Bab 36❤

7.1K 239 2
                                    

JUJUR dia rasa terharu saat tulisan ibunya di dalam surat itu dia baca satu persatu. Semua luahan hati ibunya ada di dalam surat itu.

Ke hadapan suami yang tercinta,

Aishah minta maaf andai keretakkan rumahtangga abang disebabkan kehadiran Aishah sebagai orang ketiga. Aishah tidak ada niat nak hancurkan kebahagiaan itu tapi nampaknya apa yang Aishah lakukan semuanya buat abang rasa sedih.

Aishah tidak minta banyak dari abang. Cukuplah abang jagakan Dayana, anak kita untuk Aishah. Aishah tak nak Dayana hidup serba kekurangan bersama Aishah. Abang berilah dia kasih sayang agar dia merasa kasih itu mencukupi segalanya.

Maafkan Aishah sekiranya Aishah berikan Dayana menambahkan beban pada abang. Aishah tidak ada niat untuk susahkan abang tapi Aishah terpaksa. Aishah tak mampu nak jaga Dayana seorang diri. Hanya abang sahaja tempat Aishah bergantung harap.

Aishah sayangkan abang. Abang tetap suami yang terbaik walaupun hanya sedikit masa sahaja abang luangkan masa abang bersama Aishah. Aishah cuma nak abang jangan simpan rasa bersalah abang pada Aishah. Aishah tak salahkan sesiapa. Aishah percaya dengan takdir Allah. Walaupun Aishah tak banyak bahagia tapi cukuplah Aishah rasa bersyukur sangat dapat bagi abang zuriat. Aishah tahu Ainun mahukan bayi perempuan, Aishah sanggup berikan Ainun anak Aishah. Tapi biarlah identiti Dayana menjadi rahsia di antara kita, bang...

Sekali lagi Aishah minta maaf andai selama ni Aishah banyak melukakan hati abang, menyusahkan abang, dan bebankan abang. Aishah harap abang dengan Ainun dapat kecapi bahagia dengan Dayana dan anak-anak abang. Kepergian Aishah usah ditanya sebab Aishah sentiasa baik-baik sahaja. Jangan risau akan keadaan Aishah. Tolong jaga Dayana sebaik mungkin.

Assalamualaikum....suamiku yang tercinta.

AISHAH JAMIL.

Bahunya disentuh lembut. Dayana menoleh sekilas lalu melempar senyuman hambar pada suaminya itu. Kerusi sebelahnya diduduki oleh Milhan.

"Ayah suruh abang temani sayang dekat luar ni. Cakapnya tak elok biarkan ibu mengandung melayan perasaan seorang diri. Tak baik untuk baby dalam perut," Milhan akhirnya membuka mulut.

Dayana senyum. Baru tangannya mahu diangkat ke atas, Milhan terlebih awal mengusap pipinya. Sisa air matanya dikesat lembut dengan ibu jari suaminya itu. Dayana hanya biarkan. Matanya naik ke atas lalu bertembung dengan mata Milhan.

"Kalau sayang nak nangis, nangislah...abang tak kisah. Abang akan selalu ada untuk sayang,"

Dayana kelip mata cuba menahan air mata bergenang memenuhi kelopak matanya. Dia rasa terharu dengan layanan Milhan terhadapnya. Perlahan kepalanya dilekap pada dada suaminya itu. Bahunya dirangkul tangan suaminya.

Bila terasa ubun-ubunnya dikucup, dia tidak dapat lagi tahan rasa sebu dalam hatinya. Air mutiara itu mengalir laju membasahi wajahnya lalu dia menangis kecil. Diiring dengan usapan lembut suaminya di belakangnya. Ya Allah...

Dayana menangis lagi dan terus menangis. Terluah segala pekung di dadanya dan membuatkan dirinya rasa ringan sedikit.

"Pasal mama, sayang jangan risau. Abang akan cuba pujuk dia untuk terima sayang lagi. Mama dari bayi lagi jaga sayang, so there's no reason mama boleh bencikan anak yang dia anggap macam anak kandungnya," pujuk Milhan lembut.

"Tapi...mama perlukan masa untuk terima segalanya. Mama masih terkejut itulah dia marah,"
Dayana angguk mengiyakan sahaja. Air mata di pipi dilap dengan tangannya. Dia duduk betul lalu memandang pada suaminya.

"Yana dah okey..." ucap Dayana dengan senyuman nipis di bibir dicalit dengan lipstick.

"Don't lie to me! Abang tau sayang belum okey sepenuhnya. Tak apa, sekarang ni kita balik, kita rehat dekat rumah. Kita bagi masa ayah pujuk mama," ujar Milhan lagi.

Dayana akur menuruti. Setelah memberitahu niat mereka mahu pulang, cepat sahaja Encik Kamal menyetujui. Lagipun dia risaukan emosi anaknya yang sekarang sudah berbadan dua.

"Ayah, Ana balik dulu...jaga diri ayah baik-baik. Jaga mama juga. Kalau ada apa-apa nak minta tolong, telefon Ana. Ana akan cuba bantu semampu Ana," Tangan Encik Kamal disalam penuh kasih.

"Ana juga hati-hati...jangan buat kerja berat sangat. Jaga kesihatan juga. Kesian baby dalam perut, ayah ni tak sabar nak timang cucu," Encik Kamal pandang Dayana. Tadi salam tangan, sempat tangan tuanya mengusap kepala anaknya itu.

"Kalau macam tu kami balik dulu, ayah..."

Encik Kamal angguk sahaja. Laju Hakeem berlari masuk ke dalam kereta. Milhan berjalan beriringan bersama isterinya untuk memastikan isterinya itu baik-baik sahaja.

"AINUN, kita bincang hal kita..." Encik Kamal bersuara setelah mereka selesai makan berdua.

Puan Ainun menjeling marah. Hatinya masih panas dengan rahsia yang baru diketahuinya. Selama ini suaminya menipu dirinya kononnya Dayana itu anak buangan. Rupanya Dayana itulah anak madunya. Kalau dia tak tergerak untuk bersih almari suaminya tadi pagi, sampai dia mati pun dia tidak tahu akan rahsia itu melalui surat madunya itu.

Dulu cakap cukuplah seorang sahaja yang jadi pendamping suaminya. Tak sangka belakang dia, suaminya itu main kayu tiga. Lagipun dia kenal sangat dengan Aishah, madunya itu. Dulu mengaku tak pernah mencintai suaminya, tak sangka belakang kahwin tanpa pengetahuannya. Sungguh licik tipu daya mereka berdua.

"Aishah tak salah. Ana juga tak salah,"

"Habis tu yang salah siapa? Aku?!" Lawan Puan Ainun.

"Abang tak maksudkan Ainun yang salah dalam hal tapi ab---"

"Cukuplah, Kamal! Kau dengan madu kau sama je. Dasar penipu! Kau tau tak betapa sakitnya hati aku ni bila cinta yang aku bagi sepenuh hati aku ni dipermainkan. Kau tak tau sebab tu mudah sangat kau nak ucap maaf. Cuba kau di tempat aku, apa perasaan kau bila kau ditipu hidup-hidup?! Aku...aku tak sangka kau macam ni, Kamal. Kau tau kenapa sebelum ni aku pilih kau jadi suami aku...sebab aku percaya kau takkan seperti Edry yang curang tu. Tapi tak sangka kau juga macam dia. Puas hati kau tengok aku sakit terluka macam ni?! PUAS?!!"

Encik Kamal diam. Dia biarkan sahaja isterinya meluahkan lahar amarahnya yang menggila. Dia sudah redha...biarlah dia dimaki ditengking apa sekalipun asalkan dia mendapatkan keampunan dari isterinya itu.

"Yang kau diam kenapa? JAWABLAH! Tadi bukan main lagi suruh bincang, sekarang bincanglah! Aku tak ada masa nak dengar suara rayuan kau nak minta maaf dari aku. Selamanya...aku takkan maafkan kesalahan kau dengan betina tak tahu malu tu!" Puan Ainun akhirnya sudah berada di tahap.

"Abang yang salah...Aishah tak salah dalam hal ni," Encik Kamal cuba membetulkan statement isterinya tadi.

"Hah, teruskanlah bela betina tu! Bagus dia mampus, dan tak muncul dalam dunia ni ganggu hidup aku. Menyemak je kalau dia masih hidup!"

Encik Kamal terpempan. Sampai begitu sekali Puan Ainun membenci Aishah. Aishah tidak pernah mendoakan yang buruk tentang Puan Ainun. Inikah balasan yang Aishah harus terima atas kebaikannya itu?

"Doa awak dah makbul pun...dia dah pergi 25 tahun yang lalu. Kata-kata terakhir dia untuk awak, dia doakan kebahagiaan awak bersama saya berpanjangan. Dia serahkan sepenuh penjagaan Dayana pada awak sebab awak pernah luahkan pada dia yang awak nak anak perempuan. Sekarang dia dah bagi anak dia pada awak, dan dia percaya awak. Tapi...saya tak sangka awak kejam sehingga mendoakan dia mati. Dia sudah mati pun awak nak doakan yang jahat untuk dia. Awak ni memang manusia tak ada perasaan langsung!" Bentak Encik Kamal seraya bangun dari tempat duduknya.

Puan Ainun diam terkelu. Aishah dah meninggal...? Dipandang wajah suaminya dengan muka tak percaya.

"Sejahat-jahat saya menduakan awak, saya tak pernah nak doakan orang yang buruk-buruk. Islam ajar kita untuk tidak bermusuh. Kita ni memang tak sempurna dan jangan ambil alasan kerana ketidaksempurnaan kita tu untuk buat kita jadi jahat dan terus jahat,"

Terkedu Puan Ainun dibuatnya. Seolah ada belati tajam menusuk hatinya membuatkan dirinya tersentap. Dia baru mahu buka mulut, Encik Kamal sudah berlalu pergi meninggalkan dia di situ sendirian.

Ya Allah...apa aku dah buat...?






Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now