JAUH sangat lamunannya sehingga dia tersedar bila bahunya disentuh. Dia lantas menoleh lalu tersenyum bila suaminya merangkul pinggangnya, memeluknya dari arah belakang. Dagu suaminya terletak manja di atas bahunya.
"Teringatkan siapa?" Soal Milhan sambil menatap wajah isterinya itu.
Dayana tersenyum sebelum geleng kepala.
"Sayang ada masalah ke...? Kongsilah dengan abang. Abang akan cuba bantu semampu abang," Milhan cuba menyakinkan isteri tercintanya itu.
"Hmmm...Yana cuma teringatkan ayah dengan mama Yana. Lepas abanh Haf pergi, Yana jadi risau tinggalkan mereka sendiri-sendiri dekat rumah,"
Milhan senyum sebelum pipi gebu isterinya itu dikucup. Dayana menoleh sedikit. Terasa pelik dengan perangai suaminya itu.
"Tak salahkan abang bermanja dengan isteri abang...?" Milhan kedip mata menggoda pada isterinya itu.
Dayana senyum senget. Makin erat lagi pelukan Milhan membuatkan hatinya rasa berbunga-bunga. Rasa dirinya disayangi dan dimanjai.
"Hari isnin depan kita balik...abang dah bagitau mama dengan ayah tadi,"
"Macammana dengan pendaftaran persekolahan Hakeem?" Soal Dayana sambil memandang suaminya.
"Pasal tu jangan risau...abang settlekan semuanya,"
"Are you sure?" Dayana seperti tidak percaya.
Kerja Milhan mengalahkan sesibuk seorang kerja menteri. Tidak betah di dalam pejabat. Dia akan menemui kliennya di luar kerjanya juga. Itu pun atas kesanggupannya sendiri.
"Of course, sayang...abang ni boleh buat apa je. Sesibuk mana pun abang, abang masih ingat dengan anak abang dengan isteri abang yang comel ni," dagu Dayana dicuitnya manja. Siap dengan senyuman terhias di bibirnya.
Dayana senyum mengejek. Namun selepas itu dia gelak lepas. Geli hati dengan perangai si suami yang seringkali mencuit hatinya.
"Abang...sebenarnya...ada nak cakap sesuatu dengan sayang," lambat bicaranya membuatkan Dayana tertanya-tanya.
Rangkulan dileraikan. Kali ini dia menarik bahu Dayana supaya menghadap mukanya. Dia sudah lama nak tanya tentang hal ini tapi dia belum menemui sebarang jawapan yang menuju ke arah konklusinya.
"Sayang tak rasa janggal ke dengan family sayang...? Tak, maksud abang sayang pasti ke Hafreez tu abang kandung sayang? For sure dia abang sayang tapi betul ke sayang dengan Hafreez tu ada blood related?"
Keliru. Itulah Dayana pamerkan. Ada apa dia dengan Hafreez? Tak ada yang pelik pun tapi kenapa Milhan ragu-ragu. Sebelum ini pun Milhan ada ajukan pertanyaan ini kepadanya dan dia sangka Milhan dah tahu memang Hafreez itu abang kandungnya.
"Kenapa abang tanya? Yana dari kecil lagi sentiasa bersama abang Haf and until now we're together. Kami berpisah bila abang Haf pergi kursus dekat sana Amerika. Kalau abang tak percaya, abang boleh tanya sendiri dekat ayah dengan mama Yana. Mereka yang besarkan Yana dengan abang Haf," panjang lebar hujah Dayana.
Milhan hulur senyum nipis. Hatinya belum puas selagi belum tahu akan kebenaran yang sebenar-benarnya. Dia rasa sangsi bila dia perasan Hafreez mempunyai perasaan terhadap isterinya itu. Dia boleh nampak betapa cemburunya Hafreez bila Dayana sedikit demi sedikit mula menerimanya.
"Abang curiga apa sebenarnya?" Soal Dayana terus.
"Entahlah....abang rasa ada something fishy dalam keluarga sayang tapi abang belum tau kebenarannya sampai sekarang. Abang curious sebab keluarga sayang sepertinya sedang menyembunyikan sesuatu dari sayang. It's like they're hiding something from you...from us...maybe," jelas Milhan namun selepas itu dia angkat bahu, kurang pasti juga.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomansaMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...