Bab 17❤

10.7K 327 2
                                    

SAMPAI sahaja di rumah, Dayana terus keluar dari keretanya. Seperti selalu, Hakeem adalah orang pertama yang paling gembira menyambut kepulangannya itu. Rasa terhibur dengan keletah anaknya itu yang begitu manja dengannya. Mak Jah lepas ambil begnya, terus menghilang masuk ke dalam.

"Mama, Hakeem nak tanya sikit...kalau Hakeem sudah besar nanti, Hakeem boleh tak jadi putera raja?"

Dayana hampir nak tergelak bila dengar pertanyaan anaknya itu. Entah dari mana Hakeem tahu tentang putera raja bagai itu, dia pun tak tahu. Mungkin Mak Jah ada cerita dekat dia selama dia bekerja tadi. Dayana membawa Hakeem ke gazebo lalu duduk di situ.

"Kenapa Hakeem nak jadi putera raja? Jadi orang biasakan lagi bagus. Tak terkawal kalau nak pergi mana-mana," ujar Dayana, sambil tangannya mengusap kepala Hakeem.

"Hakeem nak hensem macam Putera Mateen tu. Tadi Mak Jah tengokkan gambar dekat Hakeem. Nanti besar Hakeem nak macam dia,"

Dayana ketawa lagi. Polos betul anaknya itu. Mana ada orang bercita-cita nak jadi putera raja sudah dewasa nanti. Hakeem ini ikut sedap mulut dia sahaja nak itu nak ini. Nak ambil title putera raja itu pun susah apalagi nak kahwin dengan anak sultan.

"Kalau setakat hensem tu...Hakeem tak perlu kut nak jadi putera raja. Buang masa je!"

"Ermmm...tapi Hakeem nak ada abang macam Putera Mateen tu. Tapi Hakeem tak ada abang..." tiba-tiba suara Hakeem kedengaran kendur.

Dayana dipagut rasa sayu. Cepat sahaja dipandang wajah Hakeem yang mulai mendung itu. Terus dibenamkan kepalanya itu ke dalam dakapannya. Belakang anaknya itu diusap penuh kasih.

"Hakeem jangan sedih...kalau nak abang, mama tak boleh bagi. Mama cuma boleh bagi Hakeem adik je. InshaAllah...mama akan cuba usahakan," pujuk Dayana untuk sedapkan hati anaknya itu.

Dayana dan Hakeem sama-sama menoleh bila deruman enjin kereta Milhan memasuki perkarangan rumah itu. Keluar sahaja dari kereta, Milhan terus menapak ke arah mereka. Kepala Hakeem diusap.

"Tak ada kiss untuk daddy ke?" Sapa Milhan sambil matanya tunak memandang pada anaknya itu seraya menghenyakkan punggungnya di sebelah Dayana.

Hakeem berdiri lurus sebelum dia membawa bibirnya mencium pipi ayahnya itu. Dia tidak duduk di riba ayahnya itu seperti selalu. Dia kembali duduk di riba Dayana. Milhan tayang muka masam.

Bila dah ada mama, dah tak sayang daddy!

Milhan pandang ke arah Dayana. Senyuman sembunyi di balik bibir Dayana buatkan dia rasa dirinya diejek. Hakeem sekarang lebih sayangkan isterinya itu dari dirinya. Bila nangis, isterinya itu sahaja dapat pujuk Hakeem. Dia...langsung tercorot dari hidup Hakeem. Tapi dia betul-betul bahagia Hakeem menganggap Dayana itu seperti ibu kandungnya. Isterinya itu pun terlalu menyanyangi anaknya itu.

"Besok mama dengan ayah abang datang sini nak tidur satu malam. Maklumlah rindu dengan cucu manja mereka ni," beritahu Milhan membuat Dayana terpempan seketika.

Dayana cuba maniskan mukanya untuk jaga hati suaminya itu. Bukan dia tidak suka Fatimah tapi dia betul-betul selesa dengan ibu suaminya itu yang tidak menyukainya itu. Dahlah baru kemarin mereka pulang kampung, esuk nak tidur bermalam di sini. Mungkin agenda Hamid nak suruh isterinya beramah sedikit dengannya. Tapi kenapa harus memaksa Fatimah kalau orang tua itu tidak mahu?

Mungkin Milhan...

Dia masih ingat kata suaminya itu ketika mood dia betul-betul down tentang Fatimah. Suaminya itu pujuk untuk cuba buat ibunya itu mesra dengannya. Tapi takkan dengan cara ini? Masih jelas lagi bagaimana wajah kurang mesra alam Fatimah terhadapnya. Kenapalah ibu mertuanya itu mempunyai perangai yang membuat rasa gentar satu badan...

Suami Aku Abang Duda❤ (Completed) Where stories live. Discover now