SELESAI pemeriksaannya tadi, dia terus membawa kakinya ke arah wad suaminya. Tangan Fatimah dan Hamid disalam seperti biasa. Sudah dua hari mertuanya itu bermalam di hospital untuk menemani Milhan.
"Dia dah bangun semalam. Pergilah jenguk Ilhan," beritahu Fatimah pada Dayana.
Dayana ukir senyum lebar. Rindu hatinya mahu berjumpa dengan Milhan. Fatimah seakan memahami gelodak hati menantunya itu, sengaja memberi peluang untuk berdua. Dulu dia pun seperti Dayana. Tak boleh berenggang sekejap dengan suaminya. Rindu...
Dayana melangkah masuk ke dalam wad Milhan. Bibirnya tersenyum bila Milhan sudah buka mata. Betul kata ibu mertuanya tadi. Buah-buahan yang dibelinya tadi diletakkan atas meja sebelum tangan Milhan disalamnya.
"Assalamualaikum...abang," sapa Dayana lembut. Hatinya berbunga bahagia bila dapat wajah Milhan walaupun wajah itu tampak muram di pandangan matanya.
Milhan balas salam namun selepas itu dia diam. Mulutnya terasa berat untuk bertutur. Malu dengan keadaannya sekarang. Kalau orang lain bila tengok suami tak boleh gerak, ditinggalkan sebab menyusahkan hidup.
"Abang ada masalah ke...? Kenapa diam je ni? Yana datang ni nak jenguk abang. Yana rindu dengan abang. Rindu nak dengar suara abang, nak tengok abang senyum,"
Milhan pandang Dayana. Lama. Wajah ceria isterinya itu ditatap.
"Kenapa ni...? Yana ada buat silap dengan abang ke?" soal Dayana bila Milhan pandang dia lain macam. Pandangan yang sukar untuk dia jangkakan.
"Ab---abang...menyusahkan sa---sayang ke...?" soalan itu akhirnya terpacul di bibir Milhan.
Dayana terpana sekejap. Tidak menyangka persoalan itu keluar dari mulut Milhan.
"Kenapa abang fikir macam tu?" tanya Dayana pula. Dia tidak akan jawab pertanyaan suaminya selagi Milhan tidak beri dia alasan.
Milhan menghela nafas lembut. Seraya matanya melirik pada kakinya yang berbalut itu. Sudah tentulah dia tahu selepas ini dia akan banyak menyusahkan Dayana.
"Abang tak mampu berdiri macam dulu dah...kalau abang berjalan, abang terpaksa guna kerusi roda. Kalau nak pergi toilet pun kena bantu abang. Abang ta---tak tahu nak buat apa lepas ni...ab---abang cuma fikir tak nak susahkan sayang je...tapi sekarang abang memang dah susahkan sayang,"
Tanpa harus ditahan, Milhan membiarkan air matanya terlerai membasahi di pipinya. Dia rendahkan egoku sebab dia sayangkan Dayana. Dia terlalu cintakan isterinya itu dan sebab itulah dia tidak mahu menyakitinya apalagi mahu menyusahkannya.
Tangan Milhan dicapai lalu digenggam kemas. Matanya ditala ke arah Milhan.
"Yana tak pernah fikir sejauh itu yang abang menyusahkan Yana. Walaupun abang tak boleh berjalan macam dulu, tapi abang boleh bergerak. Lagipun Yana tahu ini adalah ujian yang Allah berikan kepada kita. Allah uji hati kita, perasaan kita...Yana tak nak kehilangan abang, Yana bersyukur sangat Allah kirimkan abang pada Yana. Sekarang Yana tahu betapa dalamnya rasa cinta dan sayang Yana pada abang," mata redupnya membuktikan dia berkata benar tentang perasaannya.
"Abang jangan sedih...sebab Yana tak fikir pun abang menyusahkan Yana," ujar Dayana sambil tangannya mengelap air mata di pipi suaminya itu.
Milhan tersenyum...terharu dengan penjelasan isterinya tadi. Laju sahaja dahi isterinya itu dikucup penuh kasih. Kalau Dayana kata tidak mahu kehilangan dia, dia juga tidak mahu kehilangan isterinya itu kecuali mati.
"Thanks, sayang...I love you..." sekali lagi dia kucup dahi Dayana.
Dayana tersenyum lebar. Rasa bahagia dilayan begitu. Betapa dia rindukan Milhan meskipun mereka terpisah sekejap sahaja.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...