NOMBOR telefon Dayana cepat dicari lalu dia membuat panggilan secepatnya. Dia tidak boleh nak berahsia lagi. Dia mesti beritahu Dayana tentang Milhan yang sudah bekerja di bawah satu syarikat dengannya.
Nada dering yang lama membuat Nurul sakit hati. Dayana ni asal buat panggilan sahaja lama sangat nak jawab. Jawablah...
"Ehemmm!"
Nurul terkejut dan dia cepat menoleh. Terkejut dia bila susuk tubuh Milhan sudah ada di depan matanya.
"Assalamualaikum...ada apa kau call aku?" Terdengar suara Dayana di sebelah sana. Panggilannya sudah berjawab.
Belum sempat dia nak jawab, Milhan dah rampas Vivo dari tangannya. Cepat sahaja dia mematikan talian itu.
"Tolong jangan beritahu Yana pasal ni..." Milhan separuh merayu.
"Tapi kenapa? Bukan ke awak sekarang kerja dekat mahkamah tu? Ke...awak..."
"Yes, I'm fired!" Milhan menjawab secara jujur. Jelas wajahnya begitu muram sekali.
Terkejut Nurul bila mengetahui berita itu dari bibir Milhan. Jadi Dayana tidak tahu perkara yang sebenarnya.
"Tapi kenapa...?" Soalnya sambil memandang Milhan dengan pandangan simpati.
Milhan angkat bahu. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia dibuang kerja. Atas alasan apa dan apa kesalahan yang dia telah buat, dia sendiri tak tahu. Tapi dia dah janji tidak akan kembali dengan kerjaya sebelumnya ini. Dia nak hidup baru dengan kerjaya baru hanya untuk kebahagiaan bersama isteri dan anak-anaknya.
"Mustahil! Tak mungkin orang atasan sesuka hati nak pecat pekerja macam tu je. Saya kenal awak peguam yang baik dalam menyelesaikan kasus mahkamah. Mereka takkan sampai hati buang awak yang sudah buat kerja dengan baik sekali. Ni...mesti ada musuh dalam selimut yang cuba memfitnah dan jatuhkan awak," Nurul tidak puas hati.
"Saya tak ada musuh. Saya kerja secara bersih," jawab Milhan. Namun bila terbayangkan Qid, tak mungkin Qid sanggup buat dia macam ini. Dia kenal Qid dan dia tahu Qid macammana.
Nurul sepertinya sedang berfikir. Mana mungkin pihak atasan sesuka hati buang pekerja yang berprestij seperti Milhan. Kalau mereka buang, mereka yang rugi besar. Mesti ada sesuatu...
"Saya merayu dekat awak untuk tidak beritahu hal ni dekat Yana. Saya tak nak dia risaukan keadaan saya. Saya boleh lakukannya seorang diri. Saya cuma nak Yana dan baby kami selamat. Saya tak nak bebankan dia dengan masalah saya ni. So please...understand me and never tell this thing to her for the sake of my baby,"
Nurul dilema.
"Tapi awakkan tahu saya dengan Yana bekerja satu bumbung cuma dia lain company,"
"Saya tahu tapi saya akan cuba untuk nampakkan diri saya depan dia,"
"Kenapa awak tak bagitahu terus-terang je dekat Yana? At least awak tak payah bersembunyi macam sampai ni. Saya kenal Yana dan dia baik. She'll understand you..." Nurul berharap sangat Milhan termakan dengan pujuknya itu.
Milhan geleng kecil. Dia cuba tersenyum walaupun terasa pahit. Orang takkan faham apa yang dia cuba lakukan untuk isterinya.
"Saya tak nak susahkan dia untuk kedua kali,"
Bercantum kening Nurul dengan dahinya berkerut seribu.
"Korangkan suami isteri dan tak ada dah istilah susah or menyusahkan sesiapa," balas Nurul yang semakin pening dengan Milhan.
"Dalam perut Yana ada anak kami. Saya tak nak Dayana rungsing pasal hal saya. Saya khuatir ianya menjejaskan kandungannya. Awakkan tahu ibu mengandung ni terlalu sensitif," Milhan akhirnya menjelaskan.
Nurul angguk mengiyakan. Alahai...bertuahnya Dayana sebab ada suami yang betul-betul ambil berat tentang dia. Sedangkan dia...masih mencari pemilik hatinya yang permanen di hatinya. Kalau nak tunggu Akif jatuh dengan dia, sampai ke tua, dia takkan merasa segala dunia romantis.
"MACAM serius je perbincangan korang berdua...dah lama kenal ke?"
Sebut nama je dalam hati, dah muncul orangnya!
Nurul dan Milhan sama-sama menoleh ke arah suara sapaan itu. Siapa lagi kalau bukan Akif, lelaki berlagak sempurna.
"Kitorang kawan," jawab Milhan lalu ukir senyum nipis.
Nurul di sebelah Milhan hanya angguk mengiyakan. Takkan dengan suami orang pun dia nak kebas.
"Kalau kawan tak adalah sampai nak rampas henpon tadi," Akif bersuara lagi lalu merampas Vivo milik Nurul di tangan Milhan. Nurul terkedu. Namun Milhan hanya tenang sahaja.
"Aku dari tadi perasan muka kau ni macam aku pernah tengok sebelum ni...ke aku memang kenal kau?" Akif mengajukan persoalan itu terus pada Milhan.
Milhan tersenyum nipis. Takkan Akif dah lupa tentang dia...dialah lelaki yang pernah menolak cinta kakaknya, Kak Ita. Mereka tinggal satu kampung yang sama, sekolah yang sama cuma kelas berbeza. Dia masih dapat mengecam wajah Akif tadi. Hanya sedikit berbeza. Sekarang Akif nampak matang, muka serius. Senyum bila perlu.
"Aku Milhan, lelaki yang pernah kakak kau puja dulu, tapi aku tolak cintanya,"
Dengar sahaja ayat itu, Akif terus terklik pada kisah dulu di mana kakaknya kecewa sekali bila cintanya ditolak mentah. Jadi lelaki didepannya ini adalah lelaki yang sama yang telah menjatuhkan maruah kakaknya. Mujur kakaknya tidak jatuh cinta lebih dalam pada lelaki ini, kalau tak dia mungkin menghidap penyakit kenurungan sampai dia mati.
"Tuan dan Milhan dah saling kenal ke?" Tanya Nurul, bila keberadaannya di situ tidak diendahkan.
Akif memberi kembali Vivo itu pada Nurul. Matanya kembali merenung Milhan. Ada urusan yang belum selesai di antara mereka.
"Kalau aku tahu...aku takkan suruh ayah aku ambil pekerja macam kau. Tapi tak apa...aku akan biarkan kau kerja dengan ayah, tapi kau jangan ingat aku akan maafkan kau selepas apa kau buat dekat kakak aku dulu!"
Habis katanya itu, Akif terus berlalu pergi. Nurul turut sama diseretnya sekali beredar dari situ. Tinggal Milhan yang meratap segala pahit dugaannya hari itu.
"LEPASLAH!" jerit Nurul. Tangannya meronta-ronta untuk dilepaskan dari cengkaman kuat tangan lelaki itu.
Akif yang tersedar dengan tindakannya itu melepas kasar tangan Nurul. Nurul mengerutu geram. Dahlah pergelangan tangannya sakit, boleh pula Akif ini berkasar dengannya.
"Saya takkan percaya korang berdua adalah kawan biasa! Until I know the truth, I will do everything to revenge!"
"Terpulanglah pada tuan nak percaya ke tak! Saya tak kisah pun. Tapi pleaselah jangan masuk campur dalam hidup saya," Nurul menembak geram. Kalau tempat itu tak ramai orang, pelempang juga dia beri pada pipi hensem Akif ini.
"Saya takkan biarkan awak dengan dia sekali bahagia depan mata saya!" Ujar Akif sambil mengetap rahangnya. Mata mencerlung tajam menembusi biji mata Nurul.
"Masalahnya...saya dengan Milhan memang tak ada apa-apa pun. Yang tuan nak kaitkan saya dengan hidup dia dah kenapa? Milhan tu di---"
"Bising!" Potong Akif cepat.
Nurul tahan emosi. Hatinya sedikit mengelegak panas. Dengan isu Milhan belum selesai, dengan Akif entah apa yang merasuknya hari ini, kenapa harus dia jadi kemarahan anak bosnya ini? Apa salahnya pada Akif?
Akif mengeluh kasar. Entah dia sendiri pun tidak faham dengan dirinya hari ini. Semuanya kelihatan pelik saat Milhan muncul depan dia. Dan...kenapa dia begitu membenci Nurul?
'Ke...aku dah jatuh suka dekat dia?'
Akif lantas menafikan segalanya. Tanpa pamit, dia pergi begitu sahaja meninggalkan Nurul tercenggang di situ.
"Aku rasa...lepas ni aku nak jumpa doktorlah...mungkin aku yang sakit atau dia yang sakit. Terpulanglah..."
Nurul beredar. Urusannya dengan Dato Jefri sudah selesai.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...