TERSENYUM bibir mungilnya dek tercuit dengan kecomelan Haris dalam lenanya. Pipi tebam itu sangat comel. Dalam lena pun masih tersenyum. Mesti mimpi indah. Dayana perlahan-lahan penuh berhati-hati membaringkan anaknya di atas katilnya. Setelah pasti dengan keselamatan tempat tidur anaknya itu, barulah Dayana berani untuk membuat kerjanya. Mak Mah ada di bawah tengah membersihkan tanaman bunganya di belakang rumah itu.
Mujur dia sudah mandi awal. Mudah untuk dia menyelesaikan pakaian basuh mereka sekeluarga. Itulah rutimnya selepas Milhan dan Hakeem pergi. Kalau Hakeem tidak bersekolah, dia menemani anaknya itu bermain di luar rumah.
Terkejut Dayana bila ada panggilan masuk. Laju tangannya menarik keluar smartphone dari poket bajunya. Panggilan dari ibu dan ayahnya. Dengan bibir tersenyum, dia menjawab panggilan itu.
"Anak mama apa khabar?" suara Puan Ainun kedengaran dahulu. Suara Encik Kamal kedengaran berbisik dan tidak jelas.
"Alhamdulillah...Ana sihat. Anak-anak dengan suami Ana semua sihat sini. Mama dengan ayah apa khabar?"
Gembira sekali Dayana menerima panggilan itu. Sungguh dia rindu dengan orang tuanya. Sejak Milhan sembuh, mereka banyak menghabiskan masa balik kampung suaminya itu. Fatimah yang berdegil mahu menjaga Milhan sampai sembuh. Katanya dia simpati dengan Dayana yang kena jaga Haris, Hakeem lepas tu hadap lagi Milhan yang manja.
Bila teringatkan semua itu, Dayana tersenyum sendiri. Lucu sekali bila Milhan dibebel oleh Fatimah sendiri. Lepas kena bebel, nak mengadu dekat Hamid. Bila Hamid tak layan, Dayanalah tempat dia bermanja.
"Hati-hati selalu dekat sana tu...jangan buat kerja berat sangat. Ana kan baru dapat anak pertama dengan Milhan. Mana tahu lepas ni ada rezeki lebih beri mama dengan ayah cucu lagi," Amboi, bukan main lagi Puan Ainun nak cucu banyak!
Dayana hanya mampu tergelak kecil. Lucu pula ibunya itu minta cucu lagi. Haris masih kecil, sepenuh perhatiannya kepada anaknya itu. Tambah lagi Hakeem yang kian membesar. Dia mahu membahagikan kasih sayang itu rata di antara mereka. Tolak Milhan. Dia memang dah sayang pun.
"Mana ayah? Kenapa senyap je?" Baru Dayana perasan suara ayahnya tidak kedengaran.
Kedengaran Puan Ainun tergelak di sebelah sana. Mungkin berebut tadi nak buat panggilan dengannya. Dayana bersyukur hubungan yang pulih di antara ayah dengan ibunya.
"Ayah Ana ni tengah merajuk sebab dari tadi mama je yang dapat berbual dengan Ana,"
"Ayah, janganlah merajuk!" Dayana sekadar bergurau untuk memujuk. Suka sangat melihat Encik Kamal merajuk manja dengan Puan Ainun.
"Ayah tak merajuklah...mama Ana ni tak bagi peluang dekat ayah. Ayah pun rindu nak cakap dengan Ana,"
Kedengaran suara Puan Ainun mengomel tidak puas hati. Ada sahaja yang membuat orang tuanya itu bergaduh manja. Dayana tersenyum senang. Gembira dengan keluarganya itu. Kalau ibunya melihat dia tersenyum sekarang....pasti Aishah turut berasa gembira.
"Apa khabar abang Haf? Ana rindu sangat nak gaduh dengan dia," Dayana senyum lagi bila teringatkan abangnya itu. Satu-satunya abang yang dia ada.
Puan Ainun dan Encik Kamal langsung terdiam. Dayana dipagut rasa risau. Terus sahaja bersuara memanggil ibunya dan ayahnya itu.
"Kenapa dengan abang Haf? Dia baik-baik saja kan?" Dayana cuba mengawal kerisauan yang melanda di hatinya.
"Hafreez...dia baik-baik saja. Tapi anak bertuah tu selalu bagi kejutan. Terkejut mama dengan ayah sebab dia pulang sini bulan lepas bawa bakal menantu sekali,"
Dayana kaget tidak percaya. Ternganga mulutnya namun cepat dia menanya lagi. Pelik juga! Kenapa Hafreez tak bagitahu dia ada buah hati pengarang jantung?
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...