"Mari beta tunjukkan kepada kamu."
Ratu Arland menghalakan telapak tangannya ke arah mereka bertiga lalu muncul kerlipan-kerlipan berkilauan di situ. Kerlipan itu seakan-akan hidup.
Ratu Arland meniup kerlipan itu perlahan lantas dengan perlahan-lahan kerlipan itu terbang ke arah Alexa , Alex dan Raz.
Kerlipan itu terus meresap ke dalam badan mereka bertiga. Tiba-tiba badan mereka terapung agak perlahan. Terpejam mata mereka ketika itu. Masa pula seakan terhenti ketika itu. Hanya ketenangan dan keamanan yang dirasai mereka.
"Celikkan mata kalian dan hadapilah ujian ini.." ujar ratu Arland sejurus itu tubuhnya terus menghilang dibawa angin.
Sebaik mata mereka dicelikkan, mereka tidak lagi berada di kawasan yang sama namun berada di sebuah tempat seperti perpustakaan. Bukan perpustakaan biasa. Perpustakaan yang agak luar biasa. Agak lama. Dan agak penuh keajaiban.
Buku-buku berterbangan di udara. Rak buku tidak menjejak lantai marmar. Dan tempat ini dipenuhi dengan buku!
"Ajaibnya.." kata Alexa perlahan. Matanya galak memerhatikan sekelilingnya.
Tiba-tiba datang sebuah buku menghampiri mereka dan berhenti betul-betul dihadapan mereka bertiga. Helaiannya bergerak dengan laju seperti sedang mencari muka surat yang sepatutnya dihidangkan kepada tetamu nya itu. Dan akhirnya helaiannya terhenti apabila telah menjumpai muka surat itu.
Alexa,Alex dan Raz berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing hairan dengan kejadian yang menimpa mereka sekarang.
Alex mengagahkan dirinya untuk membaca bait tulisan yang terhidang di atas buku itu.
"Dunia fantasi diambang kemusnahan. Kerajaan-kerajaan nya hampir pupus. Dijajahi oleh seorang ketua kegelapan. Seorang yang tamak. Makhluk yang tidak berhati perut." Alex mula membaca. Dia menyambung lagi. "Namun, segala-galanya bakal berakhir. Akan munculnya mereka yang terpilih menyelamatkan dunia ini. Mereka.. digelar angel."
"Sama macam yang ratu Arland ceritakan tadi." Ujar Raz sambil memegang dagunya.
"Mungkin.. ini kitab yang dikatakan ratu tu. Tapi.. bukankah kitab ini tak wujud? Ratu juga yang beritahu tadi." Alexa mula mengurut-ngurut dahinya perlahan. Runsing dengan ratu Arland. Sekejap kata ada dan sekejap kata tiada. Nak dikatakan tak wujud, habis buku apa yang berada di hadapan mereka sekarang?
"Angel ini diketuai oleh manusia istimewa. Yang mana kekuatan mereka datangnya daripada batu azuarium yang terdapat pada mereka."
Sebaik membaca perkara itu, masing-masing antara mereka terkedu tidak bersuara. Terkebil-kebil mata mereka memerhatikan semula ayat tersebut pada helaian muka surat buku tersebut.
"Buku ni cakap pasal kita ke?" Soal Alex seraya mendapat anggukan daripada Alexa dan Raz. Dia menelan liurnya kelat.
Walaupun pahit, kenyataan itu tetap perlu diterima mereka. Ya, merekalah yang bakal melawan Bruce, sang raja kegelapan!
"Dunia ini bakal aman semula dengan kehadiran mereka..." Alex membaca dengan lebih lanjut.
"Dia..dia yang bergelar Light angel juga bakal bangkit membantu dunia. Membantu mereka yang bergelar angel."
"Jadi, selain kita.. ada lagi orang lain yang istimewa?" Soal Raz agak terkejut. Tak disangka ada juga orang lain yang mempunyai keistimewaan seperti mereka.
"Mungkin.."balas Alexa.
"Light angel.. seorang gadis yang cantik. Kecantikan dunia tidak mampu melawan kecantikannya. Kerlipan emas sentiasa berkilauan di setiap tubuhnya. Setiap langkahnya akan munculnya bunga-bunga yang mekar berwarna warni. Dibelakang tubuhnya terdapat sepasang sayap yang tidak dapat digambarkan bagaimana rupanya. Kemunculannya pernah berlaku 1000 tahun yang lalu. Dia telah menghilang begitu sahaja setelah peperangan ketika itu dimenanginya. Namun sehingga sekarang tiada sesiapa tahu sekiranya dia masih hidup ataupun masih mempunyai waris."
YOU ARE READING
The Azuarium : Destiny Of Light Angel [ C ]
Fantasy🌺 Amazing cover by @azleyanaa_ Kau percaya dengan takdir? Kau manusia biasa, lemah, tapi ditakdir menjadi pahlawan. Boleh kau bayangkan? Better kau baca kalau nak tahu kekarutan aku.