka monyok awak tu?" seakan mengerti, Rayyan sengaja bertanya. Bukan main senang hatinya bila melihat muka Misya yang masam itu.
"Benci I dengan ex-husband I tu! Kalau dia tak hensem dahlah lama I seksa dia. Dulu I tinggalkan dia pun sebab I tak nak dia tanggung I. I tahu dia tak mampu tapi dia sanggup menahan perit kerana I," rungut Misya, sempat lagi dia pandang cermin kecilnya membetulkan lipstick di bibirnya.
"Habis tu kenapa awak kejar dia kalau dia dah buat awak sakit hati? Berhentilah! Dia dah bahagia dengan orang yang dia sayang," Rayyan memberi cadangan. Kalau boleh dia mahu hentikan persengketaan di antara Misya dengan Milhan.
"I'm not giving up on him like that. Bahagia dia cuma dengan I. I seorang je boleh bagi dia bahagia yang dia mahukan. Cepat atau lambat, Milhan mesti kembali dengan I sebab demi anak I," Misya bernada serius. Dia tidak akan pernah mengalah untuk hancurkan kebahagiaan Milhan bersama Dayana.
Rayyan hela nafas kecil. Benggang dengan sifat degil perempuan itu. Dulu nak dapatkan arwah temannya, Misya beriya-iya menggunakan dia sebagai orang tengah. Sekarang nak guna dia juga untuk jatuhkan bekas suaminya. Bilalah dia nak tengok perempuan itu berubah...
"Kenapa you mengeluh?" soal Misya, tajam matanya memandang Rayyan.
"Saya betul-betul tak kenal awak, Misya...awak berubah, tak macam dulu yang saya kenal," ujar Rayyan seakan tidak percaya Misya di depannya itu orang yang sama dia kenal dulu.
Misya mencebik. Panas hatinya bila orang cuba bandingkan dirinya dulu dan sekarang. Kalau bukan sebab dia kesempitan hidup, dia tidak akan hidup semewah seperti ini. Tekadnya dulu dia tidak mahu hidup susah lagi. Semua orang tidak faham kesusahan yang dia rasakan. Keperitan dia mahu mencapai kesenangan hidupnya.
"I tahu I berubah but I don't care! Yang penting I dapat Milhan semula. I dapat anak I juga. Lepas semuanya berakhir, I akan berikan sepenuh kepercayaan I pada Milhan. Dia...lelaki satu di antara seribu dan sayang sekali...I berikan dia pada perempuan yang salah. Perempuan perampas!"
Rayyan sekali lagi tidak percaya. Namun dia nampak api kemarahan di dalam mata Misya. Entah taktik apa lagi Misya lakukan untuk pisahkan Milhan dengan isteri barunya itu. Tapi jangan silap, jangan sangka dia duduk diam tidak buat apa-apa. Misya mungkin lupa dan dia tidak akan sabar mahu beri perempuan itu kejutan maha hebat!
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...