Bab 57❤

5.6K 194 3
                                    

SELESAI segalanya, dia ukir senyum lega. Allah sudah mempermudahkan urusan hari itu. Perut yang memboyot kian membesar itu diusap lembut. Cutinya diperkenankan, bahkan ada orang baru dilatih mengambil tempatnya sementara waktu dia cuti beranak.

Masih dia ingat lagi dia hampir berperang mulut dengan suaminya beberapa hari yang lepas. Kemahuan suaminya tidak didengar. Biarlah dia ambil cuti. Nanti lepas habis cuti, pandailah dia nak fikir nak sambung kerja ke tidak. Lagipun dia terfikir nak luangkan masa dengan anak dalam perutnya ini. Hanya tunggu masa sahaja dia keluar memandang dunia.

"Assalamualaikum..."

Dayana perlahan toleh ke sisi. Bibirnya terus terlukis senyuman ramah seraya menjawab salam lelaki itu.

"Awak nak pergi mana ni?" tegur Dayana, ramah seperti selalu.

"Saya baru balik dari meeting. Kebetulan terserempak dengan awak dekat lobi ni. Awak tak masuk kerja ke hari ni?" Mata Akif melirik. Melihat kebahagiaan terpancar di wajah perempuan itu, hatinya sedikit tenang.

Perut Dayana dipandang sekilas. Dah besar, mungkin tunggu masa untuk nak keluar. Cepat sangat masa berlalu. Sedar akan kesilapannya menyimpan dendam pada suami perempuan itu.

'Kalau orang yang kita sayang bahagia, kita pun akan rasa bahagia juga,'

Masih lagi ingat sebaris kata dari Kak Ita. Sekarang baru dia mengerti. Cinta itu tidak semestinya harus memiliki, cinta itu perlukan pengorbanan.

"Lepas ni saya tak jumpa awak dah. Saya dah hantar surat cuti saya pada bos saya. Dah alang-alang jumpa awak dekat sini, sebelum saya pergi, saya nak minta maaf kalau saya ada menyakitkan awak, atau tutur bicara saya ada yang mengoreskan hati awak tanpa saya sedar selama kita berkawan ni. Maafkan saya ye..." tutur Dayana sambil merenung ke arah Akif.

Segaris senyuman dia berikan pada Dayana. Sekarang dia sedar dirinya tidak layak untuk berganding dengan orang sebaik Dayana. Untuk apa dia nak rampas kebahagiaan mereka kalau akhirnya hatinya yang terluka?

"Saya minta maaf juga kalau saya ada buat silap dekat mana-mana pada awak. Bila due nya?"

"Tiga bulan lagi," jawab Dayana dengan senyuman gembira.

"Saya doakan awak jadi ibu yang baik untuk anak awak," Akif senyum juga. Senang melihat wajah berseri itu.

"Terima kasih..." balas Dayana.

Bila kereta Milhan parkir di depan, laju sahaja Dayana meminta diri untuk beredar dari situ. Milhan membantunya membuka pintu seperti selalu memandangkan dia sudah sarat. Bila kereta bergerak, tangannya sempat melambai pada Akif yang masih berdiri di tempat tadi.

"Sekali ni abang bagi tapi lepas ni tak akan," ujar Milhan berbaur cemburu.

Dayana senyum. Dia pusing sedikit memandang Milhan.

"Lambai tangan je lah! Abang ni cemburu tak bertempat pula," komplin Dayana.

"Tapi abang tak suka tengok sayang lambai tangan dekat lelaki lain selain abang. Cukup hanya abang seorang sahaja yang lihat lambaian tangan sayang,"

Dayana geleng tidak percaya. Bibirnya tersenyum lucu sebelum dia mencucuk pinggang suaminya itu. Namun tidak sempat bila sempat ditangkap tangan Milhan. Digenggam lalu dibawa ke bibirnya. Dayana tersenyum malu.

"I love you...sayang," luahnya tanpa segan silu.

Dayana kian melebar senyumannya. Ditarik tangan namun digenggam kemas oleh Milhan. Dia mengalah lalu membiarkan Milhan mengenggam tangannya.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now