Bab 21❤

10.1K 313 2
                                    

DIBIARKAN Hakeem bermain di luar laman itu. Dia masih terkenangkan peristiwa di supermarket tadi hingga menaikkan kekecohan perempuan yang mengenali Fatimah tadi. Hampir sedikit lagi dia menerima tamparan perempuan itu tapi mujur Fatimah sempat menghalang niat perempuan tidak semengah itu.

Dayana masih tertanya-tanya siapa perempuan itu. Kenapa dia boleh kenal Fatimah dengan Hakeem. Mujur Hakeem terus sembunyi belakang dia tadi. Hakeem memang seperti itu kalau orang yang baru dia nampak, dia akan rasa takut. Lagi satu dia masih ingat bicara Fatimah terhadap perempuan itu. Seolah ada kisah silam di antata mereka berdua yang membuatkan Fatimah membenci perempuan itu.

"Yana," namanya diseru.

Dayana tersentak dari lamunannya lalu menoleh ke arah sisinya. Terkesima dia bila Fatimah berdiri di depannya, lalu melabuhkan punggungnya di kerusi simen itu. Dayana mula bermain dengan jari-jemarinya.

"Mama tau Yana pasti tertanya-tanya siapa perempuan yang mama temui di supermarket tadi. Kalau Yana nak tau, tu lah Misya, bekas isteri Ilhan dulu..." nyata Fatimah, membuatkan Dayana terpempan. Jadi tadi dia sedang berhadapan dengan bekas isteri Milhan, juga ibu kepada Hakeem.

Entah mengapa tiba-tiba dia rasa hatinya tergugat dengan kemunculan perempuan itu secara tiba-tiba. Kalau dibandingkan antara mereka berdua, Misya lebih jauh lagi cantik daripada dia. Misya pandai bergaya, tapi kalau dia, dia cuba bergaya sederhana. Memang sudah menjadi prinsip hidupnya untuk tidak bergaya lebih.

"Mama tak suka Yana sebab mama fikir Yana sama seperti Misya. Tapi ternyata mama silap. Milhan memang pandai dalam mencari jodohnya. Mama je buta tak dapat tengok kebaikan Yana pada Ilhan sama Hakeem. Ampunkan...mama..." tiba-tiba suara Fatimah kedengaran seperti menahan sendu.

Dayana mendongak. Bila dia perhatikan wajah Fatimah dilanda sedih itu, terus sahaja tangannya menepuk lembut bahu ibu mertuanya itu. Dia cuba meredakan kesedihan orang tua itu.

"Tak apa, mama...perkara dah lepas. Yana tau dan faham atas layanan mama dulu terhadap Yana. Yana tau mama takut pisang berbuah dua kali. Dan satu lagi Yana tau mama cuma nak kebahagiaan untuk Milhan. Yana ni bukan sesempurna mana pun, tapi Yana akan berusaha untuk jadi isteri yang baik pada Milhan, juga seorang ibu yang baik pada Hakeem. Itu janji Yana pada mama," kata Dayana sedikit sebanyak mampu menyakinkan hati Fatimah kala itu.

Fatimah yang mendengar ucapan dari menantunya itu, menjadi hiba. Rasa pekung di dada dilepaskan, tangisan dihamburkan. Dia rasa berdosa sekali dengan Dayana. Dia berburuk sangka tentang menantunya itu walaupun dia nampak bagaimana kebaikkan Dayana saat melayan Milhan dengan Hakeem.

Dayana menarik perlahan tubuh Fatimah ke dalam dakapannya. Diusap lembut belakang Fatimah, memberikan ketenangan pada ibu mertuanya itu. Air mata yang bertakung di tubir matanya kini mengalir laju ke pipinya. Dia rasa terharu, gembira. Semua perasaannya bercampur menjadi satu.

"Am---ampunkan mama...ma---afkan dosa mama terhadap Yana. Ma---"

"Yana dah maafkan mama...Yana bukan Tuhan untuk menghukum seseorang. Dah, mama jangan nangis lagi. Nanti Hakeem fikir Yana marah dekat mama," pujuk Dayana. Matanya memandang pada Hakeem yang turut memerhati ke arah mereka. Muka kelirunya membuat Dayana tahu bahawa Hakeem tertanya-tanya mengapa neneknya itu menangis.

"Terima kasih, Yana...terima kasih juga sebab sudi menerima kekurangan Ilhan sebagai suami Yana," ujar Fatimah sebaik dia meleraikan pelukan tadi. Air mata di hujung matanya dikesat.

"Yana juga berterima kasih kepada mama sebab melahirkan Milhan untuk dijadikan suami Yana. Yana rasa bersyukur sangat," kali ini Dayana pula berterima kasih. Sesungguhnya dia memang menyanyangi Milhan dan dia bersyukur kerana Allah mengirimkannya seorang suami yang penyabar dengan kerenahnya.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now