Bab 50❤

7K 214 2
                                    

SEMUANYA benar belaka. Langkah kakinya perlahan mati di situ. Tidak matanya yang memerhati adegan suami isteri di dalam wad itu. Akif seolah tidak mempercayai dengan kenyataan di depan matanya itu. Kenapa...dalam banyak perempuan, isteri Milhan juga yang dia puja dalam diam? Apa sebenarnya Allah cuba beritahu padanya. Kenapa...dia mesti ada hubungkait dengan Milhan?

Dia berperang dengan fikirannya. Tidak sedar perilakunya itu diperhati oleh Nurul. Dia tahu perasaan Akif saat itu. Dia perempuan juga dan  tidak senaif seperti Dayana. Dia tahulah Akif menyimpan perasaan terhadap Dayana walaupun Dayana dah beritahu dia sudah berstatuskan isteri orang. Sangkanya Akif akan belajar untuk move on tapi nampaknya...lelaki itu sama sekali bodoh.

"Tuan tak nak masuk ke?"

Akif lambat memberi respon. Nak tak nak juga dia nak masuk. Hatinya berbelah bahagi.

"Awak masuk dulu. Saya menyusul kemudian,"

Selepas dia beri jawapan, Nurul beredar masuk ke dalam wad Dayana. Tinggal dia di situ berperang dengan perasaannya. Tidak habis dia keluarkan kata kesat dek kerana kebodohannya mencintai isteri orang. Dah terang lagi bersuluh, Dayana tidak balas cintanya. Kenapa hatinya masih berharap?

Tapi bila ingat apa yang Milhan lakukan pada kakaknya pada waktu silam, cepat sahaja dia bangkit bersemangat. Milhan tidak layak mengecapi bahagia itu apalagi dengan isterinya, Dayana.

Dengan langkah penuh teliti, tangannya menolak pintu wad itu sebelum dia melolos masuk ke dalam. Tiga pasang mata terus tertuju ke arahnya. Dengan hati tenang, tayang wajah selambanya, katil Dayana dihampiri.

Milhan terkejut sikit. Sedikit pelik keberadaan Akif ada dekat situ. Atau...Akif dah saling kenal dengan isterinya?

"Maaf...saya lambat," ucap Akif lalu segaris senyuman dia hulur pada Dayana.

"Terima kasih sebab tolong saya tadi. Terima kasih banyak-banyak," ujar Dayana bersama senyum kecil disimpulkan.

Dayana memandang ke arah Milhan. Dia tahu Milhan tertanya-tanya siapa gerangan lelaki itu.

"Dia Akif, lelaki yang selamatkan Yana waktu Yana jatuh tadi. Mujur dia muncul tepat pada waktunya..." cerita Dayana lembut pada suaminya.

Nurul berdehem kecil. Dia dapat rasakan suasana janggal di situ kecuali Dayana yang tidak tahu apa-apa. Sah, Milhan belum beritahu hal dia berhenti kerja pada Dayana.

"Terima kasih..." ucap Milhan. Matanya melirik ke arah Akif yang berdiri di sebelah Nurul.

"Akif, ni Milhan, suami saya,"

"Saya dah kenal!" Laju sahaja bibir itu menuturkan barisan ayat itu.

Tiga wajah di situ tersentak. Terkejut bila Akif berterus-terang. Berbeza dengan Dayana yang seperti senang dengan kebenaran yang dia dengar itu. Kecil sahaja dunia ni, sana sini jumpa orang yang suaminya kenal.

"Kami satu kampung dulu, sama sekolah tak sama kelas," beritahu Akif jujur.

Milhan tergamam.

Nurul diam. Namun matanya dapat menangkap reaksi tergamam Milhan.

"Kecil je dunia ni kan," suara Dayana kedengaran begitu senang.

Nurul senyum nipis mendengar kata Dayana itu. Memang dunia ini kecil, boleh terserempak dengan orang yang kita kenal. Tapi Dayana tidak tahu Akif terlalu cemburu. Dia tahulah Akif pendam rasa bila tahu Milhan suami Dayana.

"Lepas ni hati-hati...jangan jatuh macam tadi. Risau hati aku bila Tuan Akif beritahu aku pasal kau jatuh," Nurul akhirnya buka mulut. Mengeletar juga tangannya bila menerima mesej dari Akif.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now