MARAH betul dia hari itu. Habis semua barangnya dia berantakan sana sini. Tidak cukup itu dia lempar barang ringan yang ada depan matanya. Dengan cara itu dia pasti dapat menenangkan hatinya yang membara panas.
Namun selepas itu dia terduduk di atas lantai marmar itu. Bahunya terhinjut-hinjut dalam aturan yang cukup menyedihkan dan menyebakkan hatinya. Tangisannya kian berlagu memenuhi ruang biliknya itu.
Dia bodoh! Betul-betul bodoh dulu!
Apalagi sekarang dia bertambah dungu bila dia sendiri yang merancang tangkap basah itu. Dia buat semua itu untuk sedarkan Milhan bahawa tidak ada seorang pun perempuan yang layak mengantikan tempatnya dulu. Tapi rancangannya itu gagal. Dia nampak sinar kebahagiaan pada wajah Milhan. Why must be that girl?
Dia tidak boleh terima kenyataan yang Milhan bahagia tanpa dia. Dia seraya geleng kepala cuba mendengar monolog hatinya itu. Tangannya digenggam kuat dengan hatinya menyimpan dendam. Muka sebeknya itu berubah kepada muka benci. Dikesat kasar air mata yang berjaya keluar dari sepasang matanya itu.
"Cik?! Cik Misya...okey ke ni?"
Pantang dalam kamus hidupnya bila ada orang luar menganggu moodnya yang tengah membara. Wrong time, wrong place!
Misya bangkit sebelum anaknya mencerlung tajam ke arah orang gajinya itu. Apalagi takut-takut orang gajinya itu yang dirasakan lebih muda darinya.
"Kau buat apa dekat sini?! Aku cakap jangan kacau aku!" Jerit marah Misya melantun-lantun di ruang itu. Dahlah pekikkannya itu membuat halwa telinga orang gajinya itu rasa bingit.
"Maaf, cik Misya...tadi saya dengar ada bunyi pecah. Khuatir ada apa-apa berlaku dekat cik, tu lah saya masuk sini," orang gajinya itu mengeluarkan suara menambahkan lagi rasa amarah masih terbuku di dalam hatinya.
"Kau...menjawab! Kau bersihkan bilik aku ni sekarang! Now!" Jerit Misya lagi sehabis mungkin nak tengok orang gaji itu takut dengannya.
Dia tidak kisah digelar singa oleh pekerjanya sebanyak enam orang. Sejak dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Dato Ammar, dia bebas melakukan apa sahaja yang dia suka. Apalagi sejak suaminya itu sakit, semakinlah dia bermaharajalela di rumah mewah besar milik suaminya itu. Orang kata sakit apa pun kalau tak ada penyembuh, memang akan menemui matinya bila-bila masa. Begitulah dengan Dato Ammar. Muda-muda lagi dah dapat title Dato tapi sayang...umurnya singkat.
Ingatkan dia akan hidup bahagia dengan lelaki itu tapi tak sangka dia mendapat title balu di usianya yang masih muda. Dia kesunyian tiada kasih sayang diberikan. Dia tinggalkan semua orang yang dulu menyanyanginya termasuk Milhan. Dia lupa segalanya dengan harta suaminya yang mengaburi matanya.
No one expect yang Misya yang dulu baik, berlakon ayu, sopan-santun dengan orang tua, berubah seperti sekarang ini. Dia seperti singa kelaparan yang dahagakan kasih sayang dari seorang suami tapi malangnya suaminya sudah lama pergi. Dia kembali teringatkan Milhan, lelaki yang pernah berjanji sehidup semati dengannya. Dia pasti lelaki itu akan menerimanya semula.
Tapi...dia cemburu bila dia ternampak lelaki itu bersama perempuan lain. Tambah lagi dia cemburu bila anak yang dilahirkan dari rahimnya itu menyukai kehadiran perempuan itu. The worse thing is perempuan itu berjaya rampas apa yang pernah dia miliki dulu.
Dia nak Milhan dalam dakapannya. Dia nak seperti dulu di mana saat Milhan begitu menyanyanginya seadanya. Saat itu...dia nak balik semula ke momen itu.
Misya rentap pasu bunga di depannya itu lalu dilempar ke arah cermin solek saiz besar yang memantulkan susuk tubuhnya di situ. Kedengaran kaca pecah berderai jatuh satu persatu ke atas lantai marmar itu. Terkejut orang gajinya tadi yang begitu leka membersih biliknya itu. Namun cerlungan tajam dari Misya membuatkan dia kembali menyambung kerjanya itu.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...