35 🌸

341 25 0
                                    

Alex memandang Aimin dan Kimi silih berganti. Mereka berdua duduk berhadapan dengannya di sofa. Raz pula entah hilang ke mana. Sejak pagi tadi lagi dia tidak nampak kelibat Mamat seekor itu. Merajuk mungkin dengan apa yang terjadi semalam.

Alexa pula sudah pergi ke sekolah seperti biasa. Biasalah, hari ini kan hari Jumaat. Hari terakhir persekolahan pada minggu itu.

"Manalah kami tahu," ujar Aimin cuba membela diri mereka agar tidak nampak bersalah di hadapan Alex walaupun hakikatnya memang mereka yang bersalah pun.

"Kau pun series sangat. Sampai kitorang pun terpercaya." Ujar Kimi pula. TER oke bukan sengaja. Pasal tu memanglah ter. Tapi pasal belasah tu memang sengaja pun. Bukan selalu boleh belasah si Alex tu hahaha.

"Aku bergurau jela. Lagipun Alexa dah bagitahu korang kan perkara sebenar?" Alex melepaskan keluhan ringan. Penat melayan sikap rakan-rakan nya yang langsung tidak mahu mengalah.

Sudah lah kena belasah semalam. Ingat tak sakit ke kena rimbuk? Ushh berbisa tahu! Selama ni dia sahaja yang merimbuk-rimbuk orang ni tiba-tiba semalam dia pula yang kena. Sedar sikit dia sekarang betapa sakitnya mereka yang telah terkena rimbuk oleh nya selama ini. Nasib dia baik hati tidak membuat perkara yang sama kepada mereka yang bersalah semalam. Cis, sempat lagi kau puji diri sendiri Alex!

"Memanglah, tapi.. sahabat sejati buah hati pengarang jantung kau Sorang tu sekarang ni tak tahu lagi perkara sebenar." Kimi memandang Alex dengan jelingan. Saja-saja diberikan kepada Alex. Biar lelaki itu sedar sikit kesalahan dia. Macamlah dia tak tahu, yang si Raz tu punya hati kat si Alexa tu.

"Yang si Alexa pun buat donno ja aku tengok. Tak kesah langsung ke dia?" Kimi menyambung lagi. Sengaja mahu mengumpan si Alex.

"Wow, asal nama Alexa pula yang naik? Aku yang salah lah." Mengaku Alex.

"See? Selagi tak naikkan nama Alexa selagi tu tak kan mengaku salah." Aimin memeluk tubuh.

"you know? I just wanted to see right into Raz that there is a feeling closer to my sister and now I've seen the real thing."

*****************

Alexa membersihkan diri selepas pulang dari sekolah. Tubuhnya dibaringkan elok di atas katil empuknya. Sungguh dia terasa letih hari ini. Banyak pula keja sekolah yang diberikan oleh cikgu hari ini. Tahulah esok cuti. Ingat kitorang takde keja lain ke nak buat selain buat keja sekolah? Hurm, memang kau takde kerja lain dah sebenarnya..

Syiling putih dipandangnya. Kejadian semalam bermain-main di fikirannya. Rasa mahu tergelak pun ada bila terbayang kan semula wajah Raz yang agak cemberut semalam. Terus hilang rasa geram pasal keja sekolah yang berlungguk itu bila terkenangkan tentang Raz.

Tiba-tiba Perasaan bersalah hadir di hatinya kerana membiarkan Raz semalam. Walaupun bukan salahnya tetapi dia berasa dia juga bersalah kerana tidak memujuk si jejaka. Hailah hati, janganlah kau buat perangai.

Tubuhnya didudukkan. Tak boleh jadi ni, aku kena cari dia juga. Kata abangnya tadi, seharian Raz tidak memunculkan diri. Risau pula aku dibuatnya.

Dia melangkah keluar dari biliknya. Kelibat Raz dicarinya di seluruh pelosok rumah. Ish, menyorok kat manalah Mamat ni?

"Semua tempat aku dah cari. Hurm kat mana lagilah nak cari ni? Fikir otak fikir!" Desak dirinya. Mata dipejam kan sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk dahinya. tangan kiri pula dibawa memeluk tubuh. Lagaknya seperti seorang saintis yang sedang memikirkan cara untuk mengesan sesuatu yang mustahil.

"Fikir apa ,Exa?" Soal Kimi. Sebentar tadi, dia baru sahaja mahu menapak ke dapur kerana haus. Mungkin air jus orange ada dalam peti sejuk. kalau masuk dalam tekak ni , ushhhh! Nikmat duniaa.

Namun dipertengahan jalan, dia ternampak Alexa yang seperti sedang berfikir akan sesuatu. Kacau daun jugak budak ni.

"Erm..abang Mi tahu tak kat mana Raz?" Soal Alexa tanpa berselindung.

"Ouh, nasib baik kau tanya kat aku yang kacak ni. Kalau tanya kat orang lain mesti diorang tak tau punya." Kimi mula berbangga di hadapan Alexa. Namun Alexa sekadar mencebik geram.

"answer my question first!" Bentak Alexa geram.

"Hahaha." Kimi tergelak mendengar kata-kata Alexa. Entah dimana lawaknya. Dah gila mungkin Mamat ni.

Alexa mengangkat sebelah keningnya. "Apa yang lawaknya?"

"Betullah. Kau suka Raz kan?" Duga Kimi. Jari telunjuk digoyangkan di hadapan wajahnya. Wajah nakal dipamerkan. Sengaja mahu mengusik Alexa.

Wajah Alexa merah. Wajahnya yang putih melepak menyebabkan wajahnya senang memerah. Sukar untuk dia mengelakkan wajahnya daripada merah. Ialah, original tu!

"Hahaha, merah macam tomato dah muka!" Kimi menyambung tawanya.

"Ma.. mana ada! Merepek je abang Mi ni." Nafi Alexa. Padahal dalam hati bukan main malu lagi. Nak je dia lari sekarang namun ditahannya perasaan itu. Kalau tak makin malu lah dia.

"Dahlah, tak payahlah nak nafikan lagi. Raz ada dekat belakang aku rasa. Taman bunga mak kau." Ujar Kimi sambil berlalu pergi. Ketawa masih tersisa di bibirnya. Haish, bila nak berhenti ketawa tak taulah.

"Thank you!" Ucap Alexa sebelum melangkah ke arah yang ditujunya.

The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now