Bab 58❤

5.1K 178 2
                                    

SELESAI pemeriksaan segalanya, kedua-duanya tidak sabar mahu mengetahui perkembangan anak mereka yang masih membesar dalam perut itu. Kali ini Nad sendiri yang periksa. Sebelum ini doktor lain yang memeriksa kandungan Dayana. Atas permintaan Milhan, dia bersetuju juga.

"Alhamdulillah...baby sihat. Membesar dengan normal. Lepas ni kena buat rawatan check up sekali seminggu. Due nya tak lama lagi. Saya nak Dayana ambil rehat, jangan buat kerja banyak sangat," pesan Nad.

Dayana angguk faham. Tangannya bertaut dengan Milhan yang berdiri di sebelahnya. Bibirnya tidak henti tersenyum.

"Thanks, Nad!" ucap Milhan seperti selalu bila selesai check up isterinya.

Nad ukir senyum ramah. Dia tumpang gembira dengan kebahagiaan kawannya itu. Walaupun jurusan mereka ambil dulu berbeza tapi itu tidak membuatkan hubungan kawan mereka agak renggang.

Dayana dan Milhan akhirnya minta diri untuk pergi. Maklumlah Milhan kena masuk kerja. Lagipun dia sudah sedia maklum untuk masuk kerja pukul satu nanti.

"Sayang rehat nanti dekat rumah ye...abang tak nak sayang buat kerja yang meletihkan sayang. Doktor dah cakap tadi jangan buat banyak kerja nanti efeknya menganggu kandungan baby boy kita,"

Dayana siap tadah telinga. Dia rasakan Milhan terlalu cepat risau. Dengan kandungannya sekarang yang mahu mencecah sembilan bulan, dia tahulah apa yang dia harus lakukan sebagai seorang ibu. Dia harus bersedia untuk menunggu saat itu.

"Bila abang nak bagi nama anak kita? Nak dekat due sudah, abang belum fikir lagi ke nama untuk baby boy kita ni?"

Dayana baru perasan Milhan belum memberitahunya tentang nama yang akan diberikan pada anak mereka yang akan lahir ke dunia itu. Meteka tak pernah bincang pasal hal itu. Dayana sendiri pun kadang terlupa nak bertanyakan hal itu. Tapi sekarang dah ingat, dia mahukan jawapan dari suaminya itu. Apalah nama yang akan dipilih oleh suaminya itu...

"Pasal tu...abang nak bagi surprise sikit," ujar Milhan sambil tersenyum senang memandu.

"Surprise?!" Dayana menyoal keliru.

"Abang nak sayang tunggu hari tu untuk tahu nama apa yang abang berikan pada baby boy kita ni. Abang dah fikir banyak dan abang rasa nama yang abang pilih nanti sesuai betul untuk anak kita," Milhan tersenyum girang lagi.

"Okey...Yana akan tunggu saat tu. Tapi Yana harap abang tak bagi nama yang tak masuk akal. Kesian baby kita nanti," lembut tangannya mengusap perutnya itu.

Milhan pandang sekilas sahaja. Bibirnya senyum sahaja dari tadi. Tidak pernah lekang.

Sampai di rumah, Milhan membantu membuka pintu. Isteri dah sarat, sudah menjadi keutamaannya untuk mengawasi. Dia memang panik kalau terjadi apa-apa pada isterinya itu.

Mak Jah muncul beberapa minit kemudian lalu mengambil alih memimpin Dayana ke ruang tamu. Milhan beredar ke atas untuk ganti baju. Siap sahaja, dia turun semula lalu mendapatkan isterinya.

"Abang pergi kerja dulu. Lepas Misya hantar Hakeem nanti, jangan suruh Hakeem keluar jalan-jalan dengan perempuan tu. Kalau Misya paksa juga, call abang," Milhan sekadar berpesan. Dia tahu Misya itu tidak boleh dipercayai sangat.

"Iye...Yana tahu! Dah pergi kerja, hati-hati drive," Laju Dayana potong awal bebelan suaminya.

Milhan senyum sebelum dia mendekat menghadiahkan kucupan di dahi Dayana. Dayana turut sama tersenyum. Tangan Milhan disalam. Milhan beredar selepas itu. Tinggal Dayana keseorangan melayan perasaannya.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now