RISAU hati Akif. Dari tadi dia mundar-mandir depan wad kecemasan itu. Lagaknya seperti dirinya suami kepada Dayana. Kalau dia tak ada di tempat kejadian, berkemungkinan Dayana dengan bayi di dalam kandungan itu tidak selamat. Entah perempuan mana yang langgar Dayana tadi. Dia langsung tidak dapat mengecam wajah perempuan itu.
Sedang dia berperang dengan rasa risaunya, seorang doktor menyapa dirinya. Terkejut dia mana taknya dia langsung tidak perasan bila masanya doktor itu keluar dari bilik kecemasan.
"Bagaimana keadaan dia dengan baby?" Terus soalan diaju memandangkan doktor itu tahu tentang keadaan Dayana.
"Alhamdulillah...isteri encik dengan baby sekali dalam keadaan stabil. Tadi...cuma pendarahan sedikit. Masih dapat dikawal,"
Akif meraup mukanya. Nafas lega dilepaskan. Bibirnya tidak habis mengucapkan terima kasih pada doktor itu. Setelah menjelaskan penempatan Dayana di wad mana, barulah doktor itu beredar. Akif laju mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghantar pesanan pada orang yang dekat dengan Dayana. Dia tidak kenal siapa suami Dayana, tapi kalau selepas ini dia bersua muka, dia akan cuba pasrah. Mungkin bahagianya bersama orang lain.
TERKEJUT Nurul siap smartphone di tangannya hampir-hampir nak terjatuh. Dibaca pesanan dari Akif itu banyak kali. Dihadam ayat itu satu persatu sehinggalah dia mengerti. Terketar-ketar tangannya. Dia harus beritahu Milhan secepat mungkin.
Dalam hati dia tidak henti berdoa untuk keselamatan baby dalam perut Dayana. Laju kakinya berlari menapak menuju ke ruang office Milhan. Diketuk dan tanpa tunggu arahan, dia menerobos masuk.
"Apa hal ni terburu-buru?" Soal Milham begitu pelik. Mujur dia tidak sibuk mana.
"Dayana..." beritahu Nurul dengan nafasnya masih mengah.
Sebut sahaja sebaris nama isterinya itu, Milhan sudah tayang muka risau. Kenapa dengan isterinya? Matanya terus pandang ke arah Nurul. Dia menanti sambungan kata-kata Nurul seiring dengan degupan jantungnya yang laju.
"Dia dekat hospital sekarang. Akif yang mesej sa---"
Belum habis cakap Nurul, Milhan sudah laju mencapai kut nya. Laju kakinya yang panjang itu berlari keluar dari bilik officenya. Terbit rasa risaunya yang berganda-ganda. Tidak dia pedulikan laungan suara Nurul di belakang.
Sampai di hospital, kakinya laju menapak mendekati kaunter pertanyaan. Nombor wad yang berdaftarkan nama isterinya ditanya. Segalanya mudah sahaja, tinggal dia cari di aras paling atas bangunan hospital RIPAS.
Semput juga nafas Nurul bila mengejar langkah kaki Milhan di depan sana. Cepat sahaja dirinya meloloskan dirinya masuk ke dalam lif. Termengah-mengah dia dibuatnya.
Sampai aras atas, Nurul terus pincingkan matanya mencari gerangan orang yang bertanggungjawab menghantar pesanan ke arahnya. Terkinjut bahunya bila disapa dari arah belakang. Mujur dia tidak ada sakit serangan jantung. Kalau tak, tambah parah dia pula kena masuk ICU. Nauzubillah...
"Mana suami Dayana?" Nadanya terdengar kasar. Kalau muka dah ketat, tona suara pun ikut rentak orangnya. Senyumlah sikit!
"Mungkin dah masuk dalam tadi," jawab Nurul bersahaja. Dahlah Milhan tinggalkan dia di situ...kena juga cari dan hadap muka mamat ketat ini. Dia perlukan penjelasan dari Akif.
"Mana tuan tahu Daya---"
"Dia tergelincir dan saya masa tu ada dekat situ. Right away saya terus bawa dia ke hospital," potong Akif pantas.
Dia tidak mahu semua orang berteka-teki tentang mengapa Dayana ada di hospital apalagi dirinya yang sepatutnya bukan suami Dayana harus ada di hospital itu. Dia cuba membantu apa yang dia patut sebagai seorang manusia.
"Kalau macam tu...jomlah kita masuk wad Dayana. Milhan mungkin ada dekat dalam sana,"
Wait! Milhan...?!
Berkerut keningnya. Dipandang Nurul dengan pandangan inginkan sebuah penjelasan lagi. Siapa Milhan pada Dayana? Don't say that...
"Cepatlah kita masuk!"
DIPANDANG penuh sayu sang isteri yang masih belum sedarkan diri terlantar di atas katil pesakit itu. Jari-jemari isterinya digenggam lalu dikucup lembut. Risau hatinya namun mujur ada jururawat yang memeriksa isterinya tadi memberitahu bahawa bayi di dalam kandungan isterinya itu dalam keadaan baik.
"Abang tak ada dekat situ untuk sayang...maafkan abang..." lirih suaranya meluahkan rasa kesalnya itu.
Dia mahu yang terbaik untuk isterinya itu. Dia mahu Dayana rasa disayangi. Itu yang dia harapkan agar rumahtangga itu bertahan selain berpaksikan penyatuan cinta mereka.
Bergerak sedikit tangan Dayana. Pandangan mata Milhan lantas dinaik ke atas ke arah muka Dayana. Sedikit lega bila isterinya sudah sedar. Atas kepala isterinya diusap penuh kasih.
"Sayang..." panggilnya.
Bila mata isterinya sudah tercelik, barulah hatinya betul-betul lega. Syukur alhamdulillah...Allah mengizinkan isteri dan anaknya bernafas di muka bumi itu.
"Abang...baby kita..." hampir mahu nangis nadanya. Dipandang Milhan dengan pandangan sedih.
"Dia okey je dalam perut sayang. Our baby is strong macam ibunya," beritahu Milhan dengan senyuman dikuntum dibibirnya.
Dayana tekup muka. Mengalir air mata seorang ibu yang begitu merisaukan keadaan anaknya dalam kandungan. Dalam hati banyak kali mengucap syukur kerana anaknya terselamat.
Melihat Dayana bersedih, terus sahaja dia bawa kepala Dayana ke bahunya. Didakap leher isterinya itu. Dia tahu Dayana khuatir kehilangan anak mereka itu. Anak itu tidak bersalah apa-apa.
"Sayang jangan nangis lagi...baby kita okey je. Shhhh..." pujuk Milhan.
Dakapan terlerai. Dayana perlahan kesat basahan air mata di pipinya. Bibirnya menguntum senyum nipis. Dia masih trauma. Dahlah inilah pengalaman pertama dia jatuh saat dia mengandung. Lega hatinya bila bayi dalam perutnya itu masih kuat. Namun dia masih was-was juga.
"Esok dah boleh discharge," kata Milhan lagi.
Dayana angguk kecil. Ditatap wajah Milhan yang tampak masih gusar dan risau itu. Hanya Allah sahaja tahu betapa dia rasa bersyukur mempunyai suami seperti Milhan...walaupun Milhan tak ada saat dia jatuh tadi, tapi syukurlah Milhan menemaninya sekarang.
Bila ingat adegan dia jatuh tadi, automatik ingatannya melayang pada Misya. Jujur dia rasa benci dengan apa yang Misya lakukan pada dirinya dan juga bayinya, tapi pada waktu yang sama, dia begitu berat untuk menceritakan hal sebenar pada Milhan. Lagipun mereka terserempak tanpa sengaja, dan dia pun tak tahu apa Misya buat dekat situ.
"Macammana boleh jatuh...?" Soal Milhan perlahan. Bila Dayana tidak mahu buka mulut, lebih baik dia mulakan. Dia tertanya-tanya dalam benaknya dan itu adalah proses yang paling menyebalkannya.
"Yana tergelincir dekat lantai yang orang tengah bersih. Tak ada papan tanda, tu lah jalan jalan Yana tergelincir,"
Maafkan Yana, abang...dalam hati dia merintih pilu dengan pembohongan yang dia ciptakan itu.
Dia tidak mahu hubungan Milhan dengan Misya bertambah keruh. Memang dia benci Misya tapi tahap benci itu ada hadnya. Lagipun dia tidak ada bukti untuk bawa Misya ke muka pengadilan. Kalau saksi dua tiga itu memang tidak dapat melawan dengan Misya yang merupakan orang terpengaruh.
Sudah tentu dia kalah. Biarlah masa itu menentukan. Dia berharap saat itu Misya sedar dengan kesilapannya itu. Ketentuan Allah, tiada siapa boleh menolaknya.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...