SELESAI perbincangan mereka, Hakeem laju berlari masuk ke dalam rumah. Bukan main gembira lagi wajah Hakeem bila dia dah janji untuk berikan adik pada anaknya itu. Padahal itulah permintaan yang paling berat untuk dia lakukan. Dayana menangis di dalam hati.
Pintu rumah ditolak lalu dia masuk sebelum dikunci dari dalam. Langkahnya perlahan menuju ke ruang tamu apalagi bila matanya dapat menangkap susuk tubuh Milhan masih ada di situ. Skrin TV gelap sahaja. Senyuman meleret dari suaminya itu dia balas dengan senyuman hambar.
"So how's the discussion?" Soal Milhan sambil berpeluk tubuh memandangnya. Senyuman di bibirnya nampak pelik di pandangan mata Dayana.
"Okey!" Balas Dayana cuba kawal reaksi mukanya. Dia tersenyum namun kelihatan begitu sumbang.
"So Yana dah ready ke nak bagi Hakeem adik?" Soal Milhan lalu menapak mendekati Dayana.
Dayana kalut dengan pertanyaan itu. Apalagi bila Milhan mendekatinya dan dia boleh pula berundur setapak demi setapak ke belakang. Senyuman itu...begitu lain macam!
Tubuhnya berhenti berundur. Tangannya meraba pada dinding itu. Tak ada jalan keluar sudah. Tubuhnya betul-betul melekap pada dinding ruang tamu itu. Lantas dia dongakkan kepalanya memandang Milhan yang semakin dekat dengannya. Jarak mereka boleh dikatakan dalam lima inci. Dia dapat rasakan deruan nafas suaminya itu saat menyentuh wajahnya.
Inhale...exhale...
"Yana takut dengan abang ke?" Soal Milhan spontan menundukkan wajahnya menyamai ketinggiannya dengan isterinya itu.
Dayana terbeliak sehingga kepalanya turut tersandar habis pada dinding itu. Automatik dia tidak boleh tunduk dah. Dia cuma nak jauhkan jarak mereka tapi masalahnya ruang dah semakin sempit. Dia tak boleh bernafas bebas.
"Ya-Ya-Yana tak takut p-pun.." balas Dayana gagap. Tipulah dia tak gerun dengan perangai Milhan yang lain macam malam itu. Dahlah dia rasa panas. Sempit!
"Baguslah kalau tak takut, so senang abang nak makan Yana malam ni," bisik Milhan kedengaran begitu nakal sekali.
Kepalanya disengetkan dek terasa geli. Meremang seluruh bulu romanya bila dengar perkataan 'makan' itu. Dia hanya mampu menangis di dalam hati. Nak lepas nampak sangat dia lemah depan suaminya itu.
"T-takkk..." Dayana kalut lagi.
Milhan tersenyum nakal. Boleh dikira berapa kali lelaki ini tersenyum miang depan Dayana. Naik gerun juga Dayana.
"Kenapa tak?" Soal Milhan separa berbisik. Kedua tangannya kini dilekapkan pada dinding terus mengunci pergerakan isterinya itu.
Dayana spontan cuba berundur. Namun rasanya dia tak ada ruang untuk berundur lagi. Alangkah bagusnya kalau dia ada kuasa seperti Thor untuk robohkan dinding itu dengan tukulnya itu...jadi senanglah dia bernafas normal. Ini tak nak bernafas pun susah. Tersekat-sekat! Kejap lagi mungkin dah nak pergi hospital. Muka pucat mengalahkan vampire.
"Yana ta-tak boleh sekarang...Yana da-datang bulan," Dayana sehabis mungkin mencari alasan untuk dia lari dari sekatan nafasnya itu.
"Datang bulan?! Tadi elok je abang tengok Yana solat dengan abang. Nak tipu abanglah ni kan..."
Kantoi!
Please...bagi aku bernafas dengan sejahtera...
Dayana memegang kejap pada hujung baju tidurnya. Dahlah tubuh Milhan begitu dekat dengannya. Satu inci sahaja menjarakkan kedudukan mereka. Tapi batang hidungnya dapat mencium bauan tubuh suaminya itu. Dengan muka mereka yang dekat itu, hampir 0.5 inci lagi nak bersentuhan.
"Pandang mata abang..."
Bola matanya terus naik merenung mata suaminya itu. This is really stupid! Apasal dia dengar juga kata suaminya itu. Dahlah tak cukup oksigen, boleh pula matanya nak tenung mata suaminya itu. Dahlah menggoda. Haish, cucuk mata tu karang! Tahan iman, Yana...
"Abang takkan paksa Yana kalau Yana tak ready. Nanti abang beri alasan untuk jelas pada Hakeem,"
Milhan terus menjarakkan kedudukan mereka. Dayana menghela nafas lega. Taklah tersekat macam tadi. Nak hembus nafas pun susah apalagi nak ambil nafas. Oksigen betul-betul tak cukup.Gembira hati Dayana tidak terkira. Sekurangnya dia tidak rasa terpaksa untuk layan suaminya itu malam itu. Namun baru sahaja dia mahu berganjak, terkejut dia bila tubuh Milhan kembali mendekatinya. Spontan tubuh Dayana berundur menyentuh dinding itu lagi. Bulat matanya memandang Milhan.
Ouh, please...abang duda...jangan bagi aku sakit jantung!
"Abang akan sentiasa tunggu kalau Yana dah ready nak bagi Hakeem adik," ujar Milhan bersama senyuman mengejek. Memerli pun ada. Suka sangat hatinya dapat mengenakan isterinya malam itu.
Dayana tidak angguk tidak juga geleng. Dia cuma balas dengan senyuman senget ke kanan. Sumpah, hampir tergugur jantungnya dengan perangai Milhan yang luar biasa malam ini.
Milhan menjauhkan jarak mereka. Dayana membetulkan dirinya. Namun dia tidak bergerak ke mana selagi Milhan masih tetap di situ.
"Jom kita masuk bilik!" Ajak Milhan dengan muka cerianya.
Dayana terus kecut perut. Dipandang Milhan seolah mencurigai suaminya itu. Boleh percaya ke suaminya itu tidak akan mengapa-apakannya malam ini?
Hampir nak terhambur tawanya bila melihat jelas muka curiga Dayana terhadapnya. Dia main-main je tadi! Alahai takkan Dayana takut dengannya betul-betul...
"Abang janji tak kacau Yana malam ni...tapi sooner or later, abang aummm Yana. So nanti no more excuses datang bulanlah sakit pingganglah apa. No more!"
Dayana tayang sengih. Sekurangnya Milhan tak minta dia pada malam ini. Jadi bolehlah dia tidur nyaman nanti. Dia ekori juga langkah Milhan masuk ke dalam bilik mereka.RESAH. Tiada siapa tahu hatinya begitu resah malam itu. Dia tidak boleh nak lelap. Otaknya asyik terfikirkan sesuatu.
Dia bangun lalu membawa dirinya ke balkoni. Ingatkan rancangannya sebelum ini berjaya tapi nampaknya memakan dirinya. Satu minggu dia tunggu tapi ternyata lelaki itu nampak begitu bahagia dengan perempuan itu.
Cemburu?! Off courselah dia cemburu. Siapa tak cemburu bekas suami masih boleh bahagia tanpa kita di sisinya?
Asal dia bodoh juga dulu buat rancangan tangkap basah itu?! Sekarang dia sendiri yang naya. Semakin jauh dia nak mengapai impiannya untuk bersama bekas suaminya itu. Dia sangkakan lelaki itu akan sedar tiada seorang perempuan pun boleh menganti kedudukan seorang ibu pada anaknya itu. Tapi dia silap!
Kalaulah malam itu dia tak cemburu buta, hal tangkap basah itu tidak akan pernah terjadi. Dia masih tetap ibu kandung anak itu. Mungkin bekas suaminya itu masih mengharapkannya kembali. Semuanya ada kemungkinan di situ...
Dia betul-betul menginginkan haknya kembali. Dia nak balik ke pangkuan bekas suaminya itu. Dia betul-betul menyesal dengan apa yang dia lakukan terhadap lelaki itu bersama anaknya. Dulu dia terlalu muda begitu naif dengan dunia sehingga dia mengejar nafsu mudanya sahaja. Tidak menyangka apa yang dia lakukan itu telah melukakan hati seorang insan bernama suami. Mereka berkawan dah lama, bercinta dan berjanji nak sehidup semati. Tapi semuanya berubah saat beberapa bulan usia perkahwinan mereka, dia larikan diri. Dia tuntut hak cerai sebab masa itu dia terhegeh-hegeh dengan seorang lelaki sebayanya, lebih kaya dari bekas suaminya itu. Dia lupa kekayaan itu belum tentu menjaminkan sebuah kebahagiaan.
Dia buta menilai yang mana satu emas dan yang mana satu mutiara. Dia alpa dengan dunia yang membuat dia tenggelam dengan darah mudanya sehingga dia tega menyakitkan hati lelaki itu. Tinggalkan lelaki itu tanpa rasa serba-salah membesarkan anaknya itu seorang diri. Bodohnya dia!
Milhan...ampunkan segala kekhilafanku. Aku sedar sekarang aku tak layak untuk kembali pada kau semula. Tapi satu je janji aku berikan...aku akan rampas kau dari isteri kau! Aku akan ambil hak aku semula termasuk anak kita sekali. She don't deserve to have you...
Senyuman sinis terukir di bibirnya. Senyuman penuh dengan kejahatan. Hatinya tenggelam dengan kehitaman.
Ya, dia akan rampas Milhan dari perempuan itu!
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...