Bab 71 ❤

3.2K 112 1
                                    

SENYUMAN di bibir itu kelihatan indah sekali. Di hari bahagia mereka berdua, Dayana mengucap tahniah pada dua mempelai itu yang ingin mendirikan rumahtangga. Akhirnya perasaan mereka menyatu juga. Dari rasa benci jadi suka. Dayana cukup gembira dengan pilihan Nurul. Bukan senang nak ambil perhatian Akif yang berlagak itu.

Dayana memandang pada Milhan di kem sebelah sana. Suaminya itu mengendong Haris yang berusia dua tahun. Anak kecil itu mengongoi mahu tidur. Bukan mudah nak pujuk Haris. Jelas Milhan kelihatan gelisah namun dia cuba untuk memujuk anak mereka. Dayana tersenyum melihat usaha suaminya itu.

Milhan tidak pernah menghampakannya. Milhan sentiasa menunjukkan tanggungjawabnya sebagai suami. Dulu berkerusi roda  bertongkat, sekarang kakinya sudah pulih sepenuhnya. Dia boleh berjalan atas usahanya. Atas alasan janjinya untuk tidak membebankannya menjaga anak mereka. Milhan sentiasa ada untuk mengurangi beban yang dia pikul kala itu. Milhan menguatkannya.

"Tahniah!" ucapnya pada pengantin baru itu.

Nurul malu-malu. Namun mereka saling berpeluk melepas rindu berkongsi gembira. Mereka kawan yang sentiasa berhubung hingga saat ini. Dayana cuma ada Nurul dan mereka saling melengkapi. Antara beribu kawan yang Dayana ada, tidak semua mengerti apa yang dia jalani dalam hidupnya dan Nurul ada di saat itu.

"Dulu bukan main kau cakap tak nak dengan dia," Dayana bersuara nak menyakat.

Nurul tersengih.

"Tu dululah...sekarang ni dah lain. Maklumlah orang sebelah aku ni yang merayu cakap rindu aku. Sanggup cari aku dari papa dia. Tu lah...aku tak menyangka tapi aku yakin dengan pilihan aku,"

Nurul memandang Akif. Akif jelas bahagia di sisi Nurul. Nurul dah berjaya merubah perangai Akif yang berlagak. Sungguh Dayana tak kenal Akif yang ada di depannya itu. Tapi dia tumpang gembira dengan perkahwinan sepupunya itu dengan kawannya sendiri. Sekarang dah jadi satu keluarga.

Mereka bersembang bergelak tidak sedar dunia. Hinggalah Nurul perasan dengan kehadiran Misya yang berkerusi roda mendekati Milhan di kem sebelah lelaki. Laju sahaja Nurul menyedarkan Dayana untuk melihat ke arah yang dia maksudkan. Dia tahu Misya belum move on dari meraih kasih Milhan.

Dayana yang melihat adegan itu, kemam bibir. Jujur dia rasa hatinya dirobek tapi dia yakin dengan keputusan dibuat oleh suaminya itu.  Apa pun keputusan yang dibuat oleh Milhan, dia akan akur.

"Mummy!" Hakeem berlari anak menuju ke arah Misya.

Nurul tidak dapat menahan melihat drama depan matanya. Dia tidak mahu Dayana terluka.

"Kau okey ke?" soalan itu diaju pada Dayana yang jelas terdiam dari tadi.

Diamnya memberi seribu rasa di dalam hati. Dayana ukir senyum lalu memandang pada Nurul.

"Aku okey,"





MILHAN tersenyum senang bila Haris tidak banyak karenah. Diusap belakang Haris untuk melenakan anak kecil itu. Bukan senang nak suruh Haris berhenti menangis tadi. Banyak kali dia cuba pujuk tapi kian kuat pula Haris menangis. Mungkin tidak selesa tidur dalam kendongannya. Tapi usahanya berbaloi juga. Dia tidak mengalah untuk menidurkan Haris yang manja itu.

"Milhan..."

Senyumannya mati. Dia tahu siapa yang datang menyapanya tika itu. Dia memusing tubuhnya menghadap Misya yang masih berkerusi roda itu.

"Terima kasih untuk segalanya..." ucap Misya bersama senyuman di ulas bibirnya.

Milhan hanya senyum kecil. Baginya dia dah buat keputusan yang tepat. Dia lakukan semua itu untuk Hakeem yang sudah besar. Hakeem dah tahu siapa ibunya yang sebenar dan Hakeem layak menerima kasih sayang dari ibu kandungnya. Semua itu kerana Hakeem yang perlukan kasih sayang dari Misya.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now