Bab 40❤

7.2K 251 11
                                    

SENYUMAN sinis diberikan. Dia perhati lelaki itu atas bawah. Kali terakhir mereka bertemu lima tahun yang lalu. Misya mencicip gelas kaca depannya itu. Sesekali matanya melirik pada lelaki itu.

"I know...you still love your ex husband. But I don't think he's still love you after what you did to him before," ujar Rayyan dengan reaksi selamba.

Dia kenal Misya. Stubborn! Dia tak pernah kenal erti mengalah. Dia nak kesenangan dari kebahagiaan. Dia juga tahu alasan Misya dulu meninggalkan suami pertamanya. Sebab kesusahan yang dia alami, dia pilih untuk terima lamaran Dato, sahabat Rayyan.

"I cuma nak kembali dengan dia. I sedar dia adalah suami terbaik yang pernah I tinggalkan. I terlalu bodoh dulu sebab tinggalkan dia dengan anak I juga,"

"You rasa dia nak ke kembali dengan you?" Soal Rayyan tanpa berselindung.

Misya tersenyum senget. Kalau bukan sebab Milhan tak mahu kembali dengannya, dia tidak akan berusaha seperti ini. Dia mungkin tak perlu bekerjasama dengan Rayyan. Dia takkan buang masa kejar cinta bekas suami yang terang lagi jelas tidak mencintainya lagi. Tapi bagi dia, Milhan adalah lelaki yang sesuai yang pantas untuk dimilikinya.

"Lagi susah untuk didapati, lagi I suka. You taukan I suka sesuatu yang challenging. Kalau tak ada cabaran, macam tidak ada kehidupan. Bosan. I tau Milhan tak suka I tapi tak mustahil untuk I mula dari awal pikat hati dia," ujar Misya begitu senang meluahkan segala rasanya pada Rayyan.

Rayyan angguk mengiyakan. Well, dia memang kenal Misya seperti itu. Jadi tak perlulah dia nak bersuara yang dia tidak mengenali siapa Misya sebenarnya.

"It's been a long time...and you still look the same. You memang nak hidup macam ni ke sampai bila-bila? Awak tak nak ke cari kekasih at least tak sunyi hidup you,"

Rayyan tertawa kecil. Jujur dia tidak pernah beritahu semua orang tentang masalah cintanya. Tak sangka pula Misya ambil tahu tentang perkembangannya. Dia akan tetap solo. Tak apa hidup solo, asalkan tidak menyusahkan orang lain.

Tapi yang sebenarnya...hatinya belum terbuka lagi untuk perempuan lain. Sebab itulah dia lebih suka meyibukkan dirinya dengan kerjanya. Dia tidak mahu peningkan kepalanya tentang soal jodohnya yang tidak pasti.

"I have my own reason to be single...dan I suka hidup macam ni. Tenang, aman. You tak perlu rungsing dalam hal yang merumitkan," jawab Rayyan selamba.

Misya tersenyum kecil.

'Too bad siapa yang jadi isteri Rayyan,' bisik hati Misya.

Misya memang tak pernah suka dengan kriteria Rayyan. Tapi kalau jadi kawan, mereka memang saling memahami. Cuma Misya tidak suka tengok Rayyan terus menerus dengan title solonya itu. Umur makin meningkat, takkan tak nak cari pasangan hidup. Nanti sudah tua, tidak ada peneman di saat sakit. Bagi Misya, hidup solo ini membosankan...

"So back to our meeting's intention...kenapa you nak jumpa I? I'm sorry I can't meet you on night because later I'm away to KL. I have urgent matter to be settle down," Rayyan duduk tegak. Dia sehabis mungkin tidak mahu nampak dirinya terlalu sempoi dengan Misya. Kalau boleh selepas siap urusannya dengan Misya, dia tidak mahu terus menerus membiarkan Misya di dalam hidupnya. Dia mahu buka lembaran hidup baru.

"I nak kawan you berhentikan Milhan dari kerja dia pegang sekarang,"

Rayyan kerut dahi.

"Kenapa you buat dia begitu? Kalau you nak dia kembali, bukan dengan cara ni. Dia kerja keras dan kerja peguam tu selayaknya untuk dia. Kalau dia diberhentikan dari kerjayanya sekarang, dia nak bagi makan apa dekat isteri dengan anaknya?" Sungguh, Rayyan tidak puas hati dengan cara Misya. Dia tidak sekejam itu untuk buat hidup orang lain merana.

Misya tertawa kecil. Jelas mukanya terpancar gembira. Lucu dengan soalan yang terbit di bibir Rayyan.

"Untuk buat dia kembali dan jatuh, I pastikan dia kehilangan apa yang dia suka buat dalam hidupnya. I tahu dia tak boleh hidup kalau dia berhenti dari peguam itu. I kenal dia, Ray. Dengan cara itu je, dia akan melutut depan I," Misya tersenyum jahat.

"You tak takut ke dengan cara you ni akan buat dia sakit?"

"That's what I am thinking. Untuk buat dia rasa sakit apa yang saya rasa sekarang ni,"

Rayyan terkelu. Tidak dia pernah kenal Misya sejahat ini.

PAGI yang cerah. Bangun pagi seperti biasa. Mereka solat berjemaah. Selesai solat, Dayana terus menyediakan pakaian kemejanya. Selepas itu dia menyibukkan dirinya di dalam dapur. Hakeem mungkin tengah berbual dengan Mak Mah di ruang depan.

Milhan tersenyum sendiri. Dipandang bayangan serupa dirinya di dalam pantulan cermin di hadapannya itu. Hari-harinya berlalu begitu indah sekali.

"Nak Yana pasangkan untuk abang ke?" Milhan seraya menoleh.

Dayana pandang Milhan sambil matanya memberi isyarat pada tali leher di tangan suaminya itu. Milhan tersenyum sebelum dia angguk kecil. 

"Sayang tak kerja hari ni?" Lembut suaranya menyoal.

"Yana ambil off hari ni sebab minggu depan kawan Yana tak masuk. Susah nanti kalau Yana ambil off minggu depan. Tak ada orang dalam office," Ujar Dayana masih fokus dengan pemasangan tali leher suaminya itu.

"Baguslah...sayang bawa berehat. Kalau nak kemas rumah, jangan buat yang berat sangat. Yang penting sayang kena ingat dalam diri sayang ada baby kita yang tak sabar nak tengok dunia,"

Dayana tersenyum. Geli hatinya bila Milhan seringkali memperingatkan dia untuk sentiasa berhati-hati dengan kandungannya itu. Tapi sebagai seorang ibu, memang dia akan selalu berhati-hati. Bayi ini adalah zuriat pertama dia berikan kepada Milhan dan dia mahu Milhan merasa bahagia bersamanya.

Selesai itu ini, Dayana mencapai briefcase suaminya lalu dibawa keluar dari bilik. Bibirnya terukir senyuman. Baru nak bersuara, telefon bimbit suaminya berbunyi. Lekas Milhan menjawab panggilan tersebut. Sambil itu mereka beriringan menuju ke ruang dapur.

"Yes, I am..." Milhan masih fokus dengan panggilan telefonnya.

Dayana duduk menanti. Namun hatinya mula kurang senang bila matanya menangkap wajah gelisah suaminya itu. Mesti panggilan penting. Lama sekali berbual sehinggalah Milhan menamatkan panggilan itu. Dia kembali mendekati Dayana lalu mengucup dahi isterinya itu. Dayana semakin pelik.

"Abang kena pergi sekarang," beritahu Milhan, wajah isterinya ditatap. Bibirnya diukir senyum kecil untuk menyedapkan hati isterinya.

"Abang okey ke?" Tanya Dayana, naik risau.

"Abang okey. I'm fine, don't worry. I gotta go now. See you later, sayang..."

Dayana belum dapat jawaban dari suaminya. Sungguh hatinya begitu risau. Tapi kalau dia menghalang suaminya pergi nanti suaminya lambat menyelesaikan masalahnya. Tidak apa, dia akan tunggu sampai suaminya pulang nanti. Kalau suaminya tidak mahu beritahu padanya, dia tidak akan paksa.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now