62 🌸

191 18 3
                                    

Ratu Arland berdiri di tepi tasik yang merupakan tempat pertemuan dirinya bersama pasangan adik beradik manusia itu pada beberapa bulan yang lalu. Tidak jauh darinya kelibat Dave dan David serta beberapa orang pengawal lain sedang memerhatikannya.

Mereka berkawal agak jauh bukan kerana suka tetapi kerana terpaksa. Kalau bukan kerana arahan dari ratu Arland untuk tidak mendekatinya pada ketika itu mungkin mereka akan terus berdiri tercegat di sebelahnya. Maklumlah, ratu kesayangan rakyat. Mestilah dijaga dengan rapi.

Entah apa yang mengganggu fikiran ratu mereka itu, wajahnya kelihatan agak murung.

Mata ratu Arland ralit memerhatikan ikan-ikan yang rancak berenang-renang di dalam tasik itu. Tersenyum wajahnya seketika memerhatikan pemandangan itu. Namun senyuman itu hanya seketika sebelum pudar dimakan waktu. Keluhan berat terlepas.

"Bila lah kesunyian beta ini akan hilang? Beta betul-betul rindukan adinda beta. Telah terlalu lama dia hilang namun jejaknya langsung sehingga kini tidak dapat beta jejaki." Bisiknya sendiri.

Tiba-tiba seekor burung berwarna biru laut  hinggap di bahunya.

"Hey, cantiknya kamu." Tegur Ratu Arland mesra. Tangannya mengusap-usap kepala si burung yang jinak.

Kerana telah lama berdiri, dia bingkas bergerak kearah kerusi yang diperbuat daripada kristal yang berada berhampiran dengannya. Burung cantik itu masih lagi bertenggek di bahunya. Seakan tidak mahu pergi daripada bahu ratu Arland.

Ratu Arland sekadar diam sambil memandang ke hadapan.

"Wahai burung, sebenarnya beta telah lama ingin meluahkan apa yang terbuku di hati beta. Namun tiada seorang pun yang beta percaya kerana beta takut sekiranya mereka sebenarnya ialah orang-orang Bruce itu. Beta akui.. Dave dan David merupakan orang kepercayaan beta. Namun ayahanda beta pernah berpesan, hanya diri sendiri sahaja boleh dipercayai.." tangannya naik mengusap kepala sang burung.

Sebenarnya, rahsia tentang adiknya itu tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun termasuklah pengawal-pengawal nya. Dave dan David juga tidak pernah diberitahu bahawa dia mempunyai seorang adik. Telah dipesan oleh kedua-dua orang tuanya supaya merahsiakan perkara itu. Mereka terpaksa demi menjaga nama baik negara itu. Sudahlah mengalami krisis tentang Azuarium. Mana mungkin mereka mahu kecoh tentang kehilangan anak bongsu mereka kepada umum. Mahu rakyat menggelar ibubapanya sebagai ibubapa yang tidak pandai menjaga dan melindungi anak sendiri.

"Beta terlalu merindui adinda beta. Entah dimana dia sekarang.. entah hidup atau sudah.. mati? beta benar-benar berharap agar dapat ketemu bersama dia.."

"Beta terlalu berharap agar Alexa serta Alex dapat menjatuhkan Bruce. Hanya mereka yang dapat mengembalikan kedamaian kepada kerajaan Kristal ini."

"Mesti kamu pelik kan wahai burung siapa mereka berdua? Ya, merekalah yang telah ditakdirkan untuk menentang kezaliman Bruce itu. Negara yang lain telah kesemuanya membeku menjadi patung. Hanya tinggal kerajaan Kristal sahaja yang masih berdiri teguh. Beta pun tidak pasti mengapa dan kenapa dia langsung tidak memberikan sumpahan seperti itu kepada kerajaan ini. Bruce itu agak tidak guna..sangat bodoh.. dia fikir dia akan dapat memiliki Azuarium itu? Tidak, takkan sama sekali." 

"Beta betul-betul tidak menyangka yang Bruce itu terlalu bodoh sehingga boleh diperbodohkan seperti ini. Mana mungkin dia dapat mengalahkan mereka? Memang diakui kuasanya tidak kurang hebat seperti Alexa namun Kuasa yang dimiliki Alexa boleh menjadi lebih kuat sekiranya dia bergabung bersama Alex iaitu pemegang satu lagi Azuarium yang dikatakan hanya mempunyai satu di dunia ini." Dia tergelak seketika untuk menghiburkan hatinya.

"Sebenarnya beta juga tidak menyangka bahawa permata azuarium itu sebenarnya mempunyai pasangannya. Beta tahu pun setelah diberitahu oleh ayahanda beta. Semoga Bruce itu tidak mengetahui bahawa Azuarium yang digilai nya itu sebenarnya ada dua di dunia ini! Dan salah satunya kini berada di dalam tubuh Alex iaitu abang Alexa sendiri."

Ratu Arland memandang burung cantik yang berada di bahunya sambil tersenyum hiba.


































"Dan semoga adik beta tidak lagi berada di bawah pemerintahan Bruce."

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now