AYUNI senyum sebelum tawanya dihamburkan. Dia rasa bersyukur sangat dapat berjumpa dengan Milhan hari itu. Walaupun lelaki itu tidak datang seorang, ada isteri disampingnya. Matanya sesekali mencuri memerhati pada Milhan yang sedari tadi ikut dengar cerita mereka di ruang tamu itu.
Betapa indahnya ciptaan Allah didepannya itu. Alangkah bagusnya kalau Milhan itu dijadikan suami kepadanya. Tapi ternyata Milhan sudah menemukan pengganti Misya.
Bila Fatimah memperkenalkan Dayana kepadanya tadi, dia tahu perempuan itu isteri baru Milhan. Dia ada dengar desas-desus mengatakan Milhan sudahpun kahwin lagi. Dia takut sekiranya Milhan jatuh di tangan Misya lagi.
Cemburu? Sudah tentulah dia cemburu dengan Dayana yang tidak kurang cantik. Tapi lebih kontra dengan dia dengan Misya. Orangnya bertudung ayu menutup segala. Sedangkan dia dengan Misya, ada persamaaan. Tidak menutup aurat tapi dia tidak pernah pakai pakaian yang sampai menjolok mata seperti Misya.
"Lepas ni Ayu tinggal teruslah dekat kampung ni?" Soal Hamid, dimaniskan mukanya. Tetamu datang, itulah elok dilayan baik. Cuma dia tidak suka mata Ayuni asyik mencuri-curi pandang ke arah anak lelakinya itu. Rasanya tadi...Fatimah dah kenalkan isteri Milhan dekat Ayuni. Perempuan....so complicated!
"A'ah macam tu lah...lagipun Ayu mana ada tempat tinggal dekat Tutong sana. Nak sara anak Ayu lagi, kadang Ayu terfikir Ayu ni asyik menyusahkan ibu dengan bapa Ayu je," Ayuni bersuara lirih. Perit untuk ditelan, namun dia harus terima kenyataan itu.
Anak dia dah masuk tiga orang. Yang bungsu sudah mencecah empat tahun umurnya. Waktu itulah dia diceraikan oleh suaminya. Suaminya menetap dari kecil lagi di Tutong. Tutong dengan Bandar tidaklah jauh sangat. Itulah perkara dah terjadi, dia teruskan hidupnya, kembali ke kampung halamannya.
"Tak apa, Ayu...kamu lupakanlah semuanya, teruskan hidup. Kamu bantulah ibu dan bapa kamu tu kalau kamu fikir menyusahkan mereka. Kamu cari kerja, sekurangnya kurang sikit beban kamu. Ya lah...anak kamu bukan satu. Nak lagi yang dua orang anak kamu tu yang dah sekolah. Belum lagi anak kamu yang tiga tu. Mak cik syorkan kamu cari kerja. Kerja kedai runcit hujung kampung ni pun rasanya dah elok," kini giliran Fatimah yang bersuara.
Ayuni tersenyum tawar. Ingatkan tadi Fatimah nak dia jadi menantu baru, tapi rasanya angan-angannya itu tidak akan kesampaian. Siapalah nakkan dia yang dah janda ni....
"Terima kasihlah, mak cik sebab nasihatkan Ayu. Ayu pun fikir macam tu. Ni asyik sembang pasal Ayu, Han macammana? Balik kampung ni cutilah..." pandai betul Ayuni menukar topik perbualan. Dia nak tahu juga perkembangan anak lelaki Fatimah ini. Dah ada depan mata, terus dia menyoal.
"Cuti satu minggu je..." jawab Milhan acuh tak acuh. Lagipun dia belum beritahu pada anaknya tentang niat mereka nak tinggalkan Hakeem di kampung itu selama satu minggu.
"Oooh..." panjang sekali 'o' Ayuni. Timbul agendanya nak curi hati Milhan sepanjang cuti lelaki itu di situ.
Dia pandang pula pada Dayana yang duduk di sebelah Fatimah. Dia simpulkan senyuman nipis pada perempuan itu. Masam semacam je mukanya. Mestilah jealous sebab dia banyak kali usyar suaminya.
Huh, peduli apa dia! Suami orang ke bukan suami orang ke, dia tetap nakkan Milhan jadi pengganti Halim. Dulu dia rasa menyesal pula nak kahwin awal waktu mereka baru habis belajar. Kalaulah masa itu dia tidak bercinta dengan Halim, dia mungkin boleh pikat hati Milhan. Walaupun dia tahu Milhan saat itu hangat bercinta dengan Misya, dia tidak akan kalah. Tapi kali ini dia berdepan dengan Dayana, perempuan bertudung. Senyuman jahat terlakar di bibirnya. Dia pandang Hakeem yang duduk elok merangkul tangannya itu.
Aku akan guna anak ini untuk dapatkan Milhan dari isteri dia ni!
Ayuni bagai tersedar dia sudah lama di rumah itu. Dia cepat meminta diri untuk pulang. Nanti riuh pula ibu dengan bapanya sebab dia tidak pandai jaga anaknya. Selepas bersalam tangan, dia cepat beredar. Kali ini dia pergi dengan sebuah visi yang baru.
KENAPA dalam banyak lelaki, suami dia pula yang dia nak? Sebal hati Dayana dibuatnya. Dia baru kenal satu hari tiga jam yang lalu, tapi dia rasa Ayuni ada niat jahat untuk merampas Milhan darinya. Kenapa mesti Milhan? Kalau Misya nak balik semula dengan Milhan, ini pula Ayuni, dia memang rasa dirinya lemah untuk mempertahankan suaminya itu. Tapi dia masih teringat ikatan yang dijalinkan kerana Allah, semuanya akan baik-baik sahaja.
Usai solatnya, dia berdoa panjang mengadu kepada sang pencipta. Mengalir juga air mata perempuannya hanya kerana seorang lelaki yang merupakan seseorang dia paling sayang dalam hidupnya. Sebaris nama Milhan disebut agar nama suaminya itu kekal menjadi suaminya sampai bila-bila. Juga sebaris nama Hakeem, untuk kekal dibawah jagaannya.
Selesai berdoa, dia membuka telekungnya. Dilipat kemas termasuk dengan sejadah sebelum dimasukkan ke dalam almari. Terperanjat besar dia bila Milhan ada di dalam bilik itu. Ingatkan dia seorang sahaja tadi dalam bilik itu. Bererti Milhan dengar doanya tadi....
"Abang...bila masuk?" Soal Dayana lalu duduk di birai katil bersebelahan dengan suaminya itu.
"Abang dah masuk tadi waktu Yana solat. Panjang betul doa isteri abang ni...syukur alhamdulillah...terima kasih sayang sebab selitkan nama abang dengan Hakeem dalam doa sayang tadi. Abang rasa terharu sangat,"
Menitis satu persatu air mata lelakinya membasahi pipinya. Namun dia terasa malu depan isterinya lalu dikesat cepat.
"Yana nak kebahagiaan keluarga kita, bang..." ujar Dayana lembut.
Ibu jarinya dibawa naik ke atas lalu mengelap sisa air mata suaminya itu di pipi. Diusap lembut wajah Milhan sebelum Milhan menarik tubuhnya ke dalam dakapannya. Dia turut sama membalas pelukan itu. Dia rasa nyaman, tenang dan selamat.
"Abang nak sayang tau hati abang ni hanya untuk sayang seorang je. Abang cintakan sayang sepenuh hati abang. Tidak ada orang lain dalam hati abang ni melainkan sayang dengan Hakeem yang sentiasa menyinari hidup abang," perlahan Milhan menuturkan katanya itu sambil mengusap lembut belakang isterinya itu.
Dayana senyum sebelum dia benamkan kepalanya ke dada suaminya itu. Terasa bibir basah Milhan menyentuh dahinya lalu pada ubun-ubunnya. Hatinya rasa bahagia diperlakukan sebegitu. Rasa disayangi, rasa dihargai.
"Ehemmm!"
Mereka berdua tidak terkejut. Masih dengan posisi mereka saling berpelukan mesra, mereka melemparkan pandangan ke arah Hakeem yang berdiri di muka pintu. Mukanya usah nak dikata. Seperti selalu muka monyoknya dia tayang. Cemburulah tu dengan ayahnya sendiri!
"Mama nak peluk juga macam daddy," pinta Hakeem lalu meluru menghampiri tubuh Dayana.
Dayana berura-ura nak leraikan pelukan itu namun terkejut dia bila Milhan tidak melepaskannya. Malah semakin dieratkan. Itulah Dayana serba-salah dengan Hakeem yang sepertinya tertunggu-tunggu.
"Abang lepaslah...kesian dekat Hakeem," tegur Dayana lembut.
"Dekat abang tak kesian ke?" Entah mengapa Milhan rasa cemburu bila Dayana melebihkan Hakeem dari dirinya. Hal remeh itu pun dia nak jadikan isu besar.
Belum sempat Dayana membalas, Hakeem sudah mengeluarkan tangis kecilnya sebelum tangisannya menjadi lebih kuat. Bagai baru tersedar, dia leraikan pelukannya dengan Dayana lalu memujuk Hakeem. Hakeem menepis sebelum dia meluru memeluk tubuh Dayana.
Dayanalah orang tengah yang memujuk Hakeem. Habis basah baju tidurnya dek kerana limpahan air mata Hakeem menangis tidak berhenti itu. Milhan pula bagi isyarat mulut sorry atas kesilapannya itu pada Dayana. Dayana hanya mampu menyimpul senyuman kecil. Tangannya mengusap belakang kepala anaknya itu cuba menenangkan Hakeem dari terus menangis. Manja betul! Perangai sebiji dengan ayah dia.
Lama juga Hakeem memeluknya sehingga anaknya tertidur. Milhan lantas membantu mengendong tubuh anaknya itu dari riba isterinya lalu dibaringkan selesa di atas katil.
"Abang minta maaf..." cepat Milhan mengucap maaf sambil memandang ke arah isterinya itu. Ada riak serba-salah terpamer di wajah Milhan.
Dayana hanya menguntum senyum nipis. Dia cepat baring di sebelah Hakeem. Milhan turut berbuat begitu. Bila dia memandang ke sisinya, Dayana sudah pejam mata. Mungkin letih kut!
Milhan buang pandang ke siling bilik. Putaran kipas dia perhatikan sehinggalah mulutnya mula melepaskan kuap. Dia pun turut tertidur kepenatan seperti Dayana.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...