CELIK mata sahaja, dia rasa agak lain sekali suasana di sekelilingnya itu. Dia cuba bangun namun dia terasa sakit yang perit pada lutut kakinya. Dirinya menghiba cuba menahan kesakitan itu sendirian. Bila nak gerak tangan, dia mengadu perit pada jarum yang mencucuk tangannya.
Sedang dia masih keliru dengan dirinya sendiri, muncul seorang jururawat lalu mendekatinya. Tubuhnya ditolak lembut untuk baring. Dia pandang lagi jururawat itu mengharapkan penjelasan dan apa terjadi padanya. Dia tidak boleh ingat segalanya. Mungkin disebabkan dia terasa sakit pada tepi kepalanya itu.
"Puan Ainun...saya Julia, nurse yang merawat puan. Mungkin puan akan rasa sakit ngilu pada lutut puan juga pada kepala puan. Tapi untuk tika ni, saya mohon puan bawa bertenang, cuba tenangkan diri dulu. Jangan paksa diri untuk ingat segalanya sebab puan dalam proses sedarkan diri," Panjang lebar namun penuh teliti Julia menerangkan pada Puan Ainun.
"Puan...saya nak beritahu ada anak puan dekat luar sana nak jenguk puan,"
Puan Ainun masih binggung. Bila Julia meninggalkannya, otaknya cuba memproses.
"Assalamualaikum...mama..."
Suara nada lembut itu menyapa gegendang telinganya. Puan Ainun menoleh untuk mengetahui siapa gerangan itu namun bila mata menangkap susuk tubuh itu, hatinya tiba-tiba rasa nak marah. Dia rasa benci.
"Jangan dekat!" Puan Ainun memberi arahan. Mukanya nampak marah dan tidak mahu keberadaan orang itu di situ.
"Ana...minta maaf...Ana tahu Ana bukan anak kandung mama tapi Ana datang sini nak jenguk mama," Dayana tahan sebak.
"Jangan panggil aku mama! Kau bukan anak aku! Pergi!"
"Tapi..."
"Kau sama je macam ibu kau yang tak tahu malu tu! Lepas ada anak dengan suami aku, lepas tu tak bertanggungjawab. Suruh aku besarkan kau. Aku ni manusia juga nak juga hidup senang tapi kau langsung menyusahkan aku. Lepas tu kau dah malukan aku! Aku tak nak ada anak macam kau! Berambus! Pergi!!!" Pekik Puan Ainun. Turun naik dadanya melepaskan segala amarahnya. Namun bila dia sedar dia di hujung nafas, dia langsung tercunggap-cunggap. Tangannya lantas menekan pada dadanya.
"Mama! Doktor!" Dayana laju meluru ke arah ibunya. Hatinya begitu risau memeriksa keadaan ibunya seiring itu juga dia menjerit doktor dan jururawat yang merawat ibunya.
Dayana langsung tidak hirau dengan tolakan tangan Puan Ainun. Yang penting Puan Ainun dalam keadaan baik. Sebenci mana pun Puan Ainun padanya, dia tidak akan kehilangannya. Dia akan tunaikan janji ibunya untuk terus jadi anak kepada Puan Ainun.
"Maaf, cik! Cik keluar dulu. Kami nak periksa keadaan ibu cik,"
Dayana tunduk seiring dengan air jernih menitis satu persatu. Ya Allah...hiba hatinya. Inilah masanya untuk dia raih hati ibunya. Kalau Puan Ainun betul-betul membuangnya, sama sahaja dia mengecewakan mamanya.
HAKEEM berwajah muram saat melihat wajah sugul ibunya. Selepas dihantar oleh Encik Kamal tadi, sampai rumah sahaja, Dayana langsung diam sahaja. Wajahnya kelihatan sedih sangat.
"Hakeem...kenapa ni?" Tegur Mak Mah bila Hakeem duduk di meja makan tanpa ditemani Dayana.
"Hakeem sedihlah..." Hakeem perlahan hela nafas kecil. Matanya tidak memandang Mak Mah.
"Sedih...sebab kenapa?" Mak Mah perlahan henyak punggungnya di kerusi sebelah Hakeem.
"Hakeem kesian sangat dekat mama. Wajah mama sedih je dari tadi lepas balik dari hospital. Masa hari tu mama balik jenguk nenek, Hakeem tengok mama nangis juga. Mama ada masalah ke dengan nenek?"
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...