KEMESRAAN yang menyakitkan matanya mahu pun hatinya. Tapi dengan dia, boleh pula tayang muka masam. Nak senyum sikit pun tak ikhlas.
Saat melintasi meja PA Dato Jefri, jelingan tajam dia berikan. Walaupun gadis itu tersenyum ke arahnya, dia masih tayang wajah serius. Cepat kakinya diorak mengekori langkah Milhan di depan sana. Bergema bunyi derapan kasut tingginya menyentuh lantai marmar itu.
Mujur dia sempat menahan pintu itu dari tertutup. Namun wajah kesal Milhan jelas terpampang di matanya. Sampai macam itu sekali, Milhan membuangnya. Apalagi melayannya.
"Boleh I masuk?" Misya masih buat muka mesra.
"I don't have time to talk about unimportant matter, Datin Misya," suaranya ditegaskan sehabis mungkin.
"Tapi penting bagi I," Misya menentang dengan muka selambanya.
Dengusan kasar dilepaskan. Milhan lantas membuka pintu officenya luas rela dalam paksa membenarkan Misya masuk. Misya tersenyum suka. Kakinya menapak masuk, matanya terus meliar memerhati segenap ruang office milik Milhan. Jarinya yang runcing menyentuh permukaan meja buatan kayu jati itu dipadam dengan varnish mahogany.
"You're so lucky!" Ujar Misya begitu senang. Kakinya yang menapak mendekati meja kerja Milhan kini dekati kerusi kulit pula.
Milhan yang sedari tadi hanya menjadi orang pemerhati, tayang muka kesal habis. Dia tidak suka barangnya disentuh orang. Cukup orang itu adalah isterinya sahaja.
"Apa awak nak sebenarnya? Macammana awak boleh kenal dengan Dato Jefri? Awak jangan cakap awak masih dengan rancangan awak untuk jatuhkan saya...?"
Misya yang menghadap dinding kaca itu kini berpaling ke arah Milhan. Susuk tubuh lelaki itu dipandang atas bawah. Senyuman selamba dia berikan. Jadi lelaki itu masih ingat lagi dengan ugutannya dulu. Semakin teruja hatinya mahu mengetahui perkembangan lelaki itu.
"Well...I'm so well known dengan title 'datin'. Sudah tentulah I kenal Dato dan Dato juga kenal I. I datang sini bukan nak rancang jatuhkan you...I datang secara bersih. Pasal ugutan I sebelum ni, tolong lupakan...masa tu mungkin I terbawa-bawa dengan emosi,"
Misya tersenyum jahat di dalam hati. Dia suka menyaksikan Milhan yang bodoh di depan matanya. Tapi tidak semudah itu Milhan akan mempercayai bicaranya itu.
"Tapi kenapa awak jumpa saya? Urusan awak dengan Dato dah habiskan...anything...just refer to his PA. Saya cuma peguam dia,"
Satu saat dua saat...meletus tawa Misya ke udara. Tawanya bergema di ruang itu. Ketawa yang seolah dicipta. Milhan peluk tubuh. Dia tidak hadap drama Misya yang entah apa.
"Masih layak ke you pegang title peguam tu? Dah kena buang, kena kutip oleh Dato. You lebih kurang sama macam sampah!" Misya senyum meleret. Senyuman mengejek.
Milhan balas dengan senyuman senang. Dia tidak beritahu semua orang atas dirinya yang telah dibuang kerja. Cepat sahaja Misya mengetahuinya. Misya yang dia kenal dulu tidak sama Misya dia kenal sekarang ini. Depan matanya sekarang ni Misya versi licik sekali.
"Kenapa pula saya tak layak? Being terminate is not the problem! Dato pandang saya bukan sebab saya peguam tapi sebab saya layak pegang title peguam tu. Semuanya rezeki dari Allah..." Milhan membidas balik. Dia tidak mahu nampak lemah pada perempuan bernama Misya itu.
Misya tersenyum panjang. Namum kelihatan sinis di kornea mata Milhan.
"Dari dulu sampai sekarang, you masih sama je..." ujar Misya.
"I cuma kita nak balik macam dulu like husband and wife...I nak Hakeem selalu dekat dengan I. I tahu I salah dan I sedar, Milhan. I boleh jadi yang kedua asal Hakeem, anak I kenal siapa ibu dia yang sebenar," Misya tunduk. Wajah kesal dipamer.
"Kalau awak nak kenal dengan Hakeem, saya tak larang tapi untuk kembali pada awak, itu hal yang mustahil. Saya tak boleh...awak masih muda, awak carilah yang lain. Saya cuma nak isteri saya je bersama saya. Cukup satu orang. Saya tak perlu ramai isteri untuk beri saya kebahagiaan," Jelas Milhan, tidak akan mengalah.
Misya mengeluh kecil. Berapa kali rasanya dia buat rayuan, tapi masih sama sahaja keputusan Milhan. Tapi dia tidak akan mengalah.
"Kalau macam tu...keputusan you, it's okey...sekurangnya you benarkan I jumpa anak I," bibirnya perlahan menyimpul senyuman.
It's okey...Misya cuba sabarkan hatinya. Dengan cara lembut Milhan menolaknya. Dia akan terus menganggu Milhan secara perlahan. Tapi secara bersih. Dia akan ambil Hakeem...rencana jahatnya sudah muncul dibenak fikirannya.
SEBAL. Segala perkara dia cuba lalukan, semuanya buat dia rasa sebal. Pedih kakinya dek kerana sakit hati dengan Milhan yang melayannya endah tak endah. Ikhlas pun tak. Sampai hati dia dihalau keluar.
Keluar dari lif, dia ingat nak terus balik. Tapi entah mana sepasang matanya menangkap figura seseorang yang menjadi musuhnya untuk berebut Milhan.
Dengan langkah selambanya, dia mara lalu bahunya dengan sengajanya melanggar bahu perempuan itu. Dia tersenyum sinis kerana dapat kenakan perempuan itu. Dia dengar perempuan itu mengadu sakit. But who care! Dengan matanya diguling ke atas.
"Kalau jalan tu tengok pakai mata!" Dia pusing hadap isteri Milhan.
"Sorry..." ucap Dayana.
"Kau ingat dengan maaf kau tu boleh buat marah aku ni surut?! Dahlah semua orang buat aku panas hati, kau pulak menyakitkan mata aku!" Misya melenting tanpa sebab.
Dayana menahan rasa. Dia pun pelik entah dari mana Misya muncul di bangunan itu. Dia dah beri laluan tadi tapi pelik mengapa bahunya masih berlanggar dengan bahu perempuan itu. Hal kecil pun nak diperbesarkan. Memang Misya ni attention seeker!
"Saya tak tahu apa masalah cik. Saya dah minta maafkan...so hal settle," Dayana berura-ura mahu beredar cepat dari situ. Lagi lama dia di situ, lagi panas hatinya melayan karenah Misya yang rasanya terlalu mengada.
Misya masih tidak puas hati. Disambar kasar lengan Dayana. Ditarik supaya menghadap ke arahnya semula namun sebaliknya pula berlaku. Terkedu mukanya bila tubuh Dayana mendarat menyembah lantai.
Kaget! Misya tidak tahu nak buat apa. Tambah lagi bila Dayana tiba-tiba mengerang kesakitan. Tangannya menekan-nekan pada perutnya. Lagi dia terkejut bila ada darah mengalir mengotori kain baju kurung Dayana.
"Misya...tolong saya..." Dayana meraih simpati. Air matanya yang cuba ditahannya tadi turun membasahi mukanya. Ya Allah!
"Dayana!" Pekik satu suara. Serentak itu derapan kasut bergema.
Misya tidak mahu menoleh. Fikirannya kusut. Dipandang wajah Dayana yang meminta simpati itu.
'Arghhh! Biarlah!'
Keputusan diambil. Laju dia bawa kakinya pergi meninggalkan Dayana di situ. Dia tidak peduli sekiranya identitinya diketahui tapi dia tahu Dayana takkan sanggup lapor dia dekat pihak polis.
YOU ARE READING
Suami Aku Abang Duda❤ (Completed)
RomanceMengisahkan tentang kehidupan Dayana yang telah dipertemukan dengan seorang anak kecil diberi nama Hakeem. Titik pertemuan yang tidak terduga itu menemukannya dengan Milhan, lelaki duda, yakni ayah kepada Hakeem. Jodoh...tiada sesiapa pun tahu! Begi...