88 🌸

127 14 0
                                    

Setiap negara mula disinari cahaya semula. Mereka yang menjadi batu kembali menjadi seperti sediakala semula. Seperti baru bangun dari tidur, semua memandang antara satu sama lain dengan perasaan hairan. Mengapa dengan mereka? Apa yang terjadi sebenarnya? Seingat mereka,negara mereka telah diserang oleh raja kegelapan dan selepas itu segalanya terus hitam.

Tumbuh tumbuhan yang mati kembali hidup dan berwarna kehijauan. Bunga pula tumbuh mekar seperti sediakala. Langit yang mendung bertukar cerah. Perlahan lahan magical world kembali hidup dengan suasana yang harmoni dan sejahtera. Semua kembali hidup seperti sediakala.

Manakala di tempat pertarungan itu, keaadaan yang berasap beransur hilang. Tergolek sebiji permata di hamparan rumput yang menghijau. Permata itu masih mengeluarkan warna bersinar sinar. Disebelahnya pula terbaring seorang gadis yang bersayap berwarna putih. Keadaan nya seperti sedang tidur yang nyenyak.

Tiba tiba muncul seorang wanita di hadapannya.

P/s : guys , sebenarnya aku lupa pasl perempuan ni. Aku lupa dia dah mati ke belum hahaha .

Ratu arland kini berdiri di hadapannya bersama beberapa pengawalnya. Ya, mereka termasuk ratu arland telah hidup kembali disebabkan kuasa cahaya yang telah disebarkan Alexa ke seluruh magical world. Dia tersenyum manis sambil matanya menatap Alexa.

Alex dan raz yang terkedu melihat Alexa terus meluru ke arahnya cuba menyedarkannya. Namun hampa kerana langsung tiada sebarang reaksi diberikan alexa. Dia kelihatan terlalu nyenyak.

Ratu arland menggunakan kuasanya untuk mengangkat Alexa. Lalu membawanya ke istananya.

"Mari, kita ke istana beta." Ajak ratu arland kepada Alex dan raz. Mereka sekadar mengikut sahaja. Fikiran mereka masih terfikirkan Alexa. Apa yang berlaku sebenarnya? Kelibat Bruce juga tidak kelihatan.

********************************







Kini genap tiga bulan Alexa tidak sedarkan diri. Banyak tabib yang telah dipanggil untuk memastikan keadaan Alexa namun tiada sesiapa pun yang mengetahui apakah yang telah menimpa gadis muda tersebut .

Ratu arland juga telah mengarahkan semua healer untuk datang membantu namun hampa. Alexa tetap seperti itu dan tidak sedarkan diri.

Kini semua penduduk di setiap negara di magical world mengetahui tentang Alexa yang telah menyelamat kan serta mengalahkan si Bruce . Hal ini telah diumumkan oleh ratu arland sendiri. Semua turut berduka dengan apa yang telah berlaku terhadap Alexa. Mereka telah memberi Alexa gelaran Light angel kerana dirinya yang masih bercahaya dan bersayap itu.

Manakala Alex dan Raz telah kembali ke bumi untuk meneruskan hidup mereka disana. Mereka tidak dapat tinggal di magical world kerana mereka bukanla pemegang azuarium lagi. Jadi hanya ratu arland yang dpat membawa mereka ke sana. Cuma buat masa sekarang ratu arland telah mengarahkan mereka untuk kembali ke bumi dahulu sementara dia yang menjaga Alexa di sana. Dia akan sentiasa berhubung dengan mereka sekiranya berlaku apa apa kepada Alexa. Namun setakat hari ni, tiada sebarang berita gembira yang didengari mereka. alexa masih tetap seperti itu.

Rakan rakan mereka serta Alexa juga telah dimaklumkan tentang perkara itu. Semua berduka dan menunggu berita yang gembira mengenai Alexa.

-Tamat-















*****************

Hey belum!!!!! Tak habis g 😂 baca next chapter please !

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now