14 🌸

526 39 0
                                    

Alex dan Alexa berpandangan antara satu sama lain. Mereka seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah dikatakan oleh Ratu Arland.

Sebentar tadi, Arland telah menceritakan tentang sebuah permata yang bergelar Azuarium.

Arland menceritakan bahawa terdapat sebuah kristal yang telah dicipta oleh seorang raja kerajaan Kristal yang bernama Leo 5000 tahun yang lalu. Kristal itu diberikan nama sebagai Azuarium. Dikatakan Azuarium tersebut dicipta untuk dijadikan tonggak kehidupan kerajaan Kristal agar kerajaan itu akan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan aman.

Namun, disebabkan kehebatan dan kekuasaan Azuarium itu menyebabkan seluruh kerajaan di dunia magis mengetahui tentangnya.

Sejak dari itu, ramai orang yang cuba untuk mencuri Azuarium tersebut. Khabar tentang Azuarium itu akhirnya sampai ke pengetahuan Bruce. Bruce telah merancang rencana yang sangat hebat. Dia telah menakluk beberapa kerajaan sehingga sanggup melancarkan perang terhadap kerajaan Kristal.

Kerajaan Kristal hampir musnah disebabkan serangan tersebut kerana Azuarium tidak lagi berada di kerajaan itu. azuarium telah dibawa jauh ke tempat lain atau dalam kata lainnya disorokkan agar tidak jatuh ke tangan Bruce.

Azuarium telah dilarikan oleh pahlawan terkemuka kerajaan Kristal kerana diperintahkan oleh Raja Leo. Dia diarahkan untuk menyerahkan Azuarium tersebut kepada orang yang layak dan tidak mempunyai langsung kegelapan dalam hatinya.

Pahlawan tersebut akhirnya memilih planet bumi sebagai tempat perlindungan untuk menyorokkan dirinya dari dijumpai oleh Bruce. Akhirnya di sana dia telah ditemui oleh sepasang suami isteri yang bernama Zar dan Alice.

Melihatkan kebaikan Zar dan Alice, pahlawan itu membuat keputusan untuk menyerahkan Azuarium itu supaya mereka dapat menyembunyikannya. Pasangan suami isteri itu akur lalu menyembunyikannya sehingga sekarang. Amanah itu dijaga rapi sehingga keturunan-keturunan mereka yang seterusnya.

Dan keturunan seterusnya Zar dan Alice ialah mereka berdua!

_______________

"Jadi ratu nak beritahu yang Azuarium tu ada dengan kami? Kenapa ayah dan ibu kami tak pernah beritahu apa-apa pada kami berdua?" Alex mengerutkan dahinya. Selama dia hidup ayah nya tidak pernah menyebut tentang Azuarium mahupun tentang Bruce.

"Kamu tahukan yang kamu ada kekuatan yang istimewa?" Soal Arland sambil tersenyum.

"Kalau itu dari awal lagi kami sudah tahu." Kata Alexa hairan. Bagaimana Arland tahu mengenai kuasa mereka?

"Sebenarnya.. kamu langsung tidak mempunyai apa-apa kekuatan mahupun kuasa semasa kamu lahir kerana.. kamu manusia biasa." Terang Arland.

"Habis tu macam mana kami boleh dapat kuasa ni?" Alex sudah tidak senang duduk. Merasakan perkara yang akan disampaikan sebentar lagi akan mengejutkan diri mereka.

"Kamu pasti sudah bersedia untuk mendengar kisah ini? Kisah yang tidak sepatutnya berlaku kepada kamu berdua. Inilah khilaf ibu bapa kamu yang telah menyebabkan kini kamu berada disini." Ucap Arland. Dia memandang Alex dan Alexa silih berganti inginkan kepastian.

"Khilaf ibu bapa kami? Apa maksudnya? Ceritakan kepada kami." Alex mula tidak sabar. Manakala Alexa pula sudah berpeluh-peluh.

"Baiklah. Kalau itu yang kamu inginkan, saya akan menceritakan semuanya. Dulu.. sebelum nenek kamu berdua meninggal dunia, dia telah menceritakan tentang kristal Azuarium yang telah dijaga oleh nenek-nenek moyang kamu sebelum ini kepada ibu bapa kamu. Maka disaat itu, penjaga Azuarium telah bertukar tangan. Tak dapat dinafikan keturunan kamu merupakan orang-orang yang baik. Tidak pernah sesekali menggunakan kristal itu untuk kepentingan diri sendiri.

Namun, ibu bapa kamu terlalu cuai. Bruce akhirnya mengetahui tentang keberadaan Azuarium yang berada dalam jagaan ibubapa kamu. Pernah sekali dia datang bertemu ibu bapa kamu sewaktu kamu masih kecil.

Bruce telah memberikan amaran yang dia akan datang semula untuk menuntut kristal tersebut. Ketika itu apa yang difikirkan mereka hanyalah keselamatan kamu berdua.

Dan .. ibu bapa kamu telah melanggar hukum alam." Terang Arland panjang lebar. Dia menghembuskan nafas perlahan-lahan. Lega kerana telah habis bercerita. Tumpuan nya kini beralih kepada Alex dan Alexa.

Mereka kelihatan bingung tidak terkata.

"Apa yang telah mereka lakukan?" Alex mula rasa tidak senang duduk. Namun Arland tidak menjawab pertanyaan mereka.

Arland menunduk menghadap lantai. "Sejak dari kejadian itu, kamu berdua bukanlah lagi manusia biasa. Kamu memperoleh sesuatu yang tidak terjangka dek akal. Sepatutnya..Ah! Sungguh mustahil untuk diceritakan. Raja Leo juga tidak pernah berfikir sehingga ke tahap itu. Namun, kami semua benar-benar berterima kasih terhadap ibu bapa kamu. Disebabkan mereka, kegelapan mempunyai peluang untuk dihapuskan." Arland tersenyum gembira.

Namun tidak bagi Alex dan Alexa. Sungguh mereka terkejut dengan apa yang dikatakan. Tapi.. apa yang telah dilakukan ibu bapa mereka terhadap mereka berdua?

"Bruce kini sedang menjejaki kamu berdua untuk mendapatkan Azuarium itu." Kata Arland lagi.

"Dia masih hidup walaupun 5000 tahun telah berlalu?" Tanya Alex. Dia merasakan mustahil untuk manusia hidup selama beribu tahun. Eh, mereka di dunia magis ini manusia ek?

"Dia diselubungi dengan kegelapan. Darah gadis sunti menjadikan dia hidup. Setiap purnama seorang gadis sunti akan diambilnya untuk dijadikan korban. Sebab itulah hayat nya masih panjang sehingga sekarang. Dunia magis juga sudah tidak aman seperti dahulu. Semua ini angkara Bruce itu." Arland merengus geram.

Kalaulah dia mempunyai kuasa untuk menghapuskan Bruce itu sudah lama dia hapuskan. Namun kuasa itu hanya ada pada Alex dan Alexa. Dia memandang mereka berdua dengan harapan.

"Sudikah kamu berdua berjuang membantu kami semua menghapuskan Bruce dan tentera nya? Kami terlalu mendambakan pertolongan kamu berdua." Pinta Arland. Dia benar-benar berharap perkara ini akan berakhir.


The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]Where stories live. Discover now