NURUL senyum lebar saat kelibat Akif kelihatan dari kejauhan. Dia cepat menyediakan beberapa dokumen sebelum dia menyapa anak bosnya itu. Siap dengan segaris senyuman dia hadiahkan pada lelaki segak itu.
"Assalamualaikum, Tuan Akif...apa khabar hari ni? Sihat?" Sapa Nurul dengan senang hati. Kepalanya melangoi sedikit memandang Akif.
"Waalaikumsalam..." balas Akif lalu bergerak awal menuju ke bilik mesyuarat. Langsung tidak dipedulikan Nurul yang terkedek-kedek mengejarinya dari belakang.
"Kerja dengan saya, ada SYARAT!" Sengaja perkataan 'syarat' tadi ditekankan. Wajahnya seratus peratus serius.
Nurul terdiam. Jantungnya usah dikata. Berdegup tak menentu. Alahai...kenapalah anak bosnya ni perangai tak sebijik dengan bosnya?
"Pertama, komited dengan kerja selagi dalam waktu kerja. I don't need extra job like asking my condition or whatsoever," Nurul angguk sahaja.
"Kedua, boleh bekerja sehabis tenaga, work under pressure. Kalau awak bekerja dengan saya, saya takkan kira masa. Anytime saya akan suruh meeting discuss itu ini. Paper work must done by the day of our discussion," Akif pandang Nurul dengan pandangan yang mengerunkan.
Nurul telan liur. Pahitnya. Rasa menyesal pula puji dia hensemlah dia hot dulu. Menyakitkan hati adalah! Nurul mengomel dalam hati.
"Tiga, saya nak kemas, dari segi penampilan. Bukan baju tak cukup kain macam ni!"
Bulat besar mata Nurul. Seraya dia pandang pakaiannya. Tak cukup kain apanya? Dia pakai pakaian mengikut peraturan syarikatnya. Satu je...dia tak pakai tudung! Terbantut niatnya mahu menembak balik.
"Kalau awak islam, tunjukkan diri awak islam. Bukan cuma beridentitikan islam sahaja. Kita ni orang Brunei, tak takut sekiranya hukum hudut ditegaskan lagi? Nak sangat nak bayar saman sebab dah kaya? Boleh rasuah dengan duit? Tak takut dengan dosa? Tak takut dengan neraka ke apa?"
Nurul pejam mata. Hatinya cuba bersabar semampunya. Nak pergi kerja pun, elok lagi dia pakai seluar panjang baju lengan panjang. Ni dah kenapa penampilannya dilabel sebagai tak cukup kain? Dari segi mana?!
"Awak dengar ke apa saya cakap tadi?" Tegur Akif serius.
Nurul bagai baru tersedar, tersenyum kelat memandang Akif. Jauh sangat dia melalut. Padahal Akif tak buka pun isu pasal penampilan. Alahai...jauh sangat kau fikir sampai ke situ, Nurul!
"Saya dengar, Tuan Akif!"
"Syarat ketiga, saya nak kesempurnaan. Awak taukan maksud saya segi kesempurnaan tu...I want what we're discuss and plan together is PERFECT. No problems at all. No faulty anywhere," Akif menjelaskan supaya Nurul faham syarat-syarat yang dia kemukakan itu.
"Baik, Tuan Akif! Saya akan cuba yang terbaik untuk bekerjsama dengan Tuan Akif," ujar Nurul cuba memaniskan mukanya berdepanan dengan Akif.
'Kalau kau bukan anak bos, dah lama aku bagi penumbuk aku ni!' Omel Nurul siap dengan buku limanya digenggam kemas.
Akif menarik kerusi lalu duduk. Dia perhati Nurul yang baru duduk lalu memberinya satu fail dokumen untuk perbincangan mereka hari itu. Walaupun Nurul agak lembap dalam beberapa hal, tapi dia suka keyakinan gadis itu menjelaskan kepadanya tentang beberapa idea yang dia sarankan untuk tambah dalam projek mereka itu.
Dia cantik...cuma hatinya tidak tersangkut. Ciri-ciri perempuan yang dia nak semuanya ada pada perempuan yang bernama Dayana. Bilalah...lagi dia boleh bersua muka dengan perempuan itu...?
"Tuan...? Tuan Akif!"
Akif tersedar lalu memandang pada Nurul. Bila melihat Nurul sudah mengemas semua barangnya, baru sahaja dia tahu meeting mereka dah habis. Segala diskusi mereka berdua, dia setuju. Dia lantas bangun, mengemas baju kutnya. Sedar...perlakuannya itu sedang diperhatikan sepasang mata milik Nurul.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...