Bab 26❤

10.1K 274 3
                                    

JUJUR dia tidak suka tapi dia terpaksa juga memberitahu Hakeem hal yang sebenar. Mulanya Hakeem macam tidak mahu namun selepas diberi alasan yang munasabah, barulah anak itu menerima keputusannya itu dengan baik. Dia janji dia pergi tidak lama. Itulah Hakeem percaya.

"Mama, nanti beli barang mainan untuk Hakeem ye!" Pinta Hakeem, duduk di ribanya.

Dayana kerut dahi. Sengaja dia buat begitu nak dengar anaknya itu merayu dengannya. Nanti dia akan rindu keletah Hakeem bila mereka berjauhan. Jadi inilah masa yang sesuai untuk dia meluangkan masanya bersama Hakeem.

"Mama mana ada duit banyak nak beli barang mainan untuk Hakeem..." suaranya dibuat lirih. Sekurangnya lakonannya itu berjaya mengenakan anak kecil itu.

"Hakeem nak mainan juga!" Hakeem bernada tidak puas hati. Muka sebal dia pamerkan.

"Laaa...mama kan dah cakap mama tak mampu. Mana lagi penting pada Hakeem, mainan ke mama?" Dayana menyoal melawan anaknya itu.

"Mamalah yang penting!" Jawab Hakeem lalu mendakap tubuh Dayana. Dah nak masuk lima pun masih manja.

"Ya ke...? Tapi kelmarin bila nampak ibu je, Hakeem dah lupa dekat mama ni hah," ada nada rajuk namun dia cuba kawal. Dalam hati dia mengutuk dirinya. Dengan anak kecil pun dia nak merajuk. Bukannya Hakeem tahu apa-apa pun.

"Ibu tu lain...mama special lagi dalam hidup Hakeem. Kalau mama tak ada, Hakeem nak peluk siapa?" Amboi bukan main lagi suaranya manja memujuk. Hakeem ni sering tak tumpah macam ayahnya tapi ayah dia slow sedikit kalau bab memujuk. Tapi kalau manja miang gitu mesti suaminyalah yang menang!

"Hakeem sayang sayang sayang sayanggggg mama!"

Geli hati Dayana bila perkataan terakhir sayang itu diucapkan begitu panjang sekali. Sekurangnya hatinya rasa lega. Hakeem menempatkannya di tempat paling istimewa di hati Hakeem. Tak kisahlah kalau Hakeem panggil Ayuni dengan gelaran ibu asalkan Hakeem tidak menganggap ibunya itu penting dalam hidup Hakeem. Dayana tersengih.

"Okey...nanti mama beli mainan untuk Hakeem,"

Bila dengar sahaja bicaranya itu, pelukan dileraikan. Apalagi menjeritlah anak itu tersangat gembira. Permintaannya ditunaikan. Itulah dia rasa tak sabar nak dapat mainan baru. Dengan Milhan dia tidak berani minta. Ayahnya itu selalu beri beribu alasan untuk dia tidak mempunyai sebarang permainan. Tapi dengan mamanya ini, dia rasa segalanya. Itulah dia lebih suka bermanja dengan Dayana berbanding dengan Milhan yang tegas.

"Terima kasih, mama...I love you!" Ucap Hakeem sebelum menghadiahkan kucupan di pipi ibunya itu.

Dayana terharu. Hatinya sedikit tersentuh namun sedaya-upaya dia kawal air mukanya. Matanya yang berkaca dia cuba sembunyikan. Lantas dia tarik tubuh Hakeem rapat dengannya. Dipeluk penuh kasih sayang. Mereka leka berpelukan kasih sayang sehinggalah kemunculan Milhan menyedarkan mereka berdua. Hakeem terus merapatkan dirinya dengan ibunya itu. Tidak mahu dekat dengan Milhan. Kes merajuklah tu pasal semalam!

"Untuk pengetahuan Hakeem, mama ni hanya untuk daddy. Sepatutnya daddy yang ungkapkan I love you tadi tu dekat mama. Hakeem kena cari perempuan lain lepas ni. Mama ni daddy yang punya. Daddy tak nak kongsi mama sekali dengan Hakeem," terkejut Dayana bila Milhan bicara seperti itu.

Ingatkan semalam minta maaf sudah berbaik dengan Hakeem. Tapi pagi ini Milhan ulang lagi kesilapannya semalam itu. Milhan ni suka sangat nak sakat Hakeem. Tahulah Hakeem ni kecil, senang kena buli.

"Abang...." tegur Dayana.

"Daddy jahat! Tak nak Hakeem sayang daddy!" Anak kecil itu meluahkan rasa hatinya saat itu. Makin kejap dia memeluk tubuh Dayana.

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now